Monday, 26 November 2012

Mufti Perak – Dakwaan Murtad Oleh Nik Aziz Satu Fitnah Kepada Umat Islam


IPOH, 19 Nov – Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini pada Isnin.
Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur – Bernama



 
 

 

 
 

 

No comments:

Post a Comment