Anwar Tolak Ketuanan Melayu
Yahaya Ismail – Seluruh rakyat khasnya orang Melayu, terkejut bila Anwar dan PKR menolak ketuanan Melayu. Inilah perjuangan Anwar dan PKR selepas keluarganya menguasai kepimpinan PKR untuk memperjudikan nasib bangsa sendiri dalam kancah politik nasional.
Nampaknya Anwar dan Wan Azizah sudah lupa asal-usul mereka yang menjadikan mereka terkenal, mempunyai kuasa, kekayaan serta kehormatan sewaktu dalam UMNO. Inilah yang dikatakan kacang lupakan kulit. Apakah ini juga boleh dikatakan sebagai menolong anjing tersepit?
Tanya pada Anwar, apakah dia boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi Timbalan Presiden UMNO, kalau dia bukan Melayu? Apakah dia pernah bermimpi menjadi orang nombor dua dalam kerajaan BN sebelum dia dipecat, kalau dia tidak diterima oleh Mahathir menyertai Kabinetnya? Apakah dia lupa asal-usulnya?
Ada orang berkata, datuknya seorang India beragama Hindu yang memeluk agama Islam. Anwar adalah generasi kedua dari keturunan India yang dapat diterima dalam pelukan UMNO hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Kalau dia bukan Melayu, tentulah dia tidak bermimpi belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang hanya khusus untuk anak-anak Melayu yang beragama Islam sahaja. Kalau dia anak India atau Cina, tentulah tidak bermimpi belajar di Kolej Melayu bersama-sama dengan anak-anak lelaki dari keturunan bangsawan, korporat, pentadbir dan orang kampung yang diberi peluang mencapai kelulusan tertinggi di sekolah menengah elit tersebut.
Melalui bekas-bekas pelajar Kolej Melayu inilah yang memungkinkan Anwar membina jaringan sokongan dan kerjasama antara teman-teman yang pernah belajar di kolej tersebut yang kebanyakannya menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh korporat dan GLC serta usahawan-usahawan yang mendapat berbagai faedah dan projek dari kerajaan BN.
Anwar mungkin buat-buat lupa berapa banyak projek kerajaan yang diberikan kepada kroni-kroninya sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dulu.
Dalam buku saya berjudul, “Antara Kronisme, Nepotisme dan Anwar”, saya pernah mendedahkan kroni-kroni Anwar yang menjadi kaya-raya di bawah ihsan Anwar di masa lampau. Ada antara kroni Anwar, kini duduk dalam Kabinet Najib.
Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak pernah memberi berbagai projek yang bernilai ratusan juta ringgit kepada para kroninya yang membangunkan Putrajaya?
Bolehkah Anwar menafikan bahawa bapanya, Datuk Ibrahim, bekas Setiausaha Parlimen dan juga bekas attendant hospital, menjadi kaya-raya sebagai pemegang saham IOI dan beberapa syarikat yang lain, kerana dia orang UMNO?
Bukankah kekayaan yang diperolehi bapanya juga turut memberi rahmat dan rezeki kepadanya? Kalau bapanya cuma attendant hospital sahaja, apakah mungkin dia menjadi jutawan terkejut ala mi segera setelah terlibat dalam politik UMNO? Sudah pasti tidak. Anwar dan keluarganya tentulah tidak akan menikmati kehidupan sebagai orang kaya baru kalau bapanya tidak menyertai UMNO dan menjadi Setiausaha Parlimen di era Tunku Abdul Rahman Putra.
Anwar seperti Si Tanggang yang lupa asal-usulnya setelah menikmati kuasa dan kekayaan di bawah UMNO. Dia lupa bahawa sekiranya Pak Brahim tidak menyertai UMNO dan kekal sebagai tukang cuci hospital, tentulah dia tidak dapat tinggal bersama bapanya di Kampung Tunku yang mempunyai sebuah banglo di situ.
Banyak orang tahu, kaum keluarganya bukan dari keluarga yang hidup mewah. Tetapi bila dia menjadi Menteri Kabinet, apalagi sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, boleh dikatakan banyak ahli keluarganya yang menjadi jutawan dan memegang saham yang banyak dalam berbagai syarikat. Apakah dia dapat menafikan hal ini sekiranya dia jujur kononnya sebagai pejuang Islam?
Bagi mereka yang celik politik, politik perjuangan Anwar dianggap sebagai suatu pelarian (escapism) dari keputusannya untuk memburu kuasa yang telah hilang setelah dipecat dari Kabinet dan UMNO.
Keputusan ini amat meruntun jiwanya, menjadikan dia seorang pemarah, gila kuasa kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri gagal di tengah jalan. Jiwa yang tertekan menyebabkan dia persetan segala pandangan negatif terhadapnya. Yang bersarang dalam jiwanya ialah aku mesti menang, mencapai cita-cita besar aku untuk menjadi Perdana Menteri dan aku akan memperalatkan siapa dan organisasi apa pun untuk menjamin cita-cita aku tercapai.
Tujuan menghalalkan cara itulah prinsip perjuangan Anwar yang menjadikan dia terlalu obses dengan kuasa yang terlepas dari tangannya. Dia dihingapi megalomania – satu perasaan fantasi bahawa dia pemimpin yang maha hebat yang berpaksikan kegelojohan memburu kuasa, kekayaan serta keperkasaannya yang super kebal dari manusia-manusia biasa.
Sikap fantasi keperkasaan menyebabkan dia menjadi narcissistic, yang dia menganggap dirinya super penting, ingin dipuja dan tidak mengambil kira perasaan dan pandangan orang lain. Dia menjadi super angkuh dan menganggap dirinya lebih superior dari manusia-manusia lain.
Jadi, janganlah hairan bin terkejut kalau dia sanggup menolak ketuanan Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan hanya untuk meraih sokongan bukan Melayu dan juga para juak-juaknya yang super taksub tetapi buta mata hati untuk berfikir di luar kerangka fantasi pemimpin homoseks ini.
Dia merasai dirinya lebih superior dari Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, yang menyokongnya tanpa mempertikaikan bahawa dia seorang homoseks!
Kalau ulama PAS sendiri sudah hilang neraca pertimbangan sebagai ulama yang bersandarkan Al-Quran dan Hadis untuk menyokong seorang pemimpin yang amalan seksnya dilaknati Allah, maka Anwar merasai dia sudah menguasai seluruh hati dan budi ahli-ahli PAS.
Para pemimpin dan ahli-ahli PAS yang bertaraf lebai dan intelektual, membisu sejuta bahasa tanpa berani mengkritik Mursyidul Am mereka, yang pandangan politiknya dianggap songsang dan merugikan perjuangan PAS sendiri.
Anwar pula berfantasi dia sudah berjaya diterima oleh PAS sebagai bakal Perdana Menteri kerana Nik Aziz membuntutinya dan menjadi pengikutnya yang super setia.
Kalau PAS sendiri membuntuti Anwar menolak ketuanan Melayu, tanpa memikirkan implikasi politik masa depan parti itu, maka tidaklah hairan bin terkejut mengapa Anwar dengan bangganya berkokok bahawa dialah satu-satunya pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang akan menentukan nasib bagi PKR, PAS dan DAP kelak.
Inilah jiwa manusia yang gila kuasa, bersifat megalomania dan narcisstic. PAS dan DAP mungkin menganggap Anwar sebagai “penyelamat” mereka untuk sama-sama berkongsi kelak. Tidaklah hairan, mengapa hari ini Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain sanggup duduk semeja, ahlan wasahlan dengan pemimpin-pemimpin DAP, walhal mereka menjadi musuh ketat dan tidak mahu bekerjasama sewaktu PAS bersama Semangat 46 dulu.
Janganlah hairan, mengapa Nik Aziz sanggup menerima Elizabeth Wong yang foto-foto bogelnya tersebar dalam internet. Kononnya Nik Aziz berkata apa, dia (Elizabeth Wong) buat dalam bilik, itu dia punya pasallah. Bila mana ADUN PKR itu menemuinya di Pejabat Menteri Besar, tetapi kerajaan Kelantan mengharamkan penyertaan lelaki dan perempuan dalam drama tradisional makyong!
Menurut ahli psikologi, manusia yang menghidapi penyakit narcissistic personality disorder, boleh jadi disebabkan suatu manifestasi untuk menutupi rasa malu. Justeru itu, dia memperlihatkan personaliti sebagai egois, dirinya lebih superior dari orang lain dan menentang setiap pandangan yang berlainan darinya.
Besar kemungkinan Anwar seorang narcissist kerana dia hendak menutupi tabiat buruknya sebagai seorang homoseks.
Dengan wangnya yang banyak, dia melantik banyak peguam India keturunan India, termasuk Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar seorang homoseks di Parlimen dan juga di luar Parlimen, sebagai peguambelanya.
Panel peguamnya menggunakan berbagai helah untuk mempertahankan anak guam mereka dan meminta kes itu ditunda berpuluh-puluh kali hingga menimbulkan cemuhan rakyat dan menggugat keadilan.
Masing-masing mempunyai agenda peribadi untuk menyokong dan membela bekas Timbalan Perdana Menteri di era Mahathir ini. Selain mendapat bayaran yang lumayan dari perkhidmatan mereka sebagai peguambela, mereka juga ada muslihat politik untuk memperjuangkan penolakan ketuanan Melayu oleh Anwar.
Inilah matlamat akhir dalam pembelaan mereka, kerana kemenangan Anwar di mahkamah akan memberi laba yang lumayan dan di samping itu akan menyemarakkan lagi perjuangan bukan Melayu untuk menghapuskan ketuanan Melayu yang dicetuskan Anwar.
Kalau dulu ada beberapa orang peguam Melayu yang menjadi peguambela Anwar, kini yang tinggal hanya mereka dari keturunan India sahaja. Malangnya ahli-ahli Melayu dalam PKR dan juga PAS, tidak dapat mentafsir mengapa peguam-peguam Melayu beragama Islam tidak tampil ke depan seperti peguam-peguam India mempertahankan Anwar. Malah, peguam Cina pun tidak termasuk dalam panel-panel peguam Anwar.
Barangkali juga, peguam-peguam Melayu dan Cina tidak mahu membela Anwar yang pernah dipenjarakan bertahun-tahun atas tuduhan meliwat di masa lalu. Barangkali juga, peguam-peguam Melayu takut pada dosa membela Anwar yang pernah dijatuhi hukuman kerana meliwat.
Anwar mahu membebaskan dirinya sebagai pemimpin Melayu, kerana sebahagian besar orang Melayu tidak dapat menerimanya kerana majoriti Melayu percaya dia seorang homoseks.
Mereka bersetuju dengan Mahathir yang memecat Anwar dari UMNO dan Kabinet kerana dia seorang homoseks. Bukan sahaja Mahathir tidak mahu menerima Anwar sebagai penggantinya, tetapi majoriti orang Melayu juga menolak pemimpin seperti itu.
Justeru itu, Mahathir sanggup menentang Anwar habis-habisan setelah dia tahu Anwar seorang homoseks. Dia tidak mahu dihukum di Padang Mahsyar kerana memilih seorang homoseks yang dilaknati Allah sebagai penggantinya di Putrajaya.
Malah sesetengah pemimpin dan penyokong-penyokong PAS juga tidak merestui Anwar menjadi bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya.
Alasan mereka sama. Anwar seorang homoseks. Homoseks dilaknati Allah. Jadi mereka menolak Anwar untuk menerajui kerajaan kelak.
Anwar panik kerana isu liwat terus menghantuinya sampai ke liang kubur. Kalau dia ditolak rakyat dalam pilihanraya ke 13, bermakna mimpinya hendak menjadi bakal Perdana Menteri tidak menjadi kenyataan. Ia akan terkubur dalam mimpinya sebagai kenangan yang menyeksa batinnya sampai akhir hayat. Selagi nyawa dikandung badan, Anwar tidak akan menyerah kalah pada takdir. Dia akan melawan takdir dan tidak akan menyerah kalah tanpa melakukan sesuatu yang menyebabkan rakyat akan mengingati siapa itu Anwar.
Dia tidak peduli kalau keadaan politik negara menjadi kelam-kabut. Dia tidak peduli kalau rakyat mengadakan demonstrasi anjuran partinya untuk menunjukkan sokongan mereka kepadanya. Yang penting, tujuan menghalalkan cara. Tujuannya untuk menjadi bakal Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun.
