Friday, 2 November 2012

PKR : Parti Keluarga Sdn Bhd

Yahaya Ismail – Apakah PKR dilahirkan ke dunia untuk memperjuangkan nasib rakyat? Nahe..nahe. Ia lahir ke dunia dengan satu tujuan yang maha agung bagi Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan keluarganya.
PKR dilahirkan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat Malaysia agar mereka memperjuangkan nasib Anwar yang merengkuk dalam penjara Sungai Buloh atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan meliwat.
Kini jelas dan terang bahawa Anwar masih menjadi Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai Presiden PKR, Nurul Izzah anak mereka sebagai Naib Presiden. Dan jangan lupa lelaki kesayangan Anwar, Azmin Ali, menjadi Timbalan Presiden PKR yang penuh dengan kontroversi itu.
Bukankah ini nepotisme namanya? Bukankah Anwar dan Wan Azizah menjadikan PKR sebagai parti politik keluarga sdn bhd?
Kalau DAP ada Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya pula Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Setiausaha Agung DAP. Dan PAP di Singapura pula terdapat Lee Kuan Yew dengan anaknya menjadi Perdana Menteri.
Maka, apakah Anwar boleh menafikan bahawa dia bukan pengamal nepotisme? Allah Maha Kuasa dan Dia telah mendedahkan kepada khalayak ramai siapa Anwar sebenarnya. Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.
Mereka yang tidak taksub dengan Anwar, berpengalaman dalam sepak terajang politik, yang dapat membaca kilat dalam kilau mainan Anwar yang menguasai PKR, tidak kekal dalam parti itu. Mereka keluar satu demi satu, kerana mereka tidak mahu bersekongkol dengan seorang pemimpin yang gila kuasa dan menjadikan PKR sebagai hak sendirian berhad keluarga Anwar.
Apakah tokoh politik seperti Marina Yusof, Chandra Muzaffar, Dr Halili, Zulkifli Noordin dan Zaid Ibrahim serta lain-lain itu keluar tanpa sebab? Mengapakah mereka tidak mahu bersama Anwar memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara?
Mereka sudah dapat membaca mainan politik kotor Anwar dan mereka tidak mahu melacurkan perjuangan mereka untuk melonjak naik seorang pemimpin yang gila kuasa dan dinodai skandal homoseks.
Anwar mungkin menganggap mereka yang keluar dari PKR itu hanya sampah-sarap dalam partinya. Justeru itu, tidak meninggalkan kudis dan tokak dalam PKR, pimpinan isterinya yang akan tetap mendapat sokongan rakyat. Ini fantasi Anwar untuk menghalalkan amalan nepotisme dalam partinya.
Tapi Anwar bukan Aquino yang ditembak mati oleh rejim Marcos. Wan Azizah yang memperjuangkan suaminya yang dituduh sebagai homoseks, bukan Carazon Aquino, seorang suri rumah yang berjaya menumbangkan rejim Marcos yang zalim dan mendapat sokongan hangat dari rakyat Filipina yang melantik beliau menjadi Presiden Republik Filipina.
Kini, anak Carazon Aquino dipilih rakyat Filipina menjadi Presiden Filipina, kerana rakyat Republik tersebut menghargai dan menyokong penuh perjuangan Aquino dan isterinya Carazon menentang rejim zalim Marcos.
Sekiranya Aquino itu seorang homoseks, sudah pasti dia tidak akan dijulang sebagai pemimpin popular oleh rakyat Filipina. Parti pimpinan Carazon tidak akan dipilih rakyat menggantikan rejim sebelumnya kalau suaminya itu seorang homoseks.
Perlu diingat, 90% penduduk Filipina beragama Katolik yang menentang amalan homoseks. Sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah seorang homoseks menjadi ketua kerajaan di dunia hari ini.
Lihat apa yang berlaku pada Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikar. Dia didapati membuka butang seluar dan seorang pembantu wanita di Rumah Putih melakukan seks oral dengannya.
Suatu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat perilaku mantan Presiden itu. Dikatakan USD40 juta dibelanjakan untuk siasatan tersebut. Akhirnya semua terbongkar. Clinton mengaku perbuatannya itu dan akhirnya terpaksa memberi selamat tinggal dalam politik.
Beberapa orang Menteri Kabinet British terpaksa melepaskan jawatan mereka apabila mereka dituduh mengadakan hubungan homoseks di jamban orang ramai setelah didedahkan dalam media di England.
Ini soal moral, harga diri. Mereka yang ada maruah, harga diri dan insaf atas perbuatan mereka yang terkutuk itu sanggup melepaskan jawatan penting dalam kerajaan demi menghormati aspirasi rakyat, keluarga dan juga agama mereka.
Setiap pemimpin yang bermaruah patut mengambil iktibar dari kisah-kisah inmoral sesetengah pemimpin yang terjebak dan khayal dengan dosa homoseks yang dilaknati Allah.
Walaupun masyarakat Barat dikatakan dekaden untuk gay dan lesbian, namun rakyat Amerika dan Barat tidak akan menerima seorang pemimpin kerajaan apalagi sebagai Presiden atau Perdana Menteri yang inmoral menjadi ketua kerajaan.
Kalau pemimpin yang punca skandal dengan wanita bawah umur juga tidak diterima rakyat seperti mana yang berlaku pada Perdana Menteri Itali, Berlusconi sekarang, apalagi kalau pemimpin itu diketahui umum seorang homoseks.
Inilah nilai integriti dan moral yang dikehendaki rakyat di Barat terhadap para pemimpin politik mereka.
Anwar masih bersilat dan berkuntau menafikan dia bukan homoseks, walaupun dia pernah dijeblos dalam penjara kerana kes tersebut. Malah Karpal Singh, peguam Anwar sendiri minta dia bertaubat.
Karpal Singh pernah mendedahkan di Parlimen, bahawa dia mempunyai bukti Anwar seorang homoseks.
Dia boleh menafikan dia bukan homoseks tetapi mengapakah seorang pejuang Islam, beliau takut bersumpah di masjid dengan disaksikan oleh alim ulama dan rakyat jelata bahawa dia bersih lagi bersih dari perbuatan dilaknati Allah itu?
Hari ini, Karpal Singh menjadi Ketua Panel Peguambela Anwar pula – suatu komedi politik peguam yang kononnya ada bukti Anwar seorang homoseks, sudah terbalik kot menjadi peguam si homoseks ini pula!
Kita ingin bertanya kepada Anwar, mengapakah panel peguambelanya meminta tangguhan demi tangguhan berpuluh kali untuk beliau menghadiri perbicaraan? Kalau dia yakin dia bukan homoseks seperti umum mengetahui, mengapa meminta kesnya ditangguh berpuluh-puluh kali, seolah-olah dia takut menghadapi perbicaraan kes liwat?
Kalau dia seorang pejuang Islam super tulen, bukan pura-pura seorang pejuang, dia harus berani menghadapi perbicaraan. Kalau dia tidak melakukan, mengapa perlu minta ditunda kesnya sehingga menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat bahawa dia takut menghadapi mahkamah dan menurut persepsi rakyat lagi, dia memang melakukannya.
Justeru itu, dia cuba melengah-lengahkan perbicaraannya sehingga selesai Pilihan Raya ke 13 akan datang.
Tapi rakyat yang celik politik dan tahu lakonan Anwar yang memakai berbagai topeng, sudah dapat mentafsirkan mengapa dia minta tundaan demi tundaan. Banyak orang berpendapat, kali ini dia terjerat oleh perbuatannya sendiri. Seperti kata peribahasa Melayu, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pelanduk lupa pada jerat, tapi jerat tidak lupa pada pelanduk.
Janganlah berdolak-dalik, berputar lidah, menggeleng kepala menafikan dia bukan homoseks dan kononnya itu hanya rekaan konspirasi UMNO semata-mata.
Mudah dan jelas kepada seluruh rakyat untuk membuat penilaian mereka menurut ajaran Islam. Bersumpahlah dengan nama Allah, berpeganglah pada Al-Quran di hadapan alim ulama dan rakyat jelata untuk membuktikan kepada alam buana ini bahawa dia, Anwar Ibrahim bukan homoseks.
Kalau benar dia bukan homoseks buktikan secara agama. Saiful Bukhari Azlan yang menjadi mangsa homoseks Anwar, bukan saja sanggup bersumpah di masjid, tetapi pernah bersumpah di hadapan Kaabah di Mekah untuk membuktikan Anwar meliwatnya! Beranikah Anwar bertindak seperti Saiful?
Usah memutar belit fakta dan peristiwa, kononnya dia menjadi mangsa konspirasi politik pucuk pimpinan UMNO. Yang banyak orang tahu, dia seorang homoseks. Kalau dia menafikannya, mengapakah dia tidak berani bersumpah di masjid menolak tuduhan tersebut? Atau untuk menyakinkan lagi, dia bersumpah di depan Kaabah bahawa dia bukan homoseks, supaya para sahabat di Timur Tengah, Eropah, Amerika dan Asia dapat diyakini dengan tindakannya itu.
Lebih mengejutkan lagi, kini Wikileaks yang menggemparkan Washington dan lain-lain negara di dunia, telah mendedahkan kabel diplomatik Anwar bahawa Anwar seorang homoseks.
Pendedahan yang dikemukakan oleh Duta-duta berbagai negara kepada kerajaan masing-masing, bukanlah rekaan dan fantasi mereka. Mereka juga ada bahagian perisikan yang membuat kajian mengenai para pemimpin berbagai negara tertentu.
Apakah Duta-duta Besar dari negara-negara asing yang mendedahkan skandal homoseks Anwar juga mempunyai konspirasi untuk menjatuhkannya? Tidak masuk akal, sebab mereka tidak mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan Anwar. Sesungguhnya Anwar seorang homoseks sudah tersebar luas dalam dan luar negara oleh berbagai pihak.
Nampaknya Anwar tidak ada jalan lain untuk menyakinkan rakyat bahawa dia bukan homoseks kecuali isterinya Wan Azizah, anaknya Nurul Izzah dan sahabat tersayangnya, Azmin Ali dan para juak-juaknya yang super taksub meninggalkannya.
Ini tidak akan berlaku kerana keluarga Anwar dan Azmin Ali tidak akan tampil di khalayak ramai untuk mendedahkan perilaku Anwar sebagai homoseks.
