Thursday, 23 August 2012


Untungnya Kakitangan Awam Yang Menyokong Pakatan.

Filed Under (  ) by pisau on 3.11.11

Baguslah,sekurangnya hasrat kakitangan awam yang anti kepada kerajaan BN dapat merasa laba sesama mereka jika Putrajaya dapat diambil alih oleh haprak pakatan.

Mereka mahu melaksanakan sistem merit,kalau kamu sekadar BANGSA MELAYU TAPI BANGGANG JANGAN HARAP NAK DAPAT KERJA KERAJAAN. Mengurangkan jumlah kakitangan awam yang majoritinya adalah MELAYU adalah satu langkah yang baik.Memandangkan konsep Malaysian Malaysia dan kesamarataan harus dilaksanakan tanpa mengira bangsa mana yang menjadi MAJORITI dinegara ini.

Justeru,Pisau rasakan jika sistem merit ini dilaksanakan maka kakitangan awam akan dipenuhi oleh golongan cerdik pandai kerana kita semua tahu graduan universiti bumiputra bukannya pandai CGPA pun cukup makan,mereka hanya mendapat tempat diuniversiti atas kuota sebagai bumiputra dan MELAYU. Maka tempat sebagai penjawat awam harus diisi oleh graduan universiti yang tak suka "berdemo" dan "berpolitik" yang semua orang tahu sudah tentu CGPA nya cemerlang dan 'terbilang'






Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.

Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011-


Read more: http://www.pisau.net/2011/11/untungnya-kakitangan-awam-yang.html#ixzz24NAJNTKv

Kesederhanaan jalur bijaksana
CIKGU SIDEK BABA 
5 Januari 2012
Al-Quran memberikan asas yang jelas tentang konsep wasat atau wasatiah sebagai landasan mendekati isu dan cabaran realiti. Islam menolak sikap melampau atau ekstrem kerana ia boleh menyebabkan konflik. Wasatiah atau kesederhanaan tegak dengan prinsip Qurani dan Islami serta tidak bercanggah dengan syariah atas maslahat yang baik.

Para pendakwah umpamanya memerlukan watak wasatiah ini. Sifat mad’u atau sasaran yang dihadapi adalah pelbagai dengan latar anutan yang berbeza dan sikap beragama yang tidak serupa. Pendakwah harus memiliki kebijaksanaan.

Atas dorongan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, pendakwah mendekati mad’u atas pertimbangan bil hikmah walmau izatil hasanah, wajadilhum billati hia ahsan (surah ah Nahl:125) – dengan bijaksana melalui pekerti yang diteladani dan apabila berhujah dengan hujah yang baik.

Ada negara yang umat Islamnya majoriti dan yang bukan Islam minoriti. Pertimbangan wasatiah adalah dituntut. Ada negara umat Islamnya minoriti dan bukan Islamnya majoriti, kebijaksanaan secara wasatiah adalah amat perlu. Malah terdapat negara yang hampir semuanya Islam, tetapi kedapatan aliran pemikiran dalam orientasi yang pelbagai, ia juga menuntut pendekatan wasatiah.

Wasatiah ibarat seorang surirumah yang memasak lauk. Terlalu banyak garam diisi, ia akan menyebabkan rasa masin yang membawa mudarat pada kesihatan. Terlalu sedikit garam , lauk terasa tawar dan ia tidak memacu selera. Orang yang ahli dalam memasak menyarankan garam diisi secukup rasa. Ianya adalah wasatiah.

Manusia memang dilahirkan dalam kepelbagaian (Surah al Hujurat : 13). Kepelbagaian dalam bangsa dan anutan agama, kepelbagaian dalam bahasa serta budaya, kepelbagaian dalam cara berfikir dan orientasi watak serta gelagat memerlukan pendekatan.

Proses litaarrafu (kekenalan) dalam al-Quran menyarankan sikap saling memahami, melengkapi, mempelajari, mendekati dan melakukan dakwah supaya akhirnya perbezaan itu menjadi sumber hikmah dan kembalinya manusia berlandaskan fitrah. Itulah menjadi ukuran terbaik dalam Islam (inna aqra makum indal’lah hi atqaqum – manusia yang mulia di sisi-NYA adalah orang yang berjiwa muttaqeen).

Pendekatan wasatiah terungkap dengan lebih jelas dalam Surah al Imran : 110 iaitu mencetuskan umat terbaik (khayra ummah) dengan mendukung yang makruf dan mencegah diri daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah. Kemakrufan tidak sekadar melakukan sesuatu yang baik dan diredhai ALLAH, tetapi menghasilkan model-model alternatif dalam sistem.

Ia tidak sekadar membuang duri di tengah jalan tetapi lebih jauh daripada itu ialah menghasilkan model contoh yang selari dengan keperluan syarak. Sistem ilmu yang integratif dan model pendidikan yang melahirkan peribadi contoh adalah jalur makruf yang membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada diri manusia.

Ia menuntut adanya pemikir, perancang dan pendidik murabbi, mualim dan muaddib yang menghasilkan tubuh ilmu yang diolah dan disampaikan secara integratif dan tajdidi (membawa kesan perubahan). Kaedah tijarah, jual beli, muamalah malah bisnes harus berlaku dalam kerangka pematuhan syariah (syariah-compilence). Ia bakal menghindarkan riba, amalan yang ditegah Islam.

Mendekati isu ini supaya sistem ekonomi akhirnya menjadi Islam memerlukan ilmu, kepakaran dan keahlian, strategi , model contoh dan natijah akhirnya membawa keuntungan yang ALLAH redha dan kestabilan. Apabila kemakmuran dapat disuburkan, kemungkaran bakal lenyap dan keimanan mengambil tempat. Perjuangan ini adalah sesuatu yang hak dan perjuangan terhadap hak atau kebenaran menuntut kesabaran.

Kesabaran itu adalah jalan wasatiah (watawasaubil haq watawasau bis sabr). Tidak ada jalan mudah dan jalan singkat untuk mencapai sesuatu kejayaan. Ia perlu difikir, dirancang, dilaksanakan secara bijaksana supaya hasilnya ternyata baik.

Ia tidak boleh terjadi semata-mata dengan syarah dan retorik, gopoh dan mengambil sikap bermusuh, tetapi menuntut penampilan sumber daya yang berwibawa, mendekati sesuatu dengan bijaksana dan sentiasa cekal serta teliti melakukan sesuatu. Ini adalah pendekatan wasatiah.

Membina idealisme, memahami realiti
CIKGU SIDEK BABA
22 Disember 2011
Memiliki idealisme adalah sesuatu yang amat dituntut. Idealisme dalam maksud yang luas tidak sekadar lahir daripada idea-idea manusia, tetapi pedoman daripada ALLAH. Membina idealisme mengarah kepada suatu faham yang serba sempurna terhadap sesuatu dan ia menjadi idaman setiap manusia.

Idealisme perlu berjejak di bumi nyata. Pemahaman terhadap realiti atau waqi’ adalah amat penting supaya sesuatu yang murni dihajatkan berlaku dapat diimbangi dengan pemahaman terhadap realiti itu sendiri. Ia bakal melahirkan strategi bijaksana supaya antara matlamat dan usaha ke arah sesuatu, mampu menemui titik keseimbangannya.

Seseorang yang sifatnya idealis perlu menjadi realis. Gandingan kedua-duanya menghasilkan kebijaksanaan. Bersifat idealis tanpa memahami realiti boleh menyebabkan seseorang kehilangan tempat berpijak, arah dan sasaran.

Idea-idea besar dan indah memberi sumbangan kepada ketangkasan berfikir. Tetapi apabila ingin dilaksanakan ia menuntut perancangan rapi, bekalan sumber tenaga yang kompeten, sumber kewangan baik dan strategi bijaksana.

Hijratul Rasul umpamanya adalah gagasan besar daripada ALLAH untuk melonjakkan Islam sebagai sumber rahmah alamiah (rahmatan lil ‘alameen). Rasulullah SAW melakukan itu dengan perancangannya sendiri dan bantuan daripada ALLAH. Cita-cita besar Rasulullah SAW ialah untuk menyebarkan aqidah tauhid dan menjadikan Islam sebagai agama anutan umat manusia.

 Tetapi usaha Rasulullah terhalang dengan sikap pemuda Quraisy yang akhirnya merancang membunuh Baginda. Walaupun aqidah tauhid sesuatu yang murni dan Islam itu aman dan mendamaikan, tetapi realiti yang ada ialah penentangan dan kezaliman.

Strategi Hijratul Rasul itu membimbing ke arah kebijaksanaan dan kemenangan bersama campur tangan ALLAH. Meletakkan Saidini Ali di tempat tidur Rasulullah, keluar pada waktu malam ke Gua Thur yang berada di Selatan Mekah disertai oleh Saidina Abu Bakar AsSiddik orang yang amat dipercayai, bersama sumbangan anak Abu Bakr iaitu Abdallah dan Asma’ yang memberikan maklumat pergerakan musuh dan makanan adalah perancangan Rasulullah.

Terlenanya pemuda Quraisy sewaktu Rasulullah meninggalkan rumah, terbinanya sarang labah-labah yang mengelirukan musuh adalah pertolongan ALLAH.

Meminta seorang Yahudi memandu jalan ke arah Madinah adalah strategi bijaksana. Terbenamnya kaki kuda Surakah bin Malik di pasir sewaktu mengejar Rasulullah adalah perancangan ALLAH. Akhirnya Rasullah sampai ke Madinah dan membina masjid di tempat unta berhenti. Ia menjadi turning-point atau titik penting ke arah perubahan lebih bermakna.

Dalam bahasa mudah merancang ke arah perubahan tidaklah salah. Mengatur strategi bijaksana dengan pertolongan ALLAH, itulah yang seharusnya menjadi pedoman. Islam ialah agama perubahan dan perubahan yang ingin berlaku menuntut usaha dan perancangan.

Oleh itu memiliki idealisme atau gagasan cita-cita tidaklah salah. Memahami realiti menjadi tuntutan yang tidak boleh dielakkan dan perubahan tidak boleh berlaku secara mendadak. Ia kena dirancang dan mengambil kira banyak perkara.

Asas perubahan bermula dengan pemerkasaan ilmu dan keterampilan. Keterampilan yang didapati mestilah mampu memberi nilai guna yang baik. Jika ini terjadi corak modal insan yang terbina memiliki kemampuan untuk melakukan perubahan bermakna.

Perubahan yang bermakna mengikut acuan al-Quran ialah perubahan terhadap rijal atau manusia itu sendiri. Manusia perlu dibangunkan aqidah, ibadah, syariah dan akhlaknya. Keseimbangan terhadap corak pembangunan yang Qurani ini bakal mencetuskan perubahan diri dan sistem lebih bermakna. Tidak ada jalan singkat dalam melakukan perubahan.

Namun, realiti yang sering berlaku ialah gagasan besar tanpa asas pemahaman terhadap realiti menyebabkan kebebangan terjadi. Ibarat pelanduk yang ingin berak besar seperti gajah, teran punya teran keluar najis sebesar biji saga lalu pelanduk mengalami kebebangan. Impiannya tinggi tetapi tidak mampu mengukur baju di badan sendiri.

Sikap memihak kepada kebenaran
Oleh : CIKGU SIDEK BABA
Tarikh : December 15, 2011
Partisan ialah mengambil sikap memihak kepada sesuatu fahaman atau seseorang. Ia adalah sebahagian daripada resam perjuangan terhadap sesuatu ideologi atau seseorang tokoh yang disanjung. Kadang-kadang sikap partisan yang diambil bukan sangat kerana kebenaran yang didukung tetapi kerana taksub yang melulu.

Ada juga organisasi dakwah mengambil sikap non-partisan untuk menjaga maslahah dakwah. Maslahah dakwah bermaksud ajakan dan seruan itu berkembang tanpa batas parti politik dan fahaman yang diperjuangkan.

 Islam menganjurkan umatnya partisan kepada kebenaran. Kalau sesuatu fahaman itu mendukung makna kebenaran yang amat dituntut, kita wajib patuh kepadanya. Kebenaran adalah milik ALLAH. Ia disampaikan kepada manusia supaya manusia dapat menyampaikannya kepada orang lain sebagai pedoman untuk melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada kemungkaran.

Hal yang sama juga kepada tokoh. Selagi kebenaran itu diambil daripada sumber al-Quran dan Sunnah dan ditafsirkan oleh ulamak muktabar maka menjadi keharusan untuk kita mentaatinya. Tetapi jika tokoh itu menganjur perpecahan, sengketa sesama umat, kepentingan politik mengatasi agama, tokoh itu tidak patut ditaati.

Mengambil sikap partisan pun memerlukan pedoman syarie yang tinggi, diikuti dengan kajian dan telitian supaya maklumat yang didapati adalah kemas dan meyakinkan. Kita tidak boleh mengambil sikap partisan hanya berasaskan persepsi semata-mata.

Partisan terhadap kebenaran menjadi kewajipan setiap umat Islam. Melakukan kerja dakwah dan tarbiah umpamanya menjadi salah satu cara mendekati mad’u atau sasaran. Sasaran biasanya tidak semua tahu akan maksud kebenaran. Ia perlu disampaikan bijaksana dan kasih sayang.

Para pendakwah dan pendidik dengan sifat kasih sayang dan belas kasihannya sentiasa bersikap terbuka untuk mendekati seseorang. Jika seseorang itu laku kemungkaran, kemungkaran itu tidak bersamanya, tetapi orang yang melakukan kemungkaran itu harus didekati dengan belas kasihan dan bijaksana.

Sekiranya kebencian terhadap kemungkaran mengambil pendirian sama benci dengan orang melakukannya, maka terputus tali dakwah atau dai’ dan mad’u (pendakwah dan sasarannya). Yang melakukan kemungkaran terus melakukan perkara sama.

Tetapi sifat belas kasihan yang mendorong para dai’ melakukan dakwah secara bijaksana dan berkesan, bakal membawa para mad’u kepada perubahan dengan izin ALLAH. Ia bakal menjadi orang yang berubah dan akhirnya menjadi sebahagian daripada orang yang menyukai kebenaran dan tidak mahu lagi kekal dalam kebatilan.

ALLAH tidak mengurniakan kepada sesuatu jemaah, baik dakwah atau siasah dengan seluruh kekuatan dalam menyampaikan kebenaran. ALLAH juga tidak mengurniakan kepada seseorang tokoh dengan kesegalaan ilmu dan kebijaksanaan. Sesuatu jemaah itu berperanan sebagai salah satu jemaah di samping jemaah-jemaah lain. Selagi jemaah-jemaah yang ada melakukan sumbangan berasaskan al-Quran dan Sunnah ia pelengkap kepada jemaah lain.

Tetapi apabila sesebuah jemaah merasakan ia adalah satu-satunya bakal membawa kepada perpecahan dan konflik, begitu juga apabila seseorang tokoh merasakan dia adalah satu-satunya yang paling berwibawa, dan pandangannya harus didengar dengan menafikan kewibawaan orang lain, maka sifat sedemikian bakal melahirkan pengikut yang taksub dan lahirnya elemen-eleman ego dan “pemujaan”.

Sikap partisan sebegini amat bahaya terhadap pemikiran dan kemajuan Islam. Ia bakal mencetuskan retak dan perpecahan sesama Islam. Bayangkan kehebatan ulama fekah seperti Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi menyatakan sesuatu yang usul dan furu’ dalam fekah syarie, mereka mengambil sikap yang amat terbuka terhadap persamaan dan perbezaan. Adab ul ikhtilaf atau etika perbezaan menjadi sandaran yang amat hebat di samping persamaan yang didukung.

Bayangkan sekiranya sikap partisan terhadap kebenaran itu tidak dirumus secara bijaksana dan pendekatan yang diambil menyebabkan wehdah atau kesatuan umat tergugat, ia bakal mendedahkan umat Islam dengan asas pecah-belah, syak wasangka, fitnah memfitnah semata-mata atas dorongan 'aku saja yang betul' orang lain semuanya salah.

Keadaan begini akan digunakan oleh musuh-musuh Islam yang strateginya tersusun rapi untuk melagakan sesama umat Islam dan akhirnya bakal melakukan dominasi dan menyebabkan umat Islam terpinggir.

Membangunkan jiwa merdeka
CIKGU SIDEK BABA
23 Ogos 2012
Menyambut ulang tahun kemerdekaan dan membangun jiwa merdeka adalah dua hal yang saling berkaitan. Ulang tahun kemerdekaan mengajak kita mengingati kembali sejarah perjuangan kemerdekaan, termeterainya perlembagaan dan membebaskan kita dari belenggu penjajahan.

Membangun jiwa merdeka adalah sifatnya sepanjang zaman. Pada awal kemerdekaan, kebencian kita kepada penjajah amat luar biasa, tetapi selepas merdeka kekaguman kita kepada ilmu dan kemajuan orang Barat agak luar biasa juga sifatnya.

Membangun jiwa merdeka memberi erti bagaimana pembebasan belenggu pemikiran Barat supaya kita mampu membangunkan negara merdeka berasaskan acuan kita sendiri.
Jiwa merdeka tidak menolak manfaat berbanding dalam ilmu dan keterampilan masyarakat Barat dan Timur, tetapi harus mampu membangun negara sendiri berasaskan nilai-nilai dan etika yang dapat diterima semua.

Membangun jiwa merdeka mesti bermula membangun pemikiran terlebih dulu. Umat Islam sering alami sindrom penjajahan pemikiran (al qhazwul fikr) termasuk di negara kita.

Walaupun penjajah lama pergi, pendewaan terhadap bahasa penjajah, model pentadbiran penjajah dan sistem ekonomi dan gaya hidup penjajah menjadi ukuran maju dan membangun.

Dalam tradisi yang mendukung tamadun Islam umpamanya faktor rahmah alamiah dijadikan pedoman bagaimana umat manusia mampu bebas diri dari belenggu kejahilan berasaskan nilai dan etika yang sifatnya sejagat. Islam dan tamadunnya bukan hanya untuk orang Islam saja.
Tamadun Andalusia umpamanya menjadi sumber penting bagi Eropah membebaskan diri mereka daripada belenggu kejahilan dan zaman kegelapan.