Kalau dia tidak dapat mencapai hasrat mimpinya menjadi bakal Perdana Menteri, dia akan hancurkan masa depan negara dan rakyat dengan berbagai cara untuk memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan sekarang. Seperti kata peribahasa Melayu, alang-alang seluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
Inilah watak Anwar yang cuba meracuni pemikiran rakyat untuk bersimpati dan menjadi penyokong buta demi kepentingan peribadinya. Dengan menimbulkan berbagai isu, demonstrasi dan fitnah yang ditaburnya di luar negara, dia berharap Najib menjadi gubra dan akan tunduk pada tekanan, terutama sekali dari kalangan bukan Melayu yang menunggani Anwar sekarang. Mereka berpendapat, hanya Anwar yang berani tampil untuk menyuarakan tuntutan bukan Melayu.
Bila mana Anwar dan PKR berikrar hendak menghapuskan ketuanan Melayu, dia berharap bukan Melayu akan memberi sokongan padu kepadanya. Bukan Melayu yang anti Melayu dan anti Perlembagaan negara yang mempertahankan status ketuanan Melayu, tentulah menjerit gembira bila seorang pemimpin Melayu yang hilang kuasa, kini menjadi juara mereka.
Hilangnya ketuanan Melayu bermakna hilanglah kekuasaan politik Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia serta identiti Melayu sebagai pribumi negara kita.
Anwar menolak ketuanan Melayu kerana dia tidak mampu lagi melaksanakan agenda Melayu yang pernah dia laung-laungkan sewaktu dalam UMNO dulu. Dia sedar, orang Melayu tidak akan menyokong perjuangannnya yang anti ketuanan Melayu itu.
Oleh sebab terlalu kuat tekanan dari ahli-ahli bukan Melayu dalam PKR, Anwar seorang oportunis, memperlihatkan dirinya sebagai pejuang berbilang kaum yang ingin memberi hak sama rata dan sama rasa untuk semua kaum tanpa mempertahankan hak istimewa orang Melayu.
DAP menyambut baik penolakan ketuanan Melayu, kerana DAP yang mendapat ilham dari PAP di Singapura, memang berhasrat menghapuskan ketuanan Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Dengan kata lain, perjuangan Anwar dan PKR yang menolak ketuanan Melayu, samalah dengan Malaysian Malaysia DAP. Kalau Karpal Singh pernah berkata, Anwar inmoral kerana menjadi homoseks, kini Karpal sanggup melupai kecamannya terhadap Anwar demi kepentingan politik DAP. Bukankah Karpal Singh sekarang menjadi Pengerusi DAP? Sesungguhnya Anwar terperangkap dalam mainan politiknya sendiri.
DAP memperkudakan Anwar yang tersepit dalam mainan politik dan skandal peribadinya yang super kotor sebagai homoseks. Aneh bin pelik bila PAS dan DAP sanggup mengkultuskan Anwar sebagai pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri walaupun mereka tahu Anwar seorang homoseks.
Para pemimpin PAS seolah-olah membuta mata hati, menegadah ke langit dengan mata tertutup, kakitangan terantai kerana nafsu memburu kuasa sehingga sanggup menjulang seorang pemimpin yang diketahui umum seorang homoseks.
Nik Aziz memperalatkan agama bagi tujuan politik mungkar di atas bumi Allah untuk memapah Anwar sebagai pejuang Islam nombor wahid, melebihi perjuangannya sebagai Menteri Besar Kelantan, dengan harapan beberapa orang pemimpin PAS dapat bersemayam di Putrajaya kalau Allah dan rakyat malaysia merestui kemenangan mereka nanti.
Para pemimpin PAS harus sedar dari khayalan mereka bahawa kemenangan PAS di Kelantan khasnya sejak 1990 adalah kerana pengundi-pengundi Melayu di Kelantan menganggap PAS benar-benar memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu.
Saya masih ingat lagi, pucuk pimpinan PAS tidak mahu duduk semeja dengan pemimpin-pemimpin DAP sewaktu Tengku Razaleigh hendak menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah bagi menentang BN. Mereka menganggap DAP parti politik Cina yang anti Melayu, anti Islam dan justeru itu menjadi musuh politik PAS.
Para pemimpin PAS yang sama kini ahlan wasahlan dengan DAP dan kini sudah bertukar kiblat politik menolak ketuanan Melayu untuk bersama DAP dan PKR menghancurkan kekuatan politik Melayu.
Apakah mereka yang menyokong PAS di masa lalu sanggup memberi sokongan lagi kepada parti yang menolak ketuanan Melayu? Apakah mereka sanggup menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara?
Apakah mereka sanggup menghapuskan segala hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, untuk menerima gagasan Malaysian Malaysia yang menghapuskan ketuanan Melayu dengan semua bangsa adalah sama haknya di bumi Melayu yang bertuah ini?
Di manakah letaknya semangat patriotisme dan nasionalisme Melayu yang membolehkan PAS berkuasa di Kelantan sejak tahun 1990 hingga sekarang? Bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak mahu menerima penubuhan negara Islam yang menjadi obor perjuangan PAS itu? Apakah PAS sanggup membohongi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia, bahawa ia berjuang atas lunas-lunas Islam, walhal para pemimpinya sudah jauh menyeleweng dari prinsip-prinsip Islam?
Apakah orang Melayu boleh menerima Nik Aziz sebagai ulama bila mana dia menolak perpaduan ummah dan sanggup membuntuti Anwar seorang pemimpin homoseks?
Muhasabahlah dan kembalilah ke pangkal jalan untuk menyatukan umat Islam yang berpecah-belah sekarang ini. Seperti kata peribahasa Melayu, jong pecah yu kenyang, maka perpecahan di kalangan Melayu akan menjadi habuan mereka yang anti ketuanan Melayu, yang kini dipelopori Anwar Ibrahim, yang sedang menghadapi kes liwat kali keduanya.
Hubaya-hubaya terhadap pemimpin-pemimpin politik Melayu yang berserban, berkupiah putih, yang berbusa dengan ayat-ayat Al-Quran untuk meraih undi dan sokongan bagi menjaga kepentingan Melayu dan Islam di masa dulu, tapi kini sudah sanggup menghapuskan ketuanan Melayu, hak bangsa mereka sendiri hanya kerana sudah duduk semeja dengan DAP dan PKR, sambil mengunyah mi kari dengan chopsticks yang dipelajari mereka setelah tertubuhnya Pakatan Rakyat.
