Dana asing dan “GRAND DESIGN” SUARAM
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk berbahas Maksud Bekalan B.25 dan terutama saya ingin menyentuh 070100 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Kita difahamkan bahawa MyCC ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. Sekarang ini sudah 10 bulan dan saya difahamkan juga ada banyak laporan telah dibuat kepada MyCC tetapi sampai hari ini kita tidak dengar pun apa-apa tindakan telah diambil terhadap laporan-laporan yang telah dibuat. Apakah yang mereka sedang siasat? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dengan secara details sedikit, mengenai dengan tingkah laku mereka dan juga apa tindakan telah diambil? Ini supaya boleh dijadikan satu fakta yang menggalakkan rakyat kita boleh lebih memahami peranan MyCC ini. Ini kerana pada masa sekarang saya rasa rakyat jelata tidak berapa faham dengan MyCC ini.
MyCC ini memang adalah satu badan yang amat baik untuk mengawal supaya syarikat gergasi ataupun syarikat-syarikat yang besar untuk mereka bergabung. Bukannya bergabung dari segi dana mereka, tetapi dari segi untuk menetapkan harga mereka seperti syarikat penerbangan – airlines, atau bank termasuk caj-caj mereka supaya rakyat jelata tidak ada hak – perlu juga membeli produk-produk atau services yang diberi oleh mereka dengan harga yang tetap.
Jadi, ini amat penting. Jadi, kementerian perlu memberi banyak program education untuk memberi maklumat yang lebih mendalam kepada mereka, supaya mereka tahu dan mereka boleh mempertahankan hak-hak mereka dan juga hak-hak rakyat.

Yang kedua, saya ingin mengalih kepada Butiran 010300 mengenai dengan Penguatkuasa. Dalam peringkat dasar, saya ada sebut mengenai dengan suara inisiatif atau SUARAM. Tadi pun saya ada dengar banyak perbahasan dalam Dewan ini juga mengenai perkara ini. Syabas kepada Yang Berhormat Menteri, di mana satu siasatan telah dibuat dan telah tamat.
IP pun telah dihantar kepada Peguam Negara. Saya rasa sekarang pun lebih kurang sebulan sudah. Jadi, takkan lah Yang Berhormat Menteri sekarang ini cuma nya okey, sudah buat kerja. IP sudah hantar, okeylah habis. Yang Berhormat Menteri perlu ataupun kementerian perlu follow up dengan Peguam Negara.
Kenapa selama ini masih tiada apa-apa tindakan?
Kita tahu Peguam Negara sekarang ini memang banyak kerja ataupun kerja dia tindakan tidak boleh dilaksanakan kerana unsur-unsur tertentu? Kemungkinan beliau takut bahawa sebab banyak juga masalah juga dalam jabatan itu. Jadinya, Yang Berhormat Menteri perlu ambil tindakan yang positif bukannya duduk diam diri di sini, harap itu durian runtuh.
Jangan. Follow up dengan Jabatan Peguam Negara. Jikalau Peguam Negara senyap, bawa kepada Kabinet. Yang Berhormat Menteri juga menjadi salah seorang anggota Jemaah Menteri.
Kenapa tidak bawa kepada Kabinet? Ini supaya perkara ini dapat satu keputusan daripada Jemaah Menteri. Perdana Menteri pun ada di sana boleh buat satu keputusan. Kalaulah satu keputusan telah dibuat untuk ambil tindakan ataupun buat apa-apa tindakan, maklum kepada Dewan yang mulia ini.
Jangan setakat siasatan habis, sudah kerja. Itu bukan kerja. Itu bukan pencapaian diutamakan. Itu adalah delegation of responsibility dengan izin. Tidak bertanggungjawab walaupun saya setuju. Saya boleh kata syabas, tetapi sudah lama. Yang Berhormat Menteri lengah-lengahkan juga.
Jadi, Yang Berhormat Menteri pun kena terima satu tanggungjawab kerana tidak ambil tindakan follow up. Saya juga tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Lenggong dengan beberapa Ahli Parlimen di sini dan menyatakan surat yang ditulis oleh sebuah firma dalam Malaysia ini yang mengesahkan bahawa SUARAM ini adalah satu badan yang berdaftar dan juga satu badan yang sah di bawah undang-undang di negara ini. Ini amatlah mischievous.

Saya bukanlah mischievous. Untuk saya adalah satu tidak profesional dan juga a deception dengan izin for a specific purpose ataupun for predominant purpose to achieve the objective dengan izin.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Boleh Yang Berhormat? Sedikit sahaja.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sila.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Boleh Yang Berhormat namakan syarikat guaman ini?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya akan dedahkan nama ini, okey.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Okey, sekian terima kasih.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jangan bimbang Yang Berhormat Pasir Mas. Sebab ini perkara penting.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh mencelah sedikit?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya hendak…
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Sikit, sikit, ada kaitan dengannya. Tidak apa, kemudian jawab Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey, okey.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, SUARAM ini. Maknanya SUARAM ini adalah satu pertubuhan yang memang tidak sah. Tidak register. Saya kalau setakat pertubuhan biasa, menjalankan kegiatan mungkin sukan dan sebagainya, saya tidak risau Yang Berhormat Wangsa Maju. Akan tetapi, SUARAM ini menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh menghancurkan negara, mengancam keselamatan negara, kesejahteraan rakyat, ekonomi dan sebagainya.
Oleh sebab itulah, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Susulan ini saya juga berharap kepada Yang Berhormat Menteri, bukan setakat kita menghantarkan laporan ini kepada Peguam Negara, bahkan kita pastikan supaya pertubuhan yang boleh menghancurkan negara ini akan kita pastikan supaya mereka akan diambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan dan keselamatan negara. Macam mana pandangan Yang Berhormat? Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih. Ya, saya bersetuju dengan tindakan yang diambil. Selain daripada sudah buat satu siasatan yang hantar IP itu kepada pejabat Peguam Negara, saya juga hendak tanya Yang Berhormat Menteri bahawa sama ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri akan membuat satu peraturan baru bahawa semua syarikat dalam Malaysia yang daftar bawah SSM – jika mereka menerima dana asing, perlu isytiharkan dalam satu borang kepada SSM.
Ini penting kerana kita sudah nampak banyak badan-badan sebegini untuk mengelakkan.Saya bahas di sini mengenai perkara ini kerana saya tidak mahu sebuah badan di negara kita yang menerima dana asing tetapi sembunyikan perkara ini dan memainkan peranan untuk matlamat ataupun objektif sponsor mereka. Ini yang saya tidak boleh terima.

Kalau mereka terima dana asing, isytiharkan. Kami ada terima dana asing daripada George Soroskah daripada mana. Berapa juta setahun.
Saya tahu bahawa SUARAM ini bukan terima setakat RM1 juta atau RM2 juta tetapi berpuluh juta ringgit. Berpuluh juta ringgit. Saya hendak bercakap di sini. Berjuta-juta ringgit. Syarikat ini, firma guaman ini yang terlibat – saya boleh nyatakan di sini adalah seperti satu grand design untuk menutup perkara ini untuk mencemarkan nama negara kita.
Nama firma guaman ini adalah Zain & Co.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak faham ejaan itu, “Z-A-I-N and Co.” Pejabatnya di Jalan Tun Perak. Satu syarikat firma yang besar di dalam negara dan juga dapat kontrak daripada kerajaan atau GLC. Kerja daripada GLC. Saya tahu. Daripada TNB, daripada dua, tiga syarikat gergasi GLC di negara ini.
Kenapa saya kata satu grand design dalam perkara ini? Kenapa? Oleh kerana surat ini telah ditandatangani oleh satu partner dalam syarikat guaman Zain & Co. ini. Partner ini yang bernama Encik Amir Hamzah. Saya rasa nama ini amat-amat dikenali kepada orang-orang tertentu di sini.
Amir Hamzah ini juga terlibat dalam Bar Council dan yang saya tidak boleh terima ini, fakta-fakta yang sebenarnya bahawa SUARAM ini bukanlah satu badan yang berdaftar dan satu badan yang tidak sah tetapi dalam surat official kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM ini adalah satu badan yang sah yang berdaftar melalui Suara Inisiatif. Dia tidak ada kata sendirian berhad, Suara Inisiatif…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lenggong ya, akan tetapi masa Yang Berhormat pun sudah tidak ada.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya saya hendak gulung sebentar. Suara Inisiatif…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Lenggong.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So ini menunjukkan satu – satu minit, ya.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Wangsa Maju, saya bimbang dengan apa yang disebutkan tadi berkaitan dengan jumlah wang yang masuk melalui SUARAM ini. Betulkah ada disebut bahawa mereka menerima hampir RM19 juta. Kemudian badan yang diterima itu bukan sahaja SUARAM sahaja tetapi melalui Malaysiakini.com dan sebagainya…
Seorang Ahli: Betul.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Ini sebenarnya suatu yang amat membimbangkan kita. Apakah ia betul? Mereka menyebut perkataan ini kerana sebenarnya mereka takut dengan pendedahan ini, betulkah? Saya minta Yang Berhormat Wangsa Maju jika ada maklumat, dedahkan dalam Dewan ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya boleh confirm bahawa Suara Inisiatif ini adalah sendirian berhad ini terima berpuluh juta ringgit. Saya sudah cakap beberapa kali di sini dan dari dana yang diterima, boleh dikatakan kemungkinan sekarang ini sudah jadi lebih daripada RM50 juta atau RM60 juta, RM70 juta yang telah disalurkan kepada SUARAM dan juga Malaysiakini. Pemberita pun ada di luar. Yang gemuk itu. Ini semua ini ada.
Seorang Ahli: Apa cakap macam itu?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jangan okey. Ini benda yang penting. Saya kata grand design kerana partner Amir Shah ini terlibat dalam kegiatan Bar Council dan sentiasa membuat demo dari dulu. Bukannya sekarang dan amat kritikal. Amat kritikal terhadap semua dalam negara ini. Semua tidak betul. Seorang peguam juga dan satu firma guaman yang dikatakan terbesar dalam negara kita – yang besar, dapat dan berani menulis sepucuk surat yang tidak benar. Ini amat serius.
Bar Council memang perlu ambil tindakan tetapi saya rasa mereka tidak berani ambil tindakan sebab geng-geng dia juga semua ini. Saya harap kerajaan perlu menyiasat perkara ini dengan mendalam. It’s not a simple as we look at it. It maybe just tips of the iceberg dengan izin, mengenai dengan siasatan yang telah dibuat oleh SSM ini…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini lebih besar daripada yang kita lihat sebab sebuah guaman Zain and Co terlibat dalam perkara ini dan juga firma yang digunakan oleh TNB dan GLC lain, saya rasa ini satu perkara yang amat-amat serius dan tindakan perlu diambil dengan segera dan pejabat peguam negara kalau dia lengah-lengahkan lagi Attorney General, ambil tindakan terhadap beliau juga. Ini kerana ini satu perkara yang penting.
Terima kasih Tuan Pengerusi.

No comments:
Post a Comment