Ilmu Islam yang disuluh oleh al-Quran menjadikan fikir dan zikir jalan seiring, menjadikan akal dan budi sepadu dan menjadikan hasil pemikiran dan wahyu jalan bersama.
Kalau tidak masakan Andalusia mampu bertahan lebih 700 tahun. Asas ilmu Islam ini jugalah yang meletakkan Eropah maju sehingga ke hari ini.

Membebaskan belenggu kejahilan umat Islam kini memerlukan pemerkasaan ilmu. Bersikap reflektif terhadap tamadun silam Islam amat dituntut.

Bersikap nostalgik semata-mata terhadap kejayaan silam hanya menjadikan kita pengagum yang lesu. Tetapi sikap reflektif terhadap faktor kejayaan silam dan mengambil iktibar dari jatuh bangun tamadun membawa kita merenung kembali dengan rasa insaf yang tinggi tanpa ilmu dan penguasaan teknologi pada hari ini, kita akan terus dijajah dalam bentuknya yang baru.
Penjajahan bentuk baru boleh mengambil bentuknya yang pelbagai. Ada penjajahan yang bentuknya sains dan teknologi. Ada penjajahan yang bentuknya menguasai sumber dan sistem maklumat. Ada penjajahan yang bentuknya kebudayaan popular dan hiburan yang melampau.

Dan ada penjajahan dalam bentuknya pola gay dan lesbian, biseksual, transeksual (LGBT) yang membenarkan seks bebas berkembang tanpa bendungan.
Membangun jiwa mereka pastinya dengan dukungan ketamadunan berasaskan ilmu dan binaan sahsiah yang baik.
Tanpa kekuatan ini manusia akan terus dalam pencarian diri dan pencarian sistem yang fitrahnya amat utama untuk membangun diri manusia dan kemanusiaan.
Islam dalam bentuk kesilaman melakukan integrasi ilmu supaya ulum naqliah (wahyu) dan ulum akliah (pemikiran) dapat ditemukan dalam nilai dan etika yang sifatnya mendukung kemajuan. Manusia  kini tercari-cari makna kemerdekaan itu.

Justeru membangun jiwa merdeka dengan merintis jalan perhambaan terhadap benda dan kebendaan sekiranya kebendaan menjadi matlamat hidup manusia. Sikap nafsu nafsi yang haiwani bukanlah landasan yang baik bagi menyuburkan jiwa merdeka ini.
Melainkan manusia kembali kepada dirinya yang fitrah supaya rahmah dan nikmah ALLAH disyukuri dan hubungan baik sesama insan dijadikan matlamat kehidupan.

Kembalinya manusia kepada aqidah tauhid adalah jalan terbaik menemukan diri dengan ALLAH. Inilah sebenarnya rukun kemerdekaan paling unggul bagi manusia kerana bila manusia berasakan dirinya hamba dan Pencipta itu Khaliq maka barulah manusia mampu memiliki jiwa kehambaan yang tinggi mendukung maksud taat, patuh, akur dan tunduk.
Itulah namanya kemerdekaan jiwa insan.


BELI UNDI RM52.7 JUTA?