PAS sebenarnya membawa keranda politiknya bila mana para pemimpinnya menolak ketuanan Melayu dan bersekongkong dengan DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Cuba tanya pada Nik Aziz, apakah mereka yang menyokong Pakatan Rakyat akan masuk syurga, kerana PAS kini bersama DAP dan PKR yang pemimpinnya seorang homoseks? Oleh kerana PAS juga menyokong kepimpinan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dan dia seorang homoseks, apakah fatwa baru dari Nik Aziz untuk menghalalkan seorang homoseks menjadi bakal Perdana Menteri?
PAS perlu muhasabah sebelum nasi menjadi bubur, sebelum hilang kepercayaan dan sokongan orang Melayu terhadapnya. Sekiranya PAS bersengkokong dengan PKR dan DAP menolak ketuanan Melayu dan menyambut dengan serban Malaysian Malaysia dan gagasan pluralisme yang sama dengan konsep Malaysian Malaysia, iaitu menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama rasmi negara, maka masa depan PAS akan menjadi suram-temuram.
PAS akan hilang maruah dan kewibawaannya sebagai parti politik Islam, sekiranya ia melaksanakan politik serban leso untuk bersama DAP dan PKR menghancurkan hak istimewa Melayu yang memberi hak hidup dan kuasa politik kepadanya pada hari ini. Hanya mereka yang jahil politik dan taksub pada seseorang pemimpin, PAS yang akan bermarhaban dengan PKR dan DAP.
Para pemimpin dan ahli-ahli PAS juga bertanggungjawab terhadap nasib anak bangsa kita sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan ketuanan Melayu yang berteraskan Perlembagaan negara dihapuskan.
PAS jangan berdolak-dalik dalam mainan politik lilitan serban yang akan menjeratkan orang Melayu menjadi bakal pengemis di buminya sendiri. Menolak ketuanan Melayu juga bermakna menolak Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Apakah PAS sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara dan mengujudkan berbilang agama yang sama statusnya antara satu dengan lain? Apakah PAS sanggup melihat kecambahan kuil-kuil yang bertaburan di seluruh negara hingga hilang identiti Islam sebagai agama rasmi negara kita?
Aneh bin pelik bila PAS memperjuangkan negara Islam tetapi menyokong Anwar yang hendak menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara? Apakah PAS sudah lupa lilitan serbannya?
Kita tidak menafikan bahawa Perlembagaan negara memberi hak untuk rakyat berbilang agama menganut agama mereka dengan bebas. Tetapi identiti Malaysia sebagai negara Islam degan Islam sebagai agama rasmi, perlu diberi keutamaan dan kedudukan yang lebih tinggi dan lebih mulia dari agama-agama lain.
Sejak zaman penjajahan lagi, kerajaan British memberi hak kepada Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat-istiadat Melayu di negeri masing-masing. Ini bermakna, British mengakui dan menerima baik bahawa bumi bertuah ini adalah kepunyaan Melayu dengan kedudukan dan kuasa Raja-raja sebagai pemimpin agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Malah, dalam Perlembagaan negara juga dikeramatkan identiti Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Sekiranya Anwar, PKR, PAS dan PAS hendak menghapuskan ketuanan Melayu, maka mereka mesti meminda berbagai fasal dalam Perlembagaan yang mengabdikan ketuanan Melayu tersebut.
Apakah yang perlu mereka bertindak untuk menghapuskan ketuanan Melayu? Mereka perlu menghapuskan institusi Raja-raja Melayu. Nah, jangan salah ibu mengandung dan jangan menyesal tidak berkesudahan sekiranya berlaku pertumpahan darah antara golongan yang mempertahankan institusi Raja-raja dengan golongan Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan institusi Kesultanan Melayu.
Walaupun kedudukan Raja-raja Melayu hanya sebagai Raja Berperlembagaan, namun status mereka dipertahankan dan dikeramatkan dalam Perlembagaan untuk mengekalkan identiti negara Malaysia sebagai negara yang berteraskan Melayu sebagai pribuminya dan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kalau institusi Raja-raja Melayu hendak dihapuskan oleh Pakatan Rakyat, bermakna mereka perlu mendapat suara dua pertiga dalam Parlimen. Katalah mereka berjaya mendapat suara dua pertiga di Parlimen dan penghapusan institusi Raja-raja Melayu pun berlaku, maka kerajaan Pakatan Rakyat akan menghadapi gugatan dan tindakan dari kalangan orang Melayu yang juga sebilangan rakyat bukan Melayu yang cinta kasih mereka masih dengan institusi Raja-raja Melayu.
Sekiranya berlaku pertumpahan darah akibat tindak-tanduk Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ketuanan Melayu, maka janganlah pihak mereka menunding jari kepada golongan yang mempertahankan instistusi Kesultanan Melayu itu sebagai “pengacau” atau pengkhianat. Mereka yang memperjuangkan ketuanan Melayu bukan pengkhianat tapi patriot yang sanggup mempertahankan Perlembagaan negara dengan nyawa sekali pun.
Kita kembali menoleh ke belakang dan membuka semula lembaran sejarah yang membawa pertumpahan darah pada 13 Mei 1969.
Umum mengetahui peristiwa berdarah itu berlaku kerana tindak-tanduk pihak tertentu yang memperlekehkan orang Melayu setelah mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tahun 1969. Orang Melayu yang menyedari kekuasaan politik Melayu tergugat, terus mempertahankan hak bangsa mereka. Lalu berlakulah rusuhan yang tidak diminta, yang mengorbankan ratusan rakyat yang tidak berdosa.
Peristiwa seperti ini mungkin berlaku, sekiranya para pemimpin politik khasnya dari Pakatan Rakyat, tidak mengambil iktibar dari sejarah hitam di masa lampau.
Kita juga ingin mengingatkan Anwar, PKR, PAS dan DAP bahawa Rukun Negara adalah menjadi identiti negara Malaysia dan rakyatnya. Taat kepada Raja merupakan salah satu dari teras kesetiaan rakyat kepada Raja mereka.
Kalau Pancasila menjadi unsur kesatuan dan perpaduan rakyat Indonesia, maka Rukun Negara adalah lambang dan identiti negara Malaysia dan rakyatnya.
Hubaya-hubaya, jangan sekali-kali menimbulkan pertumpahan darah dan huru-hara di negara Malaysia yang bertuah ini. Hanya ada segelintir pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang bernafsu hendak berkuasa tanpa mengambil kira akibat tindakan politik mereka yang memperjudikan nasib rakyat dan negara oleh kemabukan mereka memburu kuasa hingga sanggup menimbulkan huru-hara dan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Rakyat Malaysia yang cinta damai akan memberontak mempertahankan hak yang dikeramatkan dalam Perlembagaan. Tidak ada kompromi dalam isu yang menyangkut Perlembagaan negara kita.
Kita harap Anwar, PKR, PAS dan DAP jangan bermain api politik, nanti ia membakar badan sendiri. Bila mana ada pihak cuba meggugat dan memusnahkan apa yang dikeramatkan dalam Perlembagaan negara kita, maka mereka sebenarnya sudah mengusik sarang tebuan.
Mereka perlu sedar bahawa 60% rakyat Malaysia terdiri dari bangsa Melayu beragama Islam dan Bumiputera lainnya. Mereka tidak mudah dininabobo oleh slogan-slogan lusuh reformasi yang dicetuskan oleh seorang pemimpin yang gila kuasa setelah dipecat secara tidak hormat dari parti dan Kabinet kerana dia seorang homoseks.
Sebenarnya Anwar panik kerana skandal homoseksnya menghantuinya sejak kes pertama sampai sekarang. Dia cuba menarik perhatian rakyat kepada isu-isu sensasional seperti menghapuskan ketuanan Melayu dengan harapan ia menjadi isu besar dan orang ramai akan melupakan skandal homoseksnya.
Berbagai helah dicari untuk melengah-lengahkan perbicaraannya, dengan harapan sampai pada pilihanraya ke 13 akan datang.
Ada orang berpendapat, Anwar akan menggunakan apa saja helah politiknya untuk mempastikan Pakatan Rakyat menang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya dengan dia sebagai Perdana Menteri.
Ada orang berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan, maka kes liwat Anwar pun akan ditutup dan dia akan selamat di takhta kekuasaan di Putrajaya. Takdirnya dia didapati bersalah dan kembali ke penjara Sungai Buloh sebelum pilihanraya akan datang, maka Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran untuk meraih kemenangan kelak.
Kononnya tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat yang “kahwin mu’taah” kecuali Anwar! Inilah lagu pukulan tabla yang diwar-warkan pihak pembangkang dengan PAS menari gelek menurut rentak dan irama anak Cheruk Tok Kun.
Sebenarnya DAP bertepuk tangan bila mana para pemimpin mereka melihat bagaimana dengan mudahnya Anwar dan PAS masuk dalam jerangkap mereka. DAP tidak perlu berkempen menyebarkan Malaysian Malaysia.
Anwar, orang Melayu yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan dan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, kini melondehkan dirinya sebagai pemimpin anti Melayu dan anti ketuanan Melayu.
PAS yang berkokok hendak menubuhkan kerajaan Islam juga terperangkap dalam mainan politik licik DAP bila PAS menyokong Anwar dan juga menolak ketuanan Melayu. Inilah politik Pak Kaduk, menang sorak kampung halaman dan negara tergadai oleh kerana politik gila kuasa tetapi cetek ilmu, maka jadilah mereka sebagai ayam laga DAP.
PAP dari Singapura memberi semangat dan bantuan apa sahaja yang diperlukan kepada DAP untuk menumpaskan ketuanan Melayu yang bertentangan dengan semangat hak sama rata bagi semua bangsa tanpa ada keistimewaan orang Melayu lagi.
Kini DAP sudah berjaya memerangkap Anwar melalui PKR dan PAS menjadi kuda tunggangannya untuk menabur colok politik Malaysian Malaysia yang diilhamkan oleh PAP Singapura.
Anwar dan PAS, disedari atau tidak sudah menjadi boneka Singapura. Oleh kerana DAP diilhamkan PAP Singapura, maka DAP akan mempertahankan kekuasaannya di Pulau Pinang dengan segala daya-upayanya untuk kepentingan politik Cina seberang laut.
Politik Cina seberang laut mengambil pendekatan dalam berbagai bentuk. Boleh dikatakan pendekatan Cina lebih bersifat ekonomi. Taikun-taikunnya mendampingi tokoh-tokoh politik yang berkuasa di sesebuah negara untuk mendapat keuntungan besar dari ikatan tersebut.
Jalinan bisnes yang kuat dan kukuh di kalangan bangsa Cina dalam negara dan di peringkat antarabangsa memungkinkan mereka menjadi suatu kuasa ekonomi yang perkasa. Oleh hal demikian, banyak penguasa khasnya di Asia, menggunakan tauke-tauke tertentu untuk menimbun harta dan kekayaan.
Di Filipina dan Thailand, misalnya rakyat mereka digalakkan menggunakan nama-nama tempatan untuk “menghapuskan” keturunan dan kebangsaan mereka sekiranya mereka bukan pribumi Thailand atau Filipina. Hasil dari akulturasi dan asimilasi budaya, maka akhirnya muncul Thaksin Shinawatra dan Carazon Aquino, keturunan Cina menjadi Perdana Menteri Thailand dan Presiden Filipina.
Singapura yang mempunyai penduduk Cina kurang 85%, sudah menjadi negara yang dikuasai orang Cina selain Beijing dan Taiwan. Di Singapura, orang Melayu terpinggir dari arus politik, ekonomi sosial dan pendidikan, yang dikuasai sepenuhnya oleh PAP. Keadaan Melayu yang serba kekurangan ini dapat dibaca dalam sebuah buku kajian ilmiah yang ditulis oleh Lily Zubaidah Rahim, cucu kepada Rahim Ishak, Presiden pertama Republik Singapura berjudul, “Dilema Singapura Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu “ (terjemahan, 2004).
Oleh kerana buku ini banyak mendedahkan kemelesetan kehidupan bangsa Melayu, maka kerajaan PAP telah mengharamkan pengedaran buku tersebut di Singapura. Walaupun Singapura mendabik dada sebagai sebuah negara kecil yang super maju, super bersih dari korupsi, namun umum berpendapat, Singapura dikuasai sepenuhnya oleh rejim PAP yang godfathernya Lee Kuan Yew.