Azmin dan isterinya Shamsidar, dikatakan mempunyai hubungan yang paling erat dengan Anwar. Menurut Ummi Hafilda, adik Azmin yang berjihad menentang kemungkaran Anwar dan abangnya Azmin serta kakak iparnya Shamsidar, pada mulanya Azmin bekerja dengan Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, selepas kembali dari pendidikannya di Amerika.
Dia menjadi pegawai khas Mahathir. Menurut Ummi lagi, Mahathir dan isteri beliau, Dr Hasmah, menganggap Azmin sebagai “anak angkat” mereka. Malah, sewaktu Azmin bernikah dengan Shamsidar, Mahathir dan isterinya turut menghadiri majlis pernikahan itu.
Anwar dikatakan tertarik dengan Azmin dan meminta izin dari Mahathir untuk “meminjamkan” Azmin bekerja dengan dia.
Menurut Ummi lagi, pada suatu hari Azmin balik ke rumah ibu bapanya menunjukkan wang sebanyak RM300 ribu. Dia begitu excited sekali menunjukkan wang tersebut. Ahli-ahli keluarga bertanya, siapakah yang memberi wang sebanyak itu? Jawab Azmin, Anwar.
Nampaknya pujukan Anwar untuk mendapatkan Azmin bekerja dengan dia berjaya. Dikatakan, sejak bekerja dengan Anwar, kehidupan Azmin dan isteri serta anak-anaknya super mewah yang tidak pernah dimimpikan sewaktu bekerja dengan Dr Mahathir dulu.
Menurut Ummi lagi, ada ganjaran ada risikonya. Dalam pertemuan antara wartawan-wartawan kanan akhbar dan beberapa orang blogger baru-baru ini, Ummi Hafilda mendedahkan bahawa Azmin pernah mendapat rawatan di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur sekembalinya dari Amerika setelah bersama Anwar di negara Pakcik Sam tersebut.
Apakah penyakit yang dialami Azmin? Mereka yang hadir dalam pertemuan itu terkejut beruk, ternganga mulut bila Ummi berkata, dubur Azmin berdarah! Azmin memberitahu salah seorang kakaknya yang membawanya ke hospital, bahawa Anwar meliwatnya!
Ummi mencabar abangnya dan Anwar menafikan perbuatan yang dilaknati Allah itu. Dia sanggup menghadapi tindakan mahkamah sekiranya Anwar dan Azmin menyamannya kelak. Malah, menurut Ummi, dia tidak gentar menghadapi tindakan mahkamah oleh abangnya dan juga Anwar. Dia mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menuduh Anwar meliwat abangnya hingga duburnya berdarah!
Menurut Ummi lagi, skandal Anwar dengan Azmin juga melibatkan Shamsidar, isteri Azmin. Nallakarupan, rakan pemain tenis bersama Anwar pada era persahabatan seperti isi dengan kuku, pernah mendedahkan hubungan sulit antara Anwar dengan isteri Azmin.
Dia pernah menjadi pemandu motokar yang membawa Shamsidar menemui Anwar di salah sebuah kondo di Bangsar. Ummi mengakui, Nallakarupan pernah mendedahkan hubungan seks antara Anwar dengan Shamsidar kepadanya. Dan kononnya Nallakarupan juga pernah beritahu Azmin bahawa dia telah membawa isterinya menemui Anwar untuk hubungan seks. Azmin dikatakan pura-pura buat tidak tahu mengenai hubungan sulit isterinya dengan Anwar.
Menurut Ummi lagi, hubungan sulit antara Anwar dengan Shamsidar masih berlaku hingga sekarang! Dan dia mempunyai bukti mengenai tuduhan ini.
Tuduhan yang dibuat Ummi Hafilda terhadap Anwar dan abangnya Azmin Ali serta kakak iparnya Shamsidar, sangat berat. Pendedahan Ummi mengejutkan kami yang mendengarnya.
Kalau Anwar, Azmin dan Shamsidar menganggap Ummi membuat fitnah terhadap mereka, sila saman Ummi Hafilda. Malah, Ummi dikatakan menunggu surat saman dari ketiga-tiga makhluk tersebut.
Kalau apa yang didedahkan Ummi Hafilda itu pembohongan yang super hebat, yang memalukan mereka, maka wajarlah ketiga-tiga makhluk Allah ini menyaman Ummi. Ummi sanggup dihadapkan ke mahkamah untuk membuktikan tuduhan-tuduhan yang dibuatnya.
Nah, sekarang kita tanya pada Anwar, Azmin dan Shamsidar, beranikah kalian menyaman Ummi Hafilda?
Oleh itu, janganlah hairan bin terkejut mengapa Anwar akan melakukan apa saja demi Azmin. Siapa saja yang menentang Azmin, bermakna menentang Anwar. PKR hidup dan bernafas menurut nafsu kemahuan Anwar.
Sebagai ahli politik yang pernah menikmati kuasa, penghormatan dan kekayaan di bawah UMNO, yang tidak pernah dia nikmati sewaktu menjadi pemimpin ABIM di masa lalu, Anwar tidak dapat membebaskan dirinya untuk menjadi manusia biasa yang tidak punya kuasa tetapi penuh dengan harapan.
Wan Azizah, isterinya, menganggap suaminya sebagai “Anugerah Tuhan”, seolah-olah Anwar dianggap sebagai “Mahdi” yang bakal menyelamatkan umat manusia! Tanya pada Wan Azizah, apakah Tuhan juga merestui Anwar sebagai homoseks?
Apakah seorang homoseks yang dilaknati Allah, wajar menjadi bakal Perdana Menteri?
Apakah dia tidak tahu Anwar mempunyai hubungan homoseks dengan Sukma Darmawan yang hidup sebumbung dengannya? Apakah dia juga tidak tahu Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar dan kononnya sangat suka cucur kodok bikinan Shamsidar? Apakah Wan Azizah tidak dapat menghidangkan cucur kodok yang lebih lazat untuk suaminya?
Ummi Hafilda berkata, Anwar sering ke rumah Azmin untuk menikmati cucur kodok yang disediakan Shamsidar. Rupa-rupanya cucur kodok Shamsidar begitu besar pengaruhnya kepada pejuang Islam nombor wahid ini?
Banyak bekas pemimpin PKR yang keluar berkata, mereka tidak dapat membuntuti Anwar kerana Azmin yang dikatakan cuba menguasai Anwar dan PKR. Siapa saja yang berhasrat mendekati Anwar, akan menimbulkan masalah besar kerana Anwar lebih percaya kepada Azmin dari pemimpin-pemimpin lain.
Azmin seolah-olah takut pengaruhnya terhadap Anwar akan meleset sekiranya Anwar didampingi oleh mereka yang dianggap Azmin sebagai “musuh-musuh” politiknya. Anwar juga dikatakan bimbang kalau Azmin merajuk dan meninggalkan PKR.
Banyak orang berkata, hubungan Anwar dengan Azmin begitu kuat dan mendalam, maka mereka tidak dapat berpisah seperti perpisahan bekas-bekas pemimpin PKR yang lain.
Apakah Anwar takut Azmin akan membocorkan hubungan intim antara mereka berdua dan juga dengan Shamsidar? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Hanya Anwar, Azmin dan Shamsidar sahaja yang tahu hubungan mereka yang luar biasa itu.
Wan Azizah terpaksa tunduk kepada kemahuan suaminya, kerana dia sendiri tidak mempunyai pendirian dan prinsip perjuangan yang murni untuk menentang kemungkaran.
Tanya pada Wan Azizah, apakah benar dia mempunyai ayah dan ibu dari keturunan Korea? Apakah benar dia anak angkat Wan Ismail? Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak pernah menziarahi kedua orang tuanya berbangsa Korea di Korea Selatan? Sekiranya Wan Azizah dari keturunan Korea, apakah dia mampu dan memahami sedalam-dalamnya perjuangan bangsa Melayu, aspirasi orang Melayu dan perjuangan Islam yang suci?
Wan Azizah dalam dilema, kerana dia tidak dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang gigih memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Dia hanya memperlihatkan dirinya sebagai seorang isteri yang hanya berminat melihat suaminya menjadi bakal Perdana Menteri. Tidak lebih dari itu.
Dia tidak ada pilihan kecuali mengabdi kepada kemahuan suaminya mempunyai hubungan intim dengan Sukma yang pernah tinggal bersamanya sewaktu Anwar menjadi Menteri dalam Kabinet Mahathir.
Menurut Ummi Hafilda, Wan Azizah juga tahu hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana dia tidak mempunyai kekuatan moral dan keberanian untuk bertindak mempertahankan maruahnya sebagai seorang isteri. Malah, Ummi Hafilda juga sanggup disaman Wan Azizah kalau dia menganggap Ummi menghinanya.
Maka jadilah PKR parti politik keluarga Anwar sendirian berhad yang mana Azmin menjadi sebahagian dari keluarga tersebut. Dia tidak malu dan segan mempertahankan Azmin untuk hidup semati bersamanya dalam wadah PKR. Dia sanggup berkempen untuk Azmin dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR yang lalu walaupun secara moral dan sebagai Penasihat PKR, dia tidak seharusnya berpihak kepada mana-mana calon.
Tapi nampaknya Anwar tidak boleh melupakan Azmin dan Azmin juga sanggup berkorban apa saja untuk Anwar.
Ada orang berkata, Azmin banyak menyimpan rahsia peribadi Anwar. Justeru itu, Anwar dan Azmin sanggup bermati-matian memperjuangkan nasib mereka bersama.
Malah, tunjuk perasaan oleh ahli-ahli PKR yang tidak puas hati dengan penglibatan Anwar berpihak kepada Azmin, membuktikan bahawa ahli-ahli parti pun sudah tahu hubungan intim antara kedua makhluk yang ada kepentingan bersama hingga menjadikan PKR porak-peranda.
Banyak orang berpendapat, PKR akan menghadapi kehancuran setelah Anwar memperlihatkan tembelangnya. Kini jelas kepada semua ahli PKR dan masyarakat umum, bahawa Anwar tidak boleh membiarkan Azmin kalah dalam pertarungan untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Kalau Azmin kalah, kata beberapa orang ahli PKR yang ditemui, maka Anwar akan menjadi duka lara dan besar kemungkinan akan hilang semangat tanpa Azmin di sampingnya.
Jadi janganlah hairan bin terkejut, kalau Anwar selaku Penasihat PKR, sanggup turun padang berkempen untuk Azmin walaupun banyak golongan dalam PKR tidak senang dengan sikap keangkuhan Azmin itu.
Tapi Anwar tidak peduli apa orang cakap mengenai rakan karibnya. Kepada Anwar, Azmin mesti menang supaya dia dapat bersama dalam parti keluarga sendirian berhad yang godfathernya Anwar sendiri.
Zaid Ibrahim, seorang peguam yang berpengalaman dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam era Pak Lah, sanggup tinggalkan jawatan Menteri dan UMNO untuk bersama-sama Anwar dengan harapan sama-sama membawa angin reformasi dalam PKR.
Bila dia letak jawatan Menteri dan menyertai PKR, dia dijulang sebagai wira kerana pengorbanannya yang besar meninggalkan jawatan Menteri itu. Zaid dikatakan bersungguh-sungguh hendak membawa angin perubahan dalam senario politik Malaysia dengan bertuankan Anwar. Bila mana dia dilantik dalam jawatankuasa kepimpinan PKR, Zaid merasakan bahawa Anwar akan berganding bahu dengannya melaksanakan reformasi dalam PKR terlebih dulu.
Sewaktu bertanding sebagai calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Zaid dikatakan sanggup membiayai kempennya sendiri tanpa mengharapkan bantuan kewangan dari PKR.
Dia sanggup berhabisan kerana menganggap Anwar boleh menerima idea-idea yang dikemukakan oleh para pemimpin parti demi memperkasakan PKR agar ia menjadi parti politik terunggul dan menjadi contoh kepada parti-parti lain, baik pembangkang mahu pun BN.
Dia mungkin dianggap sebagai pemimpin muda julung berkeris dalam PKR, namun dia sudah pun berjuang dalam UMNO hingga akhirnya dilantik sebagai Menteri oleh Pak Lah. Ini kelebihan Zaid yang tidak ada pada kebanyakan pemimpin lain dalam PKR kecuali Anwar.
Seperti orang lain, Zaid juga ikut arus semasa, menganggap Anwar sebagai pemimpin yang berkaliber, karismatik dan berpegang teguh pada prinsip-prinsip perjuangan yang demokratis, telus, anti korupsi dan memperjuangkan hak rakyat secara jujur dan ikhlas.
Bila Zaid menyertai PKR, dia dijulang sebagai wira. Dan banyak pihak berkata, PKR akan lebih kuat dengan adanya tokoh muda seperti Zaid yang sanggup keluar dari UMNO dan Kabinet menyertai PKR.
Setelah masuk dalam PKR, barulah dia sedar, apa yang diperjuangkan PKR adalah untuk menjadikan parti sebagai kadam Anwar. Dengan kata lain, Anwar itulah PKR dan PKR itulah hak mutlak Anwar.
Zaid dan para penyokongnya terkejut kerana Anwar tidak mahu menerima pandangan orang lain dalam parti kecuali pandangan yang didendangkannya. Dia juga dikatakan tidak mempedulikan pendapat-pendapat orang lain kecuali mereka yang dekat dengannya dan menari menurut rentak borianya.
Demikianlah waktu Zaid menjadi calon untuk jawatan Timbalan Presiden PKR melawan Azmin Ali. Anwar turut berkempen untuk memenangi Azmin, sahabat karibnya hingga menimbulkan kejengkelan dan tanda tanya di kalangan para pemimpin PKR dan juga sebahagian ahli-ahlinya.
Di manakah letaknya kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang berjiwa besar, telus dan bertanggungjawab bila mana beliau tanpa malu dan segan berkempen untuk Azmin? Bukankah dia sebagai Penasihat PKR saja dan bukan sebagai Presiden PKR?
Dia dikatakan tidak ada hak untuk berkempen bagi pihak sahabat karibnya, Azmin, sebagai status Penasihat PKR. Sebagai Penasihat, Anwar sepatutnya memperkukuhkan iltizam parti, perpaduan dalam parti dan menyuntik semangat untuk semua golongan dalam parti bekerjasama bagi menjamin Pakatan Rakyat boleh menang dalam pilihanraya ke 3 dan harapan menubuhkan kerajaan baru kelak.
Jelas sekarang, Anwar juga mengamalkan nepotisme dan kronisme. Sudah terang-benderang PKR sudah menjadi parti Anwar sekeluarga sendirian berhad, di mana isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, dia sebagai Penasihat serta Nurul Izzah anaknya yang menjadi MP kawasan Bangsar menjadi salah seorang Naib Presiden dan sahabat karibnya yang tidak boleh dilupakan, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.
Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di depan mata tidak nampak. Inilah politik kong kolikong Anwar Ibrahim.
Kononnya Anwar hendak membuktikan kepada rakyat jelata bahawa kepimpinannya telus, demokratik dan pemilihan pucuk pimpinan parti dibuat seperti sistem pilihanraya yang dikelolakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Akhirnya terbongkar bahawa pengurusan pilihanraya parti tidak telus, tidak demokratik dan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Bantahan terhadap cara pemilihan calon yang tidak demokratik telah dikirim kepada pucuk pimpinan parti. Malangnya, bantahan-bantahan tersebut tidak dilayan.
Zaid dan para penyokongnya membuat kenyataan akhbar mendedahkan berbagai penyelewengan dalam pemilihan parti.
Nampaknya Wan Azizah tidak berketuk dan Anwar tidak mempedulikan bantahan-bantahan tersebut. Akhirnya Azmin Ali yang disayangi Anwar menang sebagai Timbalan Presiden.
Zaid menarik diri kerana dia tidak dapat menerima penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu. Akhirnya, dia terpaksa keluar dari PKR dan kini memimpin parti baru, KITA, untuk memberi alternatif kepada rakyat dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
Zaid yang dulunya terpengaruh dengan retorika Anwar, menjadi kecewa kerana Anwar sebenarnya bukanlah seorang tokoh pemimpin yang berjiwa demokratik, yang kononnya telus, prihatin terhadap nasib rakyat dan anti nepotisme. Rupa-rupanya Anwar hanya berminat untuk memprojeksikan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri dan menjadikan PKR sebagai alat menjaga kepentingan dirinya dan keluarganya termasuk Azmin Ali.
Banyak orang berpendapat, Zaid boleh menandingi Anwar dan sudah mula mendapat perhatian sebahagian besar ahli-ahli dan para pemimpin PKR yang melihat Anwar cuba menjadikan parti itu sebagai kenderaan politiknya untuk menolaknya ke Putrajaya
Mereka sudah melihat egoisme dan sikap diktatorial Anwar yang beraja di hati dan tidak mahu orang lain menjadi lebih terkenal dan lebih popular darinya. Sudah banyak pemimpin politik yang berpengalaman keluar dari PKR, kerana mereka sudah nampak mainan kilat dalam kilau Anwar yang membelakangkan kepentingan parti dan rakyat demi menjaga kepentingan peribadinya.
Mereka tidak yakin Anwar boleh membawa perubahan dalam kepimpinan kerajaan dan berjuang untuk kepentingan rakyat, sekiranya dia menjadi bakal Perdana Menteri. Malah mereka tidak percaya, rakyat akan merestui Anwar sebagai bakal Perdana Menteri, memandangkan dia sendiri bersilat dan berkuntau untuk membebaskan dirinya dari tuduhan meliwat hingga sekarang.
Dia ingin ahli-ahli parti memuja dan menjulang dia seorang sebagai pemimpin mereka yang tersohor melolong dan menjerit “reformasi”, dengan harapan politik Malaysia akan menjadi kacau-bilau hingga orang melupai masalah yang menghantuinya – sodomi.
Sekiranya Zaid atau sesiapa sahaja yang bukan dari keluarganya dan Azmin mengambil alih kepimpinan PKR, maka duka laralah Anwar, kerana dia akan dipinggirkan oleh ahli-ahli parti dan hilanglah kewibawaannya sebagai pemimpin tersohor.
Ada orang berkata, selagi Anwar bernafsu dan memburu mimpi menjadi bakal Perdana Menteri, dia akan pastikan PKR dikuasai oleh keluarganya dan Azmin. Dia tidak percaya pemimpin lain akan bermati-matian memperjuangkan mimpinya itu kecuali kaum keluarga dan Azmin yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga besarnya.
Dia tidak ada tempat lain untuk berteduh. Hanya PKR yang diilhamkannya dan dia mesti mempertahankan parti itu dengan segala tenaga dan nafsu yang menguasainya.
Dia tidak berminat menyertai PAS, kerana sebahagian besar ahli parti tidak akan menerima kepimpinannya kerana dia seorang homoseks yang diberi gelaran “aljuburi” oleh Mat Sabu. Malah DAP juga tidak akan menerimanya sebagai pemimpin parti itu kerana mereka sudah ada pemimpin-pemimpin dari kaum Cina dan India untuk mewarnai politik nasional.
Hanya PKR yang dikuasainya lahir dan batin, akan terus menerus mengarak mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Mereka yang celik politik tentulah dapat gambaran watak Anwar sebagai pemimpin yang rakus, tidak demokratik, cakap tak serupa bikin, banyak menjual janji dan mantera politik yang semakin galak diperlihatkannya dalam kepimpinannya.
Demi merealisasikan mimipinya sebagai bakal Perdana menteri, dia memperalatkan apa saja, siapa saja untuk melonjak naik dirinya.
Reformasi hanya mantera politik Anwar untuk menggalakkan sebahagian rakyat yang taksub dengan retorika kosongnya untuk menjadi alat mainan politiknya. Tapi dia sendiri tidak melakukan reformasi dalam kepimpinannya untuk membuktikan dia seorang berjiwa demokrat, tidak gila kuasa, bersifat telus dan mementingkan rakyat.
Anwar tidak mahu menjadi pemimpin nombor dua. Dia tetap ingin menjadi pemimpin nombor satu, kerana dia mahu mencorakkan perjuangan parti dan kepimpinan menurut acuan politiknya.
Walaupun Wan Azizah menjadi Presiden PKR, tetapi suara Anwar yang membisikkan ke telinganya untuk bertengo menurut rentak suaminya. Takdirnya Azmin menjadi Presiden PKR, dia dengan senang hati menurut kemahuan Anwar yang dipuja, dipuji dan dijunjung, sejak dia dan Shamsidar, isterinya, mengenali Anwar lahir dan batin dan berjinak-jinak politik di bawah orang tua, asal Cheruk Tok Kun tersebut.
Masa depan PKR tidaklah seindah seperti yang dilukiskan Anwar dan para juak-juaknya. Besar kemungkinan ia akan hancur kerana tembelang Anwar sebagai pemimpin yang rakus dan gila kuasa hingga sanggup membelakangkan kepentingan parti untuk merealisasikan mimpinya, sudah menjadi perbincangan umum.
Dia bimbang dengan kemunculan Zaid Ibrahim sebagai pencabarnya kelak, kerana Zaid tidak mempunyai skandal peribadi yang buruk seperti Anwar. Sekiranya Zaid berjaya menumpaskan Azmin, orang yang dikasihinya, maka besar kemungkinan, Zaid akan mencabar Wan Azizah untuk memimpin PKR.
Ini tidak boleh jadi, kerana Zaid bukanlah pemimpin kelas Azmin dan Shamsidar yang boleh bertengo bersama Anwar. Janganlah hairan bin terkejut, kalau lebih banyak ahli-ahli parti PKR akan keluar beramai-ramai kerana hilang kepercayaan terhadap kejujuran Anwar yang membelakangkan kepentingan ahli dan rakyat jelata. PKR yang menjadi parti keluarga Anwar sendirian berhad akan memapahnya dalam mimpi sebagai bakal Perdana Menteri kelak.
Anwar dihingapi penyakit megalomania yang gila kuasa dan menganggap hanya dia saja yang layak menjadi bakal Perdana Menteri. Obsesi terhadap kuasa dan kedudukan tertinggi dalam hieraki politik dan kerajaan, menjadikan dia persetan segala agenda untuk membahagiakan rakyat dan melaksanakan ketelusan, demokrasi dan keadilan yang dirindui setiap insan.
Lebih dari itu, dia memperlihatkan watak narcissism, iaitu memperagakan diri sebagai watak yang cinta diri sendiri. Seperti kata isterinya Wan Azizah, bahawa Anwar “dianugerahi Tuhan” untuk menjadi pemimpin, seolah-olah tidak ada manusia lain yang lebih layak, lebih berwibawa dan diterima Allah dari suaminya yang umum mengetahui seorang homoseks.
Manusia yang berwatak megolamania dan narsisstic menjadi terlalu egoistik dan menganggap dirinya paling terbaik antara insan-insan lain untuk menentukan nasib negara dan bangsa.
Kepintarannya berpidato yang memukaukan itu sebagai “tangkal azimat” politik untuk mengkhayalkan mereka yang mendengarnya sehingga mereka lupa bahawa dia seorang homoseks! Inilah kelebihan Anwar yang dapat menutup skandal seks sejenis melalui berbagai ole-ole politik yang dilontarkan ke tengah masyarakat untuk menonjolkan dirinya sebagai “sang penyelamat”.
Dia tidak ambil peduli pemimpin-pemimpin PKR yang mahu keluar dari parti. Mereka boleh menjerit, melolong dan mengecam kepimpinannya. Yang afdal, PKR mesti kekal di tangan keluarganya. Hanya keluarga dan kroni-kroninya sahaja yang boleh diperalatkan untuk mengarak mimpinya ke Putrajaya kelak.
Dia dan para kroninya menganggap hanya anak Pak Brahim yang bernama Anwar sahaja yang layak jadi Perdana Menteri. Kali ini dia tidak akan menjadi orang nombor dua kepada siapa dalam mainan sandiwara politiknya kecuali sewaktu dia disintuk limau oleh Mahathir untuk menikmati kuasa dan kekayaan dalam UMNO.
Pisang tidak akan berbuah dua kali. Peluang keemasan yang diberi Mahathir hingga mencapai kedudukan penting sebagai orang nombor dua dalam kerajaan dan parti, tidak akan dinikmatinya lagi. Para pengundi tidak akan merestuinya sebagai bakal Perdana Menteri kerana dia gagal memperlihatkan mutu kepimpinan yang terbaik sebagai pemimpin PKR. Yang lebih buruk lagi, dia adalah seorang homoseks.
Dia tahu, amat sukar untuk menumbangkan BN dengan segala kekuatan dan sokongan rakyat yang diperolehinya sejak merdeka hingga sekarang. Walaupun BN hilang suara dua pertiga di Parlimen selepas pilihanraya ke 12 (2008), namun rakyat masih yakin dan percaya, Malaysia dan kepentingan rakyat lebih diutamakan oleh BN dari Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai “kahwin mutaah” antara PKR, PAS dan DAP, yang tidur sebantal tetapi mimpi para pemimpinnya berlainan antara satu dengan lain. Inilah realiti politik pembangkang sekarang.
Sekarang PKR menghadapi kehancuran. Para pemimpin dan ahli-ahli parti yang sedar tentang mainan kotor Anwar dan juak-juaknya, tidak sanggup menjadi orang suruhan yang digamit datang, dinyah pergi. Mereka tidak mahu menjadi budak suruhan Anwar yang sanggup membelakangkan kepentingan ahli-ahli, demokrasi dan ketelusan dalam parti, hanya untuk menjadi alat perkakas politik peribadi dia dan keluarganya.
Sebenarnya, Wan Azizah dan Anwar bimbang dengan imej buruk PKR yang gagal melaksanakan pengundian dan pemilihan calon-calon secara adil dan demokratik. Sukar bagi mereka hendak memulihkan kembali keyakinan ahli-ahli dan rakyat terhadap PKR, yang kini menjadi momokan orang ramai sebagai parti Anwar keluarga sendirian berhad.
Apa pun terjadi, Anwar tidak akan melepaskan PKR dari kerakusan kepimpinannya. Tanpa PKR, Anwar tidak ada tempat untuk diperalatkannya bagi menjaga kepentingan politiknya. Dia mahu dirinya diterima oleh pucuk pimpinan DAP, PAS dan PKR bahawa aku, Anwar Ibrahim dari Cheruk Tok Kun, seorang homoseks, bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak.
Tanpa segan dan malu, dia sendiri mengangkat dirinya sebagai bakal Perdana Menteri. Dan Lim Kit Siang, Penasihat DAP bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri! Hadi Awang mungkin menggeleng-gelengkan kepala sambil melilit serban mengenangkan nasib PAS yang dipinggirkan Anwar bila dia mendedahkan hasrat mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan para pemimpin Pakatan Rakyat. Inilah gambaran watak Anwar dalam segala kehebatan dan kerakusannya.
Karpal Singh pernah berkata dalam sidang Parlimen pada 22 Oktober 1997, bahawa Anwar seorang homoseks. Dipetik dari hansard, Karpal berkata dia mempunyai dokumen akuan bersumpah beberapa orang yang diliwat Anwar sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Aneh bin pelik, kini bila Karpal Singh yang menjadi Pengerusi DAP sanggup menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat Anwar kedua. Kalau benar dia ada dokumen pengakuan dari mangsa-masa liwat Anwar, mengapakah kini dia sanggup menjadi peguambela Anwar?
Banyak orang berpendapat, Karpal Singh juga tidak mempunyai etika dan moral kerana sanggup menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat kali ini. Banyak orang ingin tahu, berapa juta ringgit Anwar bayar untuk mendapat khidmat Karpal? Dan berapa juta lagi beliau membayar kepada panel peguambelanya yang terdiri dari kaum India itu?
Mustahil Anwar membayar mereka dengan belanja capati dan kacang dal setiap kali mereka hadir di mahkamah. Kalau Anwar membelanja berjuta-juta ringgit untuk khidmat peguamnya, rakyat ingin tahu dari mana Anwar memperolehi wang berjuta-juta ringgit itu?
Tentulah Anwar tidak membela jutaan toyol untuk mencari duit berjuta ringgit untuknya. Apakah kekayaan luar biasa yang dia dimiliki itu diperolehi sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan? Atau apakah dia perolehi dari Amerika dan para super jutawan Yahudi yang menjadi sahabat karibnya?
Sekiranya Anwar seorang yang telus, super jujur dan tidak korup, maka rakyat Malaysia ingin tahu bagaimana dia memperolehi kekayaan itu.
Tapi DAP dan PAS sanggup bersengkokol dengan Anwar kerana Anwar dianggap boleh mmepengaruhi rakyat jelata dengan retorikanya dan karismanya sebagai pemimpin yang kononnya terkenal di peringkat antarabangsa dan boleh mendapat sokongan dari negara-negara maju seperti Amerika, Kanada, Britain, Australia dan sebagainya.
DAP berpendapat, inilah masanya bagi DAP kekal menguasai Pulau Pinang dan juga beberapa negeri yang lain sekiranya Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar menang besar dalam pilihanraya ke 13 kelak.
Agenda DAP dengan slogan Malaysian Malaysia boleh menjadi kenyataan kalau Anwar dan PKR sudah berani menolak konsep ketuanan Melayu yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia.

DAP tidak mahu membesar-besarkan isu ketuanan Melayu kerana ini amat sensitif di kalangan orang Melayu yang berpegang teguh pada Perlembagaan negara. DAP ada kuda tunggangan yang boleh diperalatkannya untuk mencapai cita-cita Malaysian Malaysia. Dia adalah Anwar, yang sanggup tunggang-menunggang untuk mencapai orgasme politik dalam mimpi untuk ke Putrajaya.
Secara sinis ada orang berkata, Nik Aziz akan membaca doa agar pemimpin homoseks menjadi Perdana Menteri, sambil DAP akan menari singa merayakan kemenangan mereka memperalatkan Anwar dan Nik Aziz sebagai keldai tunggangan yang terperangkap dalam Malaysian Malaysia.
PKR dan PAS seperti Pak Kaduk, hanya menang sorak tapi negara, bangsa dan agama tergadai.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, Pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.
Nafsu Anwar Tetap Membara
Anwar Terjerat Dalam Mimpinya
Anwar Mabuk Kuasa
Agenda Anwar Ibrahim
Siapa Anwar Sebenarnya
Anwar Pejuang Islam ?

No comments:

Post a Comment