26 Feburaury 2012
(Bang Non, sapa bayaq pengundi Kulim Bandaq Baru RM52 juta tu? Jah dah naik fenin dok pikiaq duit RM52 juta tu! Jah kompius ni..kompius!)
Salam 2 all.
Alkisah tersebut cerita seorang Parasit melawat sebuah hospital mental. Dilihatnya seorang pesakit mental menghulurkan tali pancing dalam sebuah baldi yang kosong. Lalu Sang Parasit menyapa Sang Mentalis, “banyak dapat ikan hari ni yop!?”.
Sang Mentalis tersenyum sinis lalu mengherdik Sang Parasit dengan berkata, “mike giler ke yop, mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!”.
Pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu ada 52,127 orang. Untuk membayar tiap pengundi RM1,000-00 seorang, sekurang-kurangnya kena ada RM52,127,000-00! Bukan kecik anak tu yop, kena ada RM52 juta ringgit!
Itu pun ada parasit yang percaya fitnah konon teman membayar RM1,000-00 seorang kepada pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menang dalam PRU 12 pada 08 Mac 2008 dulu. Pada teman, mempercayai fitnah teman bayar RM52.7 juta kepada pengundi Kulim Bandar Baharu sama macam mike percaya Anwar meliwat Lim Kit Siang yop!
Yang kelakarnya, inilah parasitus yang menyatakan akan lebih percaya berita yang dema terima daripada syaitan daripada mempercayai berita dari Utusan atau TV3! Sampai dema buat kempen boikot dan bakar akhbar Utusan dan hemPAS peti TV!
Inilah parasitus yang mengangguk sakan kepada patwa yang kata VCD Datuk Eskay yang begitu terang dan jelas hanya sekadar “besi sejuk” dan tidak boleh jadi saksi! Videoklip yang punya terang macam tu dema tolak tak mau caya, takkan berita kat kertas dema nak caya yop?
Tapi rupanya dema ni pengamal politik dualam jugak! Bila semalam keluar berita konon teman bayar 52,127 pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebanyak RM1,000-00 seorang menjadikan jumlah RM52 juta semasa PRU 12 lepas, dengan segera para parasitus ini melalak dan berkokok sakan! Seolah-olah "besi sejuk" dah jadi bukti tanpa sebarang keraguan!
Lalakan dan kokokan para parasitus ini sudah pasti membuatkan Sang Mentalis tersenyum sinis yop! Dah 4 tahun berlalu baru nak sebar fitnah yop..isyk..isyk!!
Soalan yang para parasitus patut tanya ialah, mana datang dan mana dia duit RM52 juta tu? Teman pun tak pernah nampak! Kalau betul ada, nak juga teman tanya para parasitus ni dimana duit tu! Nak juga teman tengok besar mana lori yang bawak duit berguni-guni banyaknya tu!
Dan teman nak tau juga datang mana duit RM52 juta tu. Nak juga teman tanya Wan Azizah atau Anwar atau sapa-sapa dalam PKR kalau-kalau dema ada dengar cerita sapa yang bayar RM52 juta tu? Kalau ada, teman nak tau juga dari mana datangnya duit RM52 juta tu. Jangan duit tu datang dibawa dengan kapal Israel yang berlabuh kat Pelabuhan Kelang udah yop, naya teman!
Takkan Wan Azizah atau parti dia yang keluar duit RM52 juta tu yop. Kalau dema sanggup melabur RM52 juta untuk menangkan teman, takkan dema pecat teman pulak yop! Tak masuk akal! Kompius Sang Mentalis dibuatnya nanti!
Takkan parti Wan Azizah yang bayar RM52 juta tu. Sebab kalau betul, tentu dema bayar juga pengundi di kawasan Parlimen yang lain. Ada 222 kerusi Parlimen yop. Takkan parti Wan Azizah sanggup bayar RM52 juta kali 222 kerusi Parlimen = RM11,544,000,000-00!!!
Mak datok, RM11.5 billion ringgit. Boleh bina sebijik lagi Menara Kembar Petronas KLCC tu yop! Boleh bina sebijik lagi Putrajaya! Tak payah dema letih-letih nak rebut Putrajaya kalau macam tu yop!
Tapi yang nyata, pengundi di Kulim Bandar Baharu tentu tersenyum sinis. Sebab dema pun tak pernah terima duit RM1,000-00 seorang, apatah lagi nak tengok lori membawa berguni-guni duit berjumlah RM52 juta tu.
Dan yang jelas, pengundi Kulim Bandar Baharu pasti berasa sangat terhina dengan fitnah mereka dibayar untuk mengundi teman. Kerana dema tahu dema mengundi dan memenangkan teman bukan pasal duit, tetapi kerana prinsip perjuangan. Dan mereka tau mereka tidak menerima atau mengambil sesen pun daripada teman!
Jadi kepada para parasit yang tengah galak melalak tu, tolong berikan senarai nama dan nombor kad pengenalan serta nombor telefon para penerima RM1,000-00 tu yop sebab teman nak tanya cukop ke tak cukop RM52 juta tu!!

Oh ya, jangan lupa bagi nama drebar lori yang bawak duit RM52 juta tu yop, sebab teman nak tau dia hantar kemana duit tu ;)

Tapi bak kata Sang Mentalis tadi, buat penat je melayan orang yang buat keje giler khinzir ni yop! Sebab khinzir giler pun tak buat keje macam tu yop!

Mike fenin yop? Mike kompius? Jangan mike tanya "mana RM52.7 juta tu yop?". Takut nanti Sang Mentalis herdik kata "mike giler ke, mana ada lori bawak RM52.7 tu yop!!!".
Adios amigos, grasias monsieur!
Wallahua’lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
04 Rabi’ul Akhir 1433
26 Feb 2012



14 FEBRUARY 2012

TIME-4-ABAI


(Siasatan Channel 4 News, Britain membuktikan hubungan akrab antara Anwar & tokoh Yahudi Paul Wolfowitz)

Salam 2 all.
Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!".

Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel".

Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin".

Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.

Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!

Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!

Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.

Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.

Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.

Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.

Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!

Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!!

Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.

Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.

Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!

Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!

Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!

Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!

Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!".

Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!

Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away".

Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.

Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.

Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!

Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.

Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!

Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.

Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!

Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!

Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah!

Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!

Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!

Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.

Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012).

Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.

Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful?

Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!

Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!

Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!

Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!

Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim!

TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM!

INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!


Rakyat Hakim Negara!

Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat!

Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti!


Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!

Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!

ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!


Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Rabi'ul Awal 1433
14 Februari 2012

*Kredit videoklip ini kepada www.aidc.com

09 FEBRUARY 2012

PARASIT PASIR?

Salam 2 all.

Teman terkejut membaca pendedahan ekslusif oleh Raja Petra Kamarudin @ RPK mengenai kegiatan lanun pasir di Selangor Darul Ehsan (sila rujuk lamanweb berikut:"malaysianewsnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=304&catid=36&ltemid=27").

Teman tak mau komen panjang! Mike baca sendirilah yop! Tapi ingat, ni bukan cerita Negeri Pasir Berdengong dibawah pemerintahan Raja Jason King dalam cerita DoReMi!

Semasa teman masih lagi Ahli Parlimen PKR, teman sudah mendengar kisah saperti ini, dan bagaimana rancangan dibuat untuk "mengaut sebanyak boleh hasil masyhul negeri Selangor". Cuma teman tidak menjangka ianya begitu serius saperti yang didedahkan oleh RPK ini!

Sekiranya apa yang didedahkan oleh RPK ini benar, pihak berkuasa saperti SPRM, PDRM dan lain-lain wajib membuat siasatan terperinci mengenai pendedahan oleh RPK ini kerana disandarkan dengan bukti-bukti yang meyakinkan. Dan jika ada kesalahan jenayah, tindakan wajib diambil terhadap para "parasit pasir" ini yop!

Teman ni biasanya kurang sikit nak merujuk pendedahan dunia cyber, tetapi pendedahan RPK kali ini agak berlainan dari yang terdahulu! Sekurang-kurangnya ia memerlukan pihak berkuasa membuat penyiasatan untuk menentukan kesahihannya!

Jika sahih, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan pendakwaan segera! Jika tidak, mereka yang dinamakan oleh RPK wajib mengambil tindakan membersihkan nama mereka!

Enjoy the reading yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
16 Rabi'ul Awal 1433
09 Feb 2012

Gelagat Anwar guna demonstrasi untuk aibkan Malaysia

anwar-sivawwwPermulaan Tahun Baru 2012 ini dikejutkan dengan satu lagi rancangan untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran oleh pengikut jaguh demonstrasi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya untuk membebaskannya daripada tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ia sengaja dirancang diadakan pada hari mahkamah akan menjatuhi hukuman ke atasnya selepas berbulan-bulan menjalani perbicaraan yang sering saja terbantut dan tidak habis-habis ditangguhkan gara-gara kerenah Anwar dan golongan peguam belanya yang diketuai jaguh peguam yang pernah diberi jolokan sebagai ‘godfather’ DAP, Karpal Singh.

Nampaknya ketua pakatan pembangkang ini tidak boleh meninggalkan gelagat lamanya berdemonstrasi suatu pegangannya sejak menjadi pemimpin pelajar lagi.
Gelagatnya itu telah bermula pada 1974 ketika memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) apabila beliau berjaya menghasutkan pelajar melakukan tunjuk perasaan kononnya ada rakyat di Baling, Kedah mati kebuluran.
Ini dieksploitasi sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan beribu-ribu pelajar dan rakyat Baling yang waktu itu sememangnya menghadapi kesukaran hidup kerana harga getah, iaitu hasil utama penduduk daerah itu yang menjunam, bahkan sekati getah waktu itu berharga kurang dari sekati gula.
Ini digunakan Anwar dengan sepenuhnya untuk mengabui mata rakyat kononnya begitu kejamnya kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak ketika itu hingga membenarkan orang kampung mati kebuluran.

Begitu bijak orang ramai diyakini dengan tuduhan melulu itu hingga mereka tidak dapat berfikir waras apakah benar rakyat boleh kebuluran tanpa mendapat pembelaan.
Jika difikirkan dengan masak memang sukar seorang rakyat boleh mati kebuluran kerana bagaimana daif sekali pun orang kampung tidak mungkin akan ada di antara mereka dibiarkan mati kelaparan tanpa ditolong jiran.
Tetapi bagi Anwar waktu itu ia tidak menjadi perkiraan. Yang dia tahu ialah mahu adakan tunjuk perasaan. Lagi buruk tohmahan lagi baiklah baginya untuk mendapatkan sokongan ramai.
Kerenahnya itu bertukar corak apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) di awal tahun 80-an melantiknya menyertai kerajaan. Bintangnya ketika itu begitu menyinar hingga membawanya menjadi orang kuat kedua kerajaan sebagai orang yang ditunjuk Dr Mahathir untuk mewarisi tampuk kerajaan daripadanya kelak.
Bagaimanapun apa yang dirancangkan itu tidak menjadi hinggalah mengakibatkan kepada pemencatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah hasil daripada kerenah Anwar dan pengikutnya juga. Hinggalah membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sejak itu kerenah lamanya kembali menjadi nadi perjuangan dan senjatanya untuk memperlekehkan dan sebolehnya menyingkirkan kerajaan.
Maka rakyat pun tidak habis-habis dilanda dengan demonstrasi jalanan hingga membawa kepada perhimpunan untuk ‘membebaskannya’ pada 9 Januari ini.
Umum mengetahui tarikh itu dipilih kerana pada hari itulah mahkamah akan membuat keputusan sama ada untuk membebaskannya daripada tuduhan itu atau pun mendapatinya bersalah dan dihukum termasuk penjara.
Ia sememangnya dirancangkan demikian untuk mengaibkan mahkamah kononnya institusi itu tidak bebas kiranya Anwar disabitkan. Dengan itu beliau mengharapkan simpati dunia luar terhadapnya sebagai mangsa konspirasi UMNO.
Tetapi jika mahkamah membuat keputusan sebaliknya tunjuk perasaan itu tentunya akan dijadikan sebagai perhimpunan kemenangannya daripada konspirasi kerajaan untuk menghalangnya berterusan bergiat dalam politik.
Keputusan yang memihak kepadanya akan digunakan secukupnya untuk menjulangnya nanti sebagai pemimpin pakatan pembangkang yang akan membantu pakatan longgar itu untuk membenam Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 nanti.
Maka itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini Anwar dan pengikut taksubnya telah mengadakan ‘roadshow’ mereka ke seluruh negara untuk mendapat simpati rakyat menyokongnya serta mengambil bahagian dalam tunjuk perasaannya itu.
Anehnya hingga kini Majlis Peguam Malaysia yang sebelum ini begitu lantang mahu pertahankan kebebasan mahkamah telah membisu seribu bahasa apabila kedudukan mahkamah dicemari oleh tindakan demikian itu yang jelas memberi gambaran mahkamah akan mensabitkannya dan dengan itu memang terbukti tidak bebas.
Inilah dia mereka yang hanya boleh terima keputusan yang memihak mereka saja, tetapi kalau sebaliknya mahkamah akan dicop sebagai tidak bebas dan dikongkong kerajaan.
Anwar dan penyokong taksubnya jelas tidak mahu menerima hakikat perjalanan perbicaraan yang berlarutan berbulan-bulan yang membawa kepada keputusan hakim bahawa pendakwa telah berjaya membuktikan pertuduhan ke atasnya. Maka Anwar telah diperintah membela dirinya.
Mengikut peraturan mahkamah, Anwar mempunyai tiga pilihan untuk itu iaitu:
1. Membela diri dari ‘kandang saksi’ dengan perlu bersumpah sebelum memberi keterangan yang boleh pula dicabar pendakwa,
2. Membela diri dari ‘kandang tertuduh’ di mana dia tidak perlu bersumpah sebelum memberi keterangan, tetapi hanya sekadar membaca kenyataan yang tidak pula boleh dicabar atau menghadapi soal balas baik oleh pendakwaraya atau pun mahkamah, dan;
3. ‘Berdiam diri’ di mana tertuduh tidak perlu membuat sebarang kenyataan lagi untuk membela dirinya.
Anwar sendiri telah memilih jalan kedua iaitu suatu pilihan tidak mempunyai kredibiliti. Beliau menggunakan gelanggang itu bukan untuk pertahankan dirinya, tetapi sebaliknya telah membaca kenyataan berjela yang lebih berbaur politik dan bagaimana beliau adalah mangsa konspirasi politik.
Ini adalah kesilapan Anwar sendiri. Dia bukan pun disekat untuk menangkis pertuduhan ke atasnya dan diberi begitu banyak kelapangan oleh mahkamah hinggakan membenarkan sehingga kira-kira 60 kali penangguhan sama ada dengan kerenahnya sendiri mahu pun barisan membelanya.
Sebenarnya memang ada banyak muslihat dari kalangan Anwar dan pengikut taksubnya merancang tunjuk perasaan terakhir ini.-5/1/2012
Penulis ialah Felo Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia