UFB : Nurul Izzah Buka Jalan Melayu Murtad ?
AIDCNews – 07/11/12 – Ustaz Fathul Bari menganggap kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu sebagai bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
“Beliau (Nurul Izzah) pun ketika nak bercakap tentang isu kebebasan agama dalam negara ini, perlu melihat kepada waqi’, keadaan semasa dalam negara ini..(di mana) perlembagaan..menjadi manifesto Pakatan Rakyat sendiri, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
“Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu beragama Islam,” katanya.
Menurut Fathul Bari kenyataan Nurul Izzah di gereja itu seolah-olah mahu menggambarkan wujudnya diskriminasi agama di Malaysia, di mana masyarakat bukan Melayu diberi kebebasan beragama sedangkan masyarakat Melayu dihalang.
“Seolah-olah wujud di sana diskriminasi. Diskriminasi antara Melayu dan bukan Melayu. Bukan Melayu diberikan kebebasan memilih agama, sedangkan Melayu tidak.
“Saya kira beliau kurang faham dalam mentafsir ‘la ikraha fid-deen‘, tidak ada paksaan dalam beragama,” katanya.
Menurutnya lagi ayat ‘tidak ada paksaan dalam beragama’ diturunkan kepada bukan Islam dan bukannya kepada individu yang sudah memeluk Islam atau dilahirkan dalam beragama Islam.

Mufti Perak : Nurul Izzah Perlu Dalami Hukum Islam
Bukan saja para pemimpin politik dan NGO menyuarakan bantahan serta kebimbangan terhadap isu kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan agama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria ikut memberikan reaksi.
Mengulas isu berkenaan Selasa,beliau mahu tindakan tegas terhadap Nurul Izzah Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan orang Melayu.
Mufti Perak menasihatkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya mendalami hukum Islam dan tidak bertindak sebagai `jaguh di atas pentas’ untuk mendapatkan `political mileage’ bagi meraih sokongan terutama golongan liberal yang mendakwa diri mereka sebagai golongan intelektual.
“Saya menasihati orang yang seperti Nurul Izzah ini supaya mendalami hukum-hukum Islam jangan bercakap tak tentu pasal nak jadi champion di atas pentas sedangkan dia sendiri tidak tahu tentang hukum Islam.
“Perbuatannya itu merosakkan Islam dan akan menyesatkan orang,’’ katanya.
Nurul Izzah terbabit dalam kontroversi sewaktu menghadiri forum bertajuk Negara Islam:Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?. Beliau dipetik berkata bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
TV3 menyiarkan petikan tersebut untuk tontonan umum dalam siaran beritanya malam Selasa.
Nurul juga dipetik berkata:“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama..Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama-rata.’’
Menurut Harussani, Islam tidak pernah memaksa orang masuk Islam tetapi apabila seseorang itu masuk Islam dia terikat dengan undang-undang Islam.
Nyata Mufti Perak bimbang kerana akhir-akhir ini ada gerakan di negara ini yang cuba mencemarkan Islam dan memecah-belahkan orang Melayu.
Dalam konteks ini, pihak berwajib katanya perlu bertindak lebih tegas kerana ia jelas mengancam akidah dan kepercayaan umat Islam di negara ini.
Sementara itu PAS dilihat berdolak dalik dengan isu kenyataan Nurul Izzah. Pemuda BN Perak kata PAS mesti berani berterus terang.
Kalau kita dibuat tafsiran kenyataan mereka, Pemuda BN mahu PAS tidak lagi bersembunyi disebalik “lalang politik. PAS perlu buat pendirian.”
Cabaran ini dibuat Pengerusi Pemuda BN negeri Khairul Azwan Datuk Harun dalam satu sidang media di Pejabat UMNO negeri di Ipoh Isnin.
Sidang media itu dihadiri para pemimpin Pemuda BN yang lain.
Dalam konteks yang sama Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan Dewan Pemuda PAS Perak juga perlu menyatakan pendirian mereka.
Menurutnya kenyataan Nurul Izzah itu seolah-olah memberi kelonggaran kepada orang Islam, sekiranya mereka memilih untuk tidak terus menganut agama Islam.
“Jadi dalam konteks ini, saya mencabar kepimpinan PAS Negeri Perak, terutama Nizar dan juga kepimpinan Pemuda PAS Negeri untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan yang dibuat Nurul Izzah,” katanya.
Katanya kepimpinan PAS Perak tidak perlu berselindung disebalik polimek politik dengan menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu bersifat peribadi, kerana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga merupakan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan pembangkang.
“Jadi apa jua yang disebut oleh kepimpinan tertinggi mereka itu adalah juga kenyataan dan pendirian pakatan pembangkang,” katanya.
Kenyataan anak Anwar itu langsung tidak melambangkan apa yang telah disebut dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 256 yang merujuk kepada tiada paksaan ke atas orang bukan Islam..Agendadaily

No comments:
Post a Comment