Thursday 8 November 2012

Nurul Izzah Dikecam Dalam Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika membahaskan isu hak kebebasan memilih agama termasuk di kalangan Melayu yang dibuat ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul Izzah itu boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam.
Namun menegaskan tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.
“Kalau seorang bukan Islam mengajak orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.
“Tapi yang wujud kali ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut.
“Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai tindakan wajar diambil terhadap Nurul Izzah.
Katanya, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jawapan Mashitah itu kemudiannya disanggah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menggesa supaya Mashitah segera menarik balik kerana gagal kenyataan Nurul Izzah sepenuhnya.
`Kamu angkuh’
“Saya minta timbalan menteri sebelum buat apa-apa pertuduhan, atas perkara dakwaan yang dilemparkan kepada Lembah Pantai, apakah timbalan menteri tahu kenyataan sebenar yang disebutkan Lembah Pantai?”
“Lembah Pantai kata ada salah laporan … tapi Sri Gading tak faham,” tegasnya.
Kenyataan Dzulkefly itu kemudiannya mendapat respon daripada ahli Parlimen BN yang mempertahankan Mashitah.
“Kamu angkuh!”, Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) kepada Dzulkefly.
“Timbalan menteri tidak membuat tuduhan!” sahut Mohamad Aziz.
Mashitah turut mempertahankan kenyataannya itu tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya menjawab pertanyaan Mohamed.
Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan semalam terkejut dan kecewa dengan kenyataan Nurul Izzah.
Sultan Sharafuddin, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa turut menyanggah pandangan orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan memilih agama lain dan keluar Islam – FMT

Video Nurul Izzah Didedah..



AIDCNews -07/11/12 – Portal berita Antarapos hari ini menyiarkan klip video kenyataan penuh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah berhubung isu kebebasan beragama untuk orang Melayu.
Soalan Peserta : “Soalan utama saya ialah apabila anda bercakap mengenai kebebasan beragama, adakan anda juga maksudkan bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?
Jawab Nurul Izzah : “Tidak harus ada paksaan di dalam agama….. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum).
“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik yang mengatakan untuk orang Melayu ini cara ia patut dilakukan.
“Apa yang kita mahukan ialah sudah tentu dalam erti kata kualiti (Islam). Kita harus mempunyai akidah yang kuat. Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik),”.

Nurul Izzah : Soalan & Jawapan Di Gereja Full Gospel Tabernacle



AIDCNews – 07/11/12 – Rakaman video di atas yang dipetik dari Sel13 adalah berkaitan dengan soalan dan jawapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Nurul Izzah menjawab berkenaan dua topik utama iaitu LGBT dan kebebasan beragama di Malaysia.
Anda tentukan sendiri maksud di sebalik kata-kata Naib Presiden PKR itu.

No comments:

Post a Comment