Friday, 2 November 2012

Bela Islam : Nik Aziz Hantar Surat Kepada DAP


AIDCNews – 27/10/12 – Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato Abdul Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Anthony Loke Siew Fook kerana keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah itu mempertahankan Islam di sidang Parlimen pada 22 Oktober lalu.
Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP beragama Kristian seperti dilaporkan roketkini terharu dengan pujian Nik Aziz melalui sepucuk surat itu.

Dalam surat Nik Aziz yang ditandatangani oleh Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yusof, Mursyidul Am PAS memuji Ketua Pemuda DAP dengan kata-kata berbunyi, ‘DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak kemana.”
Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, “Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.
“Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!”.

No comments:

Post a Comment