Friday 2 November 2012

Ibrahim Ali : PAS Lulus Hukum Hudud Di DUN Kelantan 1993, Tapi Tak Warta


AIDCNews – 28/10/12 – Presiden PERKASA,Datuk Ibrahim Ali berkata PAS mempolitikkan hukum hudud, walaupun sudah hampir 23 tahun kerajaan negeri Kelantan meluluskan enakmen hukum itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), namun sehingga kini, tiada tanda-tanda enakmen itu mahu dilaksanakan.
“Hakikatnya PAS tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum ini. Jika PAS berniat melaksanakan hukum Hudud, mengapa sehingga hari ini hukum hudud yang diluluskan di DUN Kelantan pada 25 November 1993 tidak diwartakan.
“PAS tidak gazzet (warta) walaupun dah dilulus pada 25 November 1993. Tidak ramai yang tahu, belumpun hukum itu dibentangkan mesyuarat Lujnah Politik dan Pilihan Raya Kelantan bertarikh 5 April 1993 telahpun memutuskan bahawa hukum ini tidak akan diwartakan, setelah ia diluluskan,”kata Ibrahim dalam sidang media di pejabatnya, 25 Oktober.
Menurutnya lagi, perkara tersebut diakui sendiri Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong menerusi fail sulit Perakuan Lujnah Panel Penasihat Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat Ke Atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.
Menerusi perakuan itu, Wan Abdul Muttalib pada 3 Oktober 1996 dipetik sebagai berkata: “Sehingga kini tidak ada tanda-tanda yang kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat, khususnya dalam bidang perundangan.
“Kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada Pas Pusat untuk mendapat pandangan berkaitan dengan perkara itu dan belum lagi saya lihat kerajaan Kelantan mengemukakan rangka atau blue print ke arah pelaksanaan syariat.”
Wan Abdul Muttalib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat kemudian sekali lagi mempersoalkan perkara tersebut ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 18 April 1998 apabila dipetik sebagai berkata: “Mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan hukum hudud sedangkan kita berkuasa ke atasnya?

No comments:

Post a Comment