Mengikut dasar politik PAP, semua rakyat Singapura adalah sama rata, sama rasa dan kononnya tidak ada diskriminasi terhadap mana-mana kaum di pulau tersebut. Tapi apa yang berlaku di Singapura adalah sebaliknya.
Singapura menjadi pusat perdagangan penting bertaraf dunia oleh kerana jiran-jirannya seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei, yang majoriti penduduk beragama Islam, banyak berdagang dengan Singapura. Malah, banyak para taikun super jutawan Cina Indonesia yang melabur dan menyimpan wang di berbagai bank di Singapura untuk melarikan diri dari berbagai jenayah penipuan dan korupsi di Indonesia.
Ia sudah menjadi negara ketiga yang dikuasai bangsa Cina selain Republik rakyat China dan Taiwan. Sebagai salah sebuah pusat kewangan terpenting di dunia, Singapura juga menjadi fokus berbagai agensi perisikan seperti CIA, Mosad dari Israel dan berbagai agensi-agensi lain. Agensi-agensi Amerika dan Israel misalnya beroperasi dari pulau ini untuk mengawasi serta mengeksploitasi berbagai kegiatan pergerakan Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Filipina.
Sebelum Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Lee Kuan Yew yang memimpin PAP memang berhasrat besar untuk menumbangkan kerajaan Perikatan yang dipimpin UMNO untuk mengujudkan gagasan Malaysian Malaysia, di mana hak ketuanan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara dihapuskan dan hak sama rata dan sama rasa diwujudkan.
Kalau ketuanan Melayu dihapuskan, bermakna institusi Raja-raja Melayu juga terkubur, agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, hak istimewa Melayu juga hilang dan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa rasmi yang tunggal di bumi bertuah ini.
Hasrat Lee Kuan Yew gagal setelah Singapura dinyahkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1965. Tapi cita-cita Lee Kuan Yew itu dihidupkan oleh DAP yang terus-menerus mengapi-apikan semangat perkauman Cina, hingga akhirnya setelah pilihanraya tahun 2008, DAP berjaya menguasai kerajaan Pulau Pinang.
Kemenangan DAP ini kerana Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pembangkang sewaktu kerajaan BN dipimpin oleh Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dan dibenci rakyat, menurut pandangan berbagai pihak.
Anwar mempunyai agenda peribadinya yang maha penting iaitu membebaskan dirinya dari skandal sodomi yang amat memalukan dirinya. Justeru itu, dia berhempas-pulas, bersilat dan berkuntau, menabur berbagai janji dalam berbagai mantera politik di kalangan rakyat untuk menolak BN dan memberi peluang kepadanya menjadi bakal Perdana Menteri yang bersemayam di Putrajaya.
Banyak orang berpendapat, kalau dia berjaya menjadi Perdana Menteri, maka terhapuslah kes sodominya dari tindakan selanjutnya.
Orang seperti Karpal Singh yang pernah bercakap di Parlimen, bahawa dia mempunyai bukti Anwar seorang homoseks dan menggesa Anwar bertaubat, kini menjadi salah seorang panel peguam membela Anwar pula. Secara moral, dia tidak patut menjadi peguambela Anwar setelah dia tahu dan pernah berkata Anwar seorang homoseks. Tapi demi kepentingan DAP yang dia menjadi Pengerusi parti itu, tanpa malu dan segan, kini dia pula menjadi peguambela Anwar.
Para panel peguam Anwar nampaknya semua berbangsa India, sanggup membela Anwar, kerana tanpa Anwar dalam gelanggang politik dewasa ini, peluang untuk kemenangan gemilang dalam pilihanraya ke 13 akan menjadi bertambah suram.
Apakah Karpal Singh sanggup berkata, Anwar bukan seorang homoseks pada hari ini kerana dia sudah menjadi salah seorang peguambela Anwar dan menafikan apa yang dia pernah sebut dalam Parlimen dan juga di Federal Hotel, Kuala Lumpur?
Para pembaca boleh menilai moraliti Karpal Singh dan DAP yang menjadi penyokong kuat Anwar setelah DAP berjaya menunggani Anwar sambil mengheret serban PAS untuk menerima Anwar sebagai jagoan Pakatan Rakyat untuk menolak ketuanan Melayu.
Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, tanpa banyak usul periksa mengenai Anwar, terus memberi sokongan partinya kepada jagoan homoseks itu. Tanpa disedari, serban PAS sudah tersangkut di bawah ketiak DAP dan hasrat menubuhkan kerajaan Islam juga terkorban di celah ketiak DAP.
PAP Singapura akan memberi sokongan moral, ekonomi dan lain-lain untuk mempastikan DAP terus berkuasa bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga negeri-negeri maju di sebelah Pantai Barat sepereti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Pertautan jiwa politik antara PAP dengan DAP tidak boleh dinafikan kerana matlamat perjuangan kedua parti adalah sama. Perjuangan hak sama rata, tanpa ketuanan Melayu, melalui Malaysian Malaysia akan menjadi obor perjuangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 yang akan didukung Anwar dan PKR serta dibuntuti PAS yang sudah berkhayal menumpang tuah dalam Kabinet mimpi bersama pemimpin homoseks menduduki Putrajaya.
Sungguh pelik bin hairan, PAS sanggup memperjuangkan penolakan ketuanan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, oleh kerana dininabobo Anwar terpaksa berjuang mati-matian untuk menjadi bakal Perdana Menteri sekiranya ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat menang.
Kalau PAS benar-benar memperjuangkan Islam sebagai ad din dan ingin menubuhkan kerajaan Islam menurut versi PAS, bagaimanakah parti itu boleh menerima seorang homoseks sebagai pemimpin pembangkang? Apakah Islam versi PAS menghalalkan amalan homoseks?
Memang ada kalangan pemimpin PAS yang tidak mahu menurut rentak politik Anwar kerana mereka yakin dia seorang homoseks. Banyak ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan sokongan Nik Aziz. Malangnya golongan ini tidak berani menentang pendapat Mursyidul Am PAS yang dikatakan bersikap diktatorial dalam parti itu. Akibatnya, para pemimpin dan ahli-ahli PAS terpaksa marhaban bersama ulama mereka untuk memapah Anwar merealisasikan mimpinya sebagai bakal Perdana Menteri di alam mimpi.
Nampaknya para pemimpin PAS dan kabilahnya terpaksa melilit serban menurut acuan Nik Aziz kerana dia Mursyidul Am PAS yang seolah-olah maksum dan tidak mempunyai dosa dan para ahli PAS yang berpendidikan tinggi bertaraf ulama, terpaksa akur dengan pandangan beliau yang menyokong Anwar, walaupun mereka tahu Anwar seorang homoseks.
Para pemimpin PAS yang tidak menyokong pendirian Nik Aziz mengenai Anwar, tidak mempunyai keberanian intelektual mahu pun pendirian agama untuk menyuarakan bantahan dan teguran mereka terhadap Mursyidul Am mereka. Bukankah Islam mengajar kita menentang kemungkaran?
Sekiranya ada kuasa, gunakan kuasa untuk menegur kemungkaran yang berlaku, selemah-lemah teguran adalah teguran dalam hati. Malangnya para pemimpin dan ahli-ahli PAS dihinggapi penyakit koro tidak berani menentang pandangan songsang Mursyidul Am mereka yang dikatakan beraja di hati.
Apakah Nik Aziz lupa bahawa PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990 hingga sekarang adalah didukung hampir 100% oleh orang Melayu yang beragama Islam? Kalau PAS sanggup menolak ketuanan Melayu kerana membuntuti Anwar, kita minta Nik Aziz meletakkan beberapa orang calon PAS di kawasan majoriti bukan Melayu di kawasan-kawasan bandar, untuk membuktikan apakah para pengundi bukan Melayu akan memilih calon PAS sebagai Wakil Rakyat mereka nanti pada pilihanraya ke 13 akan datang.
Boleh dikatakan PAS tidak pernah mencuba meletakkan calon-calonnya di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan Melayu dalam berbagai pilihanraya yang lalu. Malah dalam pilihanraya tahun 2008 pun PAS hanya menang di kawasan-kawasan majoriti Melayu.
Oleh sebab Nik Aziz Mursyidul Am PAS menyokong Anwar yang menolak ketuanan Melayu, maka kita mencabar Nik Aziz bertanding di kawasan majoriti Cina seperti di Bukit Bintang atau di Tanjung Bunga di Pulau Pinang.
Rakyat Malaysia ingin melihat bukti apakah Nik Aziz atau mana-mana calon PAS di kawasan-kawasan Cina boleh menang atau kecundang kelak. Kalau Nik Aziz hanya berkokok di Pulau Melaka dan mencari kawasan yang selamat untuk menang dalam pilihanraya, maka jelaslah kepada rakyat bahawa dia juga seorang oportunis yang meletakkan kepentingan peribadi di atas kepentingan penubuhan negara Islam yang hidup dalam mimpinya.
Kalau dia benar-benar yakin DAP yang dikuasai Cina akan menyokong pencalonannya di kawasan Cina, silalah berubah tempat dari Kelantan ke Bukit Bintang, Tanjung Bunga ataupun di kawasan Ipoh.
Sekiranya PAS menolak ketuanan Melayu kerana membuntuti Anwar, maka janganlah salah ibu mengandung kalau rakyat Kelantan yang perkasa berjiwa Melayu dan cinta Islam sejati akan menolak PAS dalam pilihanraya akan datang.
Ingatlah kuasa yang Nik Aziz miliki sebagai Menteri Besar Kelantan hanya pinjaman dari Allah. Kalau Allah tidak merestui sokongan Nik Aziz kepada Anwar, yang umum mengetahui dia seorang homoseks, maka Allah Yang Maha Berkuasa akan menentukan nasib Anwar, Nik Aziz dan setiap insan yang menjadi hambaNya.
Kalau dulu ada pemimpin PAS yang berkokok undi PAS masuk syurga, apakah dengan sokongan terhadap Anwar yang homoseks, yang anti Ketuanan Melayu, akan membawa kemenangan super gemilang bukan saja di atas muka bumi Allah ini tetapi juga di akhirat kelak?
Apakah Nik Aziz boleh menjamin bahawa bukan Islam yang mengundi PAS juga akan masuk syurga atas rekomendasi beliau kepada Allah Taala?
Janganlah kerana marahkan pijat, kelambu dibakar. Menentang ketuanan Melayu bermakna menentang Perlembagaan negara. Menentang Perlembagaan negara bermakna menjadi pengkhianat negara.
Apakah PAS yang lahir dalam perjuangan Melayu yang berteraskan Islam, hingga berjaya memerintah negeri Kelantan sejak 1990 sampai sekarang, kini berpaling tadah mengkhianati perjuangan Melayu dan Islam untuk menyokong Anwar yang dituduh sebagai homoseks?
Bolehkah Nik Aziz dan para pemimpin tertinggi parti itu menafikan bahawa mereka pernah tidak mahu bekerjasama dengan DAP sewaktu penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah dulu?
Alasan mereka kerana DAP parti perkauman Cina, memperjuangkan hak sama rata dalam Malaysian Malaysia, menentang penubuhan negara Islam menurut acuan PAS dan dianggap anti Melayu.
Hari ini, demi kerakusan memburu kuasa di bumi Malaysia, PAS sanggup melakukan politik “mutaah” dengan DAP dengan membuntuti perjuangan Anwar yang anti ketuanan Melayu dan pengamal seks songsang.
PAS sanggup sembahyang hajat beramai-ramai di stadium Sultam Muhamad untuk “melaknati” UMNO yang majoriti ahlinya bangsa Melayu beragama Islam. Tapi kini, ia sanggup berpeluk-pelukan dengan DAP yang anti penubuhan negara Islam dan anti ketuanan Melayu.
Lebih memalukan lagi, ia sanggup menerima kepimpinan Anwar yang bernafsu besar untuk menjadi bakal Perdana Menteri walaupun dia dianggap seorang homoseks yang dilaknati Allah.
Kita tidak hairan bin terkejut, kalau rakyat Kelantan khasnya menolak PAS dalam pilihanraya ke 13 akan datang, oleh kerana mereka melihat PAS sudah mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dan Islam.
Kalau dulu mereka menyokong kepimpinan Nik Aziz yang dianggap ulama, yang tidak korup dan tidak tersilau oleh kuasa dunia. Kini rakyat Kelantan dan orang Melayu amnya sudah mula mempertikaikan kewibawaan dan keulamaan Nik Aziz yang sanggup membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti yang dikeramatkan dalam Perlembagaan, hanya untuk memburu kuasa dunia dengan membuntuti pemimpin homoseks!
Ketuanan Melayu bukanlah dasar seperti apartheid yang terkubur di bumi Afrika Selatan. Orang Melayu dan juga bukan Melayu menerima baik Perlembagaan Malaysia kerana ia menjadi tonggak identiti bangsa Malaysia.
Ia bukan social contract yang boleh diperkotak-katikkan. Ia adalah warkah keramat yang menjadi ikatan batin dalam perjuangan warganegara Malaysia dari berbagai bangsa untuk memperkasakan kekuatan negara. Ia adalah warkah keramat yang berpaksikan pada sejarah budaya pribumi di mana budaya Melayu dan Islam menjadi tonggak keramat negara kita.
Apa yang dikatakan sebagai ketuanan Melayu adalah berdasarkan maruah, harga diri, peribadi dan kekuatan hikmah yang wujud dalam Perlembagaan kita. Oleh kerana Anwar, PKR, Nik Aziz dan PAS menolak ketuanan Melayu, bermakna mereka dan parti menolak kepentingan bangsa Melayu dan Islam yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.
Muhasabahlah dan tanya pada diri mereka sendiri, apakah mereka menganggap perjuangan mereka selama ini tidak bertunjangkan semangat dan sokongan dari bangsa Melayu dan Islam?
Beranikah Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang menolak ketuanan Melayu, berkata PAS akan menang dengan cemerlang dalam pilihanraya akan datang atas sokongan mereka yang anti ketuanan Melayu?
Kita harap Nik Aziz dan PAS berkempen habis-habisan di Kelantan dan juga di negeri-negeri lain atas isu anti ketuanan Melayu kelak. Kita ingin tahu apakah majoriti pengundi Melayu akan memberi kemenangan gemilang kepada calon-calon parti itu ataupun menolak Nik Aziz dengan kabilahnya sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam dan Melayu.
Anwar sudah hilang tenaga magisnya untuk memukau rakyat dengan pidatonya yang berapi-api. Karismanya pudar sebagai pemimpin politik yang berkaliber, bila mana dia menjadi seorang homoseks tegar.
Mereka yang berpegang kuat pada Islam dan moral Islam tidak dapat menerima Anwar sebagai pemimpin mereka untuk membawa perubahan nasib yang lebih baik di bawah pimpinannya.
Walaupun dia mempunyai keberanian dan ketajaman intelek sebagai pemimpin politik, namun kualitinya sebagai pemimpin dan tokoh digerhanai oleh skandal homoseksnya yang amat memalukan dirinya dan keluarganya. Dia sendiri membunuh kerjaya politiknya. Dia tidak boleh menyalahkan pihak lain kononnya merancang konspirasi untuk menjatuhkannya dari singgahsana politik yang pernah dia menikmati di masa lalu.
Sebagai pemimpin pembangkang, Anwar menentang arus. Dia tahu kekuatan dan kelemahan UMNO kerana dia pernah menjadi Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan.
Walaupun dia salah seorang pemimpin terkemuka dalam UMNO dan menjadi salah seorang perancang kejayaan UMNO dalam berbagai pilihanraya sebelum dia dipecat dari Kabinet dan UMNO pada tahun 1998, namun dia juga sedar sukar baginya hendak menumbangkan UMNO yang menjadi peneraju pemerintahan sejak merdeka hingga sekarang.
Nafsu Anwar besar tapi kemampuannya untuk menumbangkan BN tidak semudah seperti yang diucapkan dalam jajan politiknya. Dia boleh mengecam kerajaan BN dalam dan luar negara dengan bebas. Dia boleh maki-hamun pemimpin UMNO/BN sesuka hati. Tapi dia tidak akan dapat menjadi bakal Perdana Menteri kerana dia seorang homoseks yang dilaknati Allah.
Secara sinis ada orang berkata, takdirnya beruk, kera dan lutung boleh mengundi, besar kemungkinan mereka akan mendengar pidato berapi-api dari Anwar, namun mereka tidak akan menyokongnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Tidak dinafikan, Pakatan Rakyat berjaya menggegarkan kerajaan BN dengan kemennagan mereka yang tidak disangka-sangka pada tahun 2008. Seperti pahlawan dalam gelanggang, BN jatuh harga dirinya, tetapi “misai” BN masih belum mencecah bumi dan diselimuti debu kekalahan.
Tapi jangan mendabik dada bahawa kemenangan gemilang Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu kerana Anwar membawa angin perubahan dalam pertarungan politik tanahair.
Maaf. Bukan kerana Anwar BN hilang suara dua pertiga di Parlimen. Umum berpendapat, kelemahan kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dengan Islam Hadharinya menyebabkan sebahagian besar pengundi menolak BN dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ini hakikatnya.
Pihak pembangkang terus berdendang dan bertabla bahawa Anwar yang membawa angin perubahan hingga hampir menjatuhkan BN. Itu propaganda murahan untuk menjinak sokongan di kalangan rakyat agar rakyat memberi kemenangan super gemilang supaya Anwar menjadi bakal Perdana Menteri di Putrajaya selepas pilihanraya ke 13 akan datang.
Seperti penjual ubat di kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman, Anwar mencari kesempatan untuk melonjakkan dirinya sebagai sang tokoh yang mempunyai tangkal azimat politik yang super gagah untuk menjamin kemenangan pembangkang kelak.
Karpal Singh yang pernah berkata di Parlimen, dia mmepunyai bukti Anwar seorang homoseks dan meminta dia bertaubat, kini tanpa malu dan segan, sanggup menjadi peguambela si homoseks ini!
Inilah komedi politik DAP yang menyangkut harapan kemenangan di bawah ketiak berbulu Anwar.
Nik Aziz pula dengan kerakusan memburu kuasa ke Putrajaya, sanggup mengheret dan melilit serban PAS sebagai bengkung Anwar walaupun mereka tahu dia seorang homoseks.
Ini juga suatu komedi politik PAS sanggup marhaban menyokong homoseks sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Dalam diam-diam Anwar tersenyum seorang diri.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, Pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.
PKR : Parti Keluarga Sdn Bhd
Nafsu Anwar Tetap Membara
Anwar Terjerat Dalam Mimpinya
Anwar Mabuk Kuasa
Agenda Anwar Ibrahim
Siapa Anwar Sebenarnya
Anwar Pejuang Islam ?

No comments:
Post a Comment