Thursday, 8 November 2012

Tiada Paksaan Dalam Agama, Rakaman Ucapan Nurul Izzah




“Tidak harus ada paksaan di dalam agama..Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November.

Nurul Izzah dalam mempertahankan kenyataannya bertegas ‘tiada paksaan dalam agama’ adalah bersumberkan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan Nurul Izzah itu sebagai menyemai fahaman ‘pluralisme’ yang boleh memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam agar tidak murtad.
“Kita tidak boleh membawa kempen kebebasan beragama secara mutlak. Mana mungkin…Perlembagaan (Persekutuan) ciptaan manusia kita boleh sama-sama nak pertahankan, ini (had kebebasan beragama untuk Islam) ketetapan Allah swt..lebih utama untuk kita pertahankan, lebih utama untuk kita patuhi,”katanya.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata Al Quran tidak perlu diterjemahkan mengikut akal fikiran sendiri semata-mata untuk mendapat undi.

“Jadi di sini saya menasihati Yang Berhormat tersebut (Izzah) serta mana-mana yang sefikrah dengan beliau supaya fikir masak-masak..jangan disebabkan hendak memperjuangkan agenda politik, kita sanggup untuk memutar-belitkan semangat dan juga tafsiran pada ayat-ayat Allah.

“Saya sangat kasihan kepada ahli-ahli politik yang mana disebabkan terlalu ghairah dengan agenda politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membelai dan membuat penelitian kepada agenda politik hingga kata-kata mereka itu menunjukkan kejahilan mereka terhadap apa yang terkandung ayat-ayat al-quran dan juga hadis-hadis nabi,”katanya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata sesuatu ayat Al Quran seharusnya diulas oleh orang pakar mengenainya, jika tidak ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kerosakan.

No comments:

Post a Comment