UMNO perlu tangkis fitnah dari dalam parti
Anwar Patho Rohman2012/12/03
Satu Malaysia, Tolak Fitnah! Ia satu slogan ringkas tetapi memiliki maksud
mendalam. Pasti, slogan itu bukan saja ditujukan kepada ahli UMNO, malah seluruh
rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Itulah slogan dilaungkan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya yang mewakili Perlis ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012, kelmarin.
Mesej yang beliau sampaikan sangat jelas, kembali kepada ajaran Islam digariskan al-Quran, hindari fitnah dan kaji apa saja berita yang diterima. Maka, apabila terdapat seruan terbuka dan jelas mengajak ahli UMNO supaya menolak fitnah, ia boleh dianggap sebagai jihad melawan fitnah.
Sewajarnya ia disambut penuh keinsafan, kesedaran, keazaman dan disertai dengan niat menjauhi apa saja perbuatan menjurus kepada fitnah. Namun, perlu diakui, ancaman fitnah yang dihadapi UMNO itu bukan saja datang dari luar parti khususnya pembangkang, tetapi turut berpunca dari ahli dalam parti yang gagal untuk muhasabah.
Fitnah ancam perpaduan
Ancaman fitnah dari luar parti mungkin mampu ditangani UMNO menerusi pelbagai strategi dan kaedah, namun fitnah dari dalam parti juga perlu diberi perhatian. Angkara fitnah dalaman itu juga amat berbahaya kesannya kepada parti yang pada masa sama menerima serangan fitnah dari luar.
Fitnah dalaman ini bukan sekadar menggugat kedudukan parti, malah mampu memecah-belahkan perpaduan ahli akar umbi dan pucuk pimpinan pada semua peringkat, sekali gus melemahkan parti untuk menghadapi saingan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejarah membuktikan, kerana fitnah dalaman seperti mensabotaj parti, budaya cah keting dan tidak mematuhi arahan pucuk pimpinan menyebabkan UMNO menanggung risiko besar hampir kehilangan kuasa seperti berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.
Fitnah dalaman parti juga menyebabkan krisis kepemimpinan UMNO sehingga diharamkan pada 1988. Ancaman fitnah melanda UMNO selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998, juga tidak kurang hebatnya.
Angkara fitnah yang timbul selepas pemecatan itu, orang Melayu yang sebelum itu berpecah kepada dua kumpulan ada yang menyokong UMNO dan PAS, terus berpecah tiga apabila Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Apakah orang Melayu Islam masih tidak mahu belajar daripada kesan fitnah ini.
Meneliti sejarah krisis yang melanda UMNO selama ini, ternyata fitnