Friday, 2 November 2012

Hanya Pemimpin PR Sahaja Layak Amalkan Kronisme


AIDCNews – 27/10/12 – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) layak amalkan budaya kronisme dalam stail kepimpinan parti masing-masing dakwa laman suarapakatanrakyat.com, ini kerana kewujudan ‘dinasti-dinasti’ oleh keluarga tertentu dalam PR hanya isu sementara.
“Biar penulis jelaskan secara terus terang, memang amalan kronisme dan nepotisme itu memang wujud seperti yang banyak disebutkan, tapi semua itu hanya sementara menunggu BN tumbang dan Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
“Selepas itu, semuanya akan kembali seperti normal,” dakwanya.
Laman suarapakatanrakyat.com memberi respon terhadap laman stopthelies.my yang menerbitkan gambarajah tentang amalan kronisme dalam parti-parti PR.
Dinasti Anwar
Dalam gambarajah stopthelies.my, laman itu menunjukkan PKR diperintah oleh dinasti Anwar yang terdiri daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden).
Isteri Anwar, Wan Azizah menjadi Presiden PKR sejak parti itu mula-mula ditubuhkan pada tahun 1999 hingga sekarang.
Menurut bekas Timbalan Presiden parti Keadilan, Profesor Dr Chandra Muzafar, meskipun parti itu dipimpin oleh Wan Azizah, namun kuasa sebenar yang menentukan hala tuju parti itu adalah banduan dari Penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim.

Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PKR selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 dan masih mengekalkan jawatan ‘tertinggi tanpa bertanding’ itu sampai sekarang.
Pada tahun 2010, Anwar dicabar bertanding Presiden parti namun Ketua Umum PKR tidak berminat untuk bertanding dalam pemilihan parti secara demokrasi.
Dalam masa sama, orang kanan Anwar, Azmin Ali dicalonkan menjadi Timbalan Presiden PKR, manakala anak sulong Anwar, Nurul Izzah dicalonkan sebagai Naib Presiden PKR.
Dinasti Lim
Dinasti Lim pula menguasai DAP. Mentor DAP adalah Lim Kit Siang, diwarisi kepada anaknya, Lim Guan Eng untuk memegang jawatan paling penting dalam parti, Setiausaha Agung, jawatan yang pernah disandang oleh bapanya sebelum ini.
Lim Kit Siang pernah menjadi Setiausaha Agung DAP selama 35 tahun, iaitu dari tahun 1969 hingga tahun 1999.

Pada tahun 1999, Kit Siang menjadi Pengerusi DAP sebelum jawatan itu diserahkan kepada Karpal Singh pada tahun 2004.
Mulai tahun 2004 juga, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP sampai sekarang, manakala Kit Siang pula dipilih ke jawatan ‘paling tinggi tanpa bertanding’, mentor DAP meniru stail Lee Kuan Yew, PAP, Singapura.
Isteri Guan Eng, Betty Chew pula menjadi first lady kerajaan Pulau Pinang, selain mengekalkan jawatannya sebagai ADUN DAP di Kota Laksamana, Melaka.
Seorang lagi anak Lim Kit Siang, Lim Yua Yin dicalonkan menjadi ahli jawatankuasa DAP dan dijangka bakal memainkan peranan penting dalam parti itu pada masa hadapan.
Selain dinasti Lim, dinasti Karpal dan dinasti Nga-Ngeh juga turut menguasai DAP.

Karpal Singh yang merupakan Penasihat DAP telah mewarisi kepimpinan kepada anak-anaknya, iaitu Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo bertanding dan menguasai parti.
Dinasti Nga-Ngeh pula menguasai DAP Perak, di mana Ngeh Koo Ham menjadi Pengerusi DAP Perak manakala sepupunya, Nga Kor Ming dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP Perak.
Mursyidul Am PAS
Manakala dalam PAS pula, anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh sudah melangkah ke hieraki kepimpinan parti itu apabila dipilih menjadi Timbalan Ketua Pemuda parti.
Nik Aziz telah menejadi Mursyidul Am PAS selama kira-kira 22 tahun, selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Allahyarham Datuk Yusuf Rawa pada tahun 1990.
Meskipun keadaan kesihatannya tidak menentu, namun pada tahun 2010, sekali lagi Nik Aziz dipilih sebagai Mursyidul Am PAS untuk lima tahun lagi, iaitu 2010 hingga 2015.
Dalam satu majlis pada tahun 2012, Nik Aziz pernah dilaporkan berkata, ‘tiada siapa dalam PAS yang layak menggantikannya sebagai Mursyidul Am parti‘.

No comments:

Post a Comment