JAIS Sahkan Dr Badrulamin Didakwa
AIDCNews – 05/11/12 – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon didakwa di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana disahkan ada hubungan dengan Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, Badrulamin ditahan bersama 16 orang yang lain, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut.
Tambahnya, “kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama.
“Setelah itu, mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.
“Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan,” katanya kepada sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk “Abuya terus memimpin walaupun ghaib” telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah.
Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.
Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan “Abuya terus memimpin walaupun ghaib”, ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam.
Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.
“Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.
“Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment