Monday 26 November 2012

Dr Yusri : Kenyataan Nurul Izzah Di Gereja, Rentetan Senarai Kes Panjang..


AIDCNews – 24/11/12 – Kenyataan Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November bukan kes terasing, kata Dr Yusri Mohamad, sebaliknya tambahnya lagi merupakan rentetan kes yang panjang menjurus kepada cubaan memurtadkan Muslim di negara ini.
“Senarai yang panjang. Ini bukan satu kes yang terasing. Sebab itu, kalaupun YB Nurul Izzah cuba untuk membetulkan kembali kenyataannya.
“Satu percubaan untuk membetulkan, berbanding dengan satu siri kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang seragam yang menimbulkan keraguan, sangat sukar untuk menyedapkan hati kita,” katanya.
Mengimbau kembali kenangannya semasa menjadi Presiden ABIM ke-6 yang bergelut dengan kes murtad Lina Joy, Dr Yusri berkata kes itu merupakan kes kecil yang sengaja diangkat menjadi kes besar untuk menggugat kedudukan Islam dalam perlembagaan.
“Ketika kes ini dibicarakan, wakil kumpulan Kristian datang dengan pakaian rasminya memberi sokongan setiap hari.
“satu kes kecil individu tetapi diangkat sebagai satu kes besar, cuba untuk merombak peruntukan undang-undang sehingga kes ini sampai ke peringkat tertinggi dalam mahkamah negara kita.”
Menurutnya bantahan permurtadan Lina Joy yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum 2008 itu telah mendapat sokongan padu daripada umat Islam di negara ini dan dalam masa masa keputusan Mahkamah Persekutuan juga tidak memihak kepada Lina Joy.
“Malangnya, tidak lama selepas itu, saya melihat di internet, satu rakaman wawancara BBC dengan ayah YB Nurul (Izzah).
“Apabila ditanya oleh wartawan BBC, kalau saudara diberi kuasa, macam mana sikap saudara terhadap keputusan mahkamah yang telah diputuskan baru-baru ini (kes Lina Joy).
“Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak sepatutnya memutuskan keputusan sebegitu. Dan ditanya lagi adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya, dia (Anwar) menjawab dengan begitu yakin, it is her rights (Itu adalah haknya).
“Inilah sedikit sebanyak telah menjauhkan hati saya (dengannya), walaupun saya bekas Presiden ABIM. Saya Presiden ABIM yang ke-enam, beliau bekas Presiden ABIM yang kedua.
“Kawan tetap kawan, tetapi agama lebih utama dari segala-galanya. Ini bukan isu peribadi, (tetapi) ini isu prinsip”.

No comments:

Post a Comment