Friday, 2 November 2012

Kesan Kristianisasi DAP Terhadap Melayu-Islam


Helen Ang – Blog Sungai Rapat Online (SRO) yang dikaitrapat dengan Hamidah Osman, exco kanan kerajaan negeri Perak, mengkhabarkan bahawa bilamana pemimpin DAP membaca sekerat ayat Quran dan secebis Hadis Rasulullah, evangelis-evangelis DAP tersebut akan disambut dengan laungan “Takbir” oleh orang PAS.
SRO berkata apabila sesuatu tindakan DAP itu seharus dipertikai, PAS pula yang melompat bangun menghentam pihak yang mempertikai dan jika direnungkan, ia sebenarnya PAS yang terikut-ikut dengan cara Kristian DAP.
Nizar PAS bersama evangelis DAP James dan David

Orang besar DAP Perak, evangelis David dan James

PAS mentarbiyah atau ditarbiyah? – klik untuk baca

“Berapa ramaikah ahli DAP yang sudah masuk Islam sehinggakan PAS terlalu membela parti Musibat ini??” tanya SRO.
Juga dilaporkan di blog SRO hari ini tentang satu ceramah PAS di Taman Jutaria, Batu Gajah di mana bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dijemput untuk memberi ucapan.
Nizar dilaporkan telah mengakhiri ceramahnya dengan mengajak para hadirin — “marilah kita menyokong PAS kerana rakan pemimpin DAP telah berjanji dengan saya dan rakan-rakan pemimpin tertinggi Pas bahawa mereka akan benarkan PAS membina negara Islam”.
SRO berpendapat “orang Melayu sudah mula meluat dengan kerenah pemimpin PAS yang asyik mengikut punggung pemimpin DAP sahaja”.
Wakil-wakil Cina Pakatan duduk di surau dan masjid

Gereja tumbuh bagai cendawan lepas 2008

Namun ianya SRO sendiri yang mendedahkan ‘Gempar!!! 3 Gereja ujud di sebelah UTP mengundang kehadiran pelajar UTP dan UiTM setiap Ahad’ – baca sini.
Gereja-gereja rumah kedai evangelis tersebut disewa bersebelahan dengan pagar Universiti Teknologi Petronas dan UiTM Bandar Seri Iskandar. Kedua-dua kampus itu terletak di Tronoh, iaitu kawasan DUN DAP.
Mungkin benar sepertimana didakwa SRO bahawa orang Melayu kampung sudah memutus untuk menjauhi DAP (mahupun parti tersebut bersekongkol dengan PAS).
Akan tetapi mungkin juga ada orang Melayu bandar, terutamanya golongan muda-mudi, yang termakan pujuk lalu membiarkan diri diperdaya evangelis atas sebab-sebab pengaruh persekitaran, media sosial serta media arus perdana.

Subang Jaya – ibu negeri evangelis

Malaysia mempunyai sejumlah 576 kerusi DUN di seluruh negara tetapi akhbar The Star nyata memberi tumpuan melebih kepada Subang Jaya yang merupakan pusat kegiatan evangelis (baca sini).
Adakah dakyah yang halus sedang disebarkan melalui media massa – yang mendapat sambutan pembaca pelbagai kaum termasuk Melayu – untuk melunakkan orang bukan Kristian?
Contohnya akhbar The Star amat tekun mempromosi personality cult evangelista, pagi petang siang dan malam.
(Screeenshot bawah) Laporan The Star hari ini:
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/10/29/central/12237572&sec=central

Beberapa hari lepas dalam rencana yang panjang lebar The Star:
“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said a total of 45 bays had been created under the [MPSJ] project … she said, the council had received … she was happy that the problem had been resolved … [verbatim quote] she said, adding that … Yeoh, who visited the area / said … She stressed that … [another verbatim quote] she said … She said the state had offered … Yeoh said the projects were … She said all the projects had been carried out …”.
Apalagi yang boleh disebut kecuali suratkhabar milik MCA itu sering berfungsi sebagai corong publisiti bagi Hannah Yeoh.
Malah The Star tidak sedikit pelik pun untuk pernah melaporkan cerita sampul angpow Tahun Baru Cina yang ditempah khas oleh Adun DAP Subang Jaya itu ada tertera dengan ayat kitab Injil.
Apa jenis pemuslihat evangelis yang sanggup menunggang perayaan tradisi kaum Cina untuk tujuan mendakwah agama Kristian secara halus?

“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh’s featured a blooming peony and a Bible verse from the Book of Proverbs on the [angpow] cover, andHER PHOTO AND CONTACT DETAILS AT THE BACK.” — rencana The Star sini

Betapa naiknya tocang sekarang

Orang Kristian tidak segan untuk menusuk jarum berbisa mereka. Baca “Harus otak (Nasha) diperiksa oleh pakar sakit jiwa”, kata seorang Kristian
Terence Martin menulis dalam The Malaysian Insider:
“Likening community prayer as a prayer to Christianise Malaysia is akin to acknowledging the presence of monsters under the bed. Maybe, they just need to get their head checked by a shrink…”
Lepas itu bukan main asyik orang Kristian ini merengek apabila mereka dibidas.
Terence Martin menulis dalam TMI lagi:
“Whatever is next?
No worship services for Christians in Malay in this country?
Or perhaps a government official will make audio, video and photographic recordings of each and every service in Malay in this country? Just to find evidence of conversion, conspiracy and the like?
Or maybe set up an anti-Christian panel comprising people like Ibrahim Ali, Helen Ang, Syed Akbar Ali and the like to put the Christians ‘in their rightful place’?”
Selain ia diterbitkan di TMI, rencana oleh Terence Martin di atas yang bertajuk ‘Jaclyn Victor’s Harapan is my Harapan too‘ (judul lagu ialah ‘Harapan Bangsa’)juga diulang-siar di blog Lim Kit Siang.

Agenda Jubilee Kristian

Mengikut Daily Chilli, iaitu sisipan hiburan The Star, lagu Jacyln Victor itu dirakam untuk album Jubilee yang diedarkan di Sabah dan Sarawak.
‘Jubilee’ bermaksud tahun Yobel: menghitung tujuh tahun sabat, yakni “tujuh kali tujuh tahun; sehingga masa tujuh tahun sabat itu sama dengan empat puluh sembilan tahun”.
Sambutan jubilee bagi Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan Malaya pada tahun 1963 jatuh pada tahun ini, 2012.
Agenda jubilee Kristian ialah penganut harus memperdengarkan bunyi sangkakala itu di mana-mana di seluruh negeri mereka / “sound the trumpet throughout your land” (surah Leviticus ayat 25:8-12), dan seterusnya
“harus menguduskan tahun yang kelima puluh, dan memaklumkan kebebasan di negeri itu bagi segenap penduduknya. Itu harus menjadi tahun Yobel bagimu, dan kamu harus masing-masing pulang ke tanah miliknya dan kepada kaumnya.”

Doa kepada ‘Allah’ Kristian (screenshot atas) terkandung dalam risalah Malaysian National Prayer Network (pdf).

>> Baca seterusnya, Biskop evangelis bersabit doa kalimah ‘Allah’

Usaha-usaha yang mungkin mendorong kepada gejala murtad memang menular dengan adanya sokongan daripada pihak Gunting dalam Lipatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kristianisasi sedang dijalankan dengan begitu giat sekali di kawasan-kawasan bandar.
Soalnya adakah orang Melayu turut diusik juga?

No comments:

Post a Comment