Monday 12 November 2012

Mohd Reza – Isu Nurul Izzah Kemuncak Kecelaruan PAS


AIDCNews – 12/11/12 – Isu salah tafsir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah tentang ayat ‘La Iqra’ Hafid-Din‘ yang bermaksud tiada paksaan dalam agama merupakan kemuncak kecelaruan yang melanda PAS, kata Mohd Reza Kamaruddin, bekas pemimpin PAS Pahang.
“Bila isu yang panas mengenai salah tafsir mengenai ‘La Iqra’ Hafid-Din’ ..Tidak ada paksaan dalam agama itu dianggap sebagai…saya tak faham..inilah kecamukan fikiran yang berada dalam PAS dan PAS menganggap Islam tidak lagi keutamaan dan sudah jadi liberal.
“PAS saya nampak sudah menuju ke arah liberal..pemikiran-pemikiran sesetengah daeipada pemimpin PAS sudah liberal.
“Tuan-tuan semak tak apa yang sahabat kita yang berucap dalam gereja baru-baru ini, bagaimana dia berucap..
“Dan sehingga sekarang..wallahualam..apa pendirian yang PAS kena ambil..Dalam isu ini nampak mereka mungkin sedang mencari-cari jalan untuk menjawab, walaupun sudah tidak ada jawapan,”katanya.
Menurutnya, dengan isu Nurul Izzah itu, PAS kini semakin kehilangan suaranya dalam memperjuangkan Islam.
“Bagaimana isu ‘La Iqra’ Hafid-Din‘ (tiada paksaan dalam agama) ini..suara (PAS) tidak ada.. Tuan-tuan balik, tolong buka tafsir Ibnu Katsir mengenai ayat ini..atau buka tafsir Tabari atu buka tafsir yang lain, bagaimana perbincangan yang diberikan.
“Langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang dibincang dengan apa yang diucap oleh ‘orang itu’,”katanya.
Mohd Reza juga turut menyentuh konsep tahalluf siyasi (kerjasama politik) yang sedang dipraktikkan PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang ini.
“Di mana negara yang berjaya dengan sistem tahalluf siyasi…apakah ada ?..tahalluf siyasi yang kita bina..PAS bina, sepatutnya PAS kena lead (pimpin).
“Islam mesti ke depan..Islam mesti memimpin dan bukan Islam itu dipimpin..PAS wajar memimpin, bukan PAS dipimpin.
“Kalau percaturan kerusi parlimen, PAS hanya ada 66 atau 60 (kerusi)..PAS nak pergi mana?, “soalnya.
Menurutnya lagi, sekalipun PAS memenangi kesemua 66 kerusi itupun, PAS masih belum berbuat apa-apa, justeru itu beliau menggesa agar parti itu mengkaji semula konsep tahalluf siyasi yang diamalkan dengan PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau berkata begitu dalam Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asal di Vistana Hotel, Kuala Lumpur, 11 November.
Selain Mohd Reza panel-panel lain yang terlibat dalam wacana itu termasuklah Datuk Muslim Osman, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah; Norman Toha, bekas Setiausaha Pas Selangor, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, (pensyarah UIA) dan lain-lain.
Datuk Muslim dalam ucapannya, turut mendedahkan PAS pernah menghantar borang keahlian parti itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu dipecat UMNO pada September 1998.
Namun, dedah Muslim, borang keahlian PAS itu tidak dikembalikan, yang membawa maksud Anwar tidak berminat untuk menyertai parti itu

No comments:

Post a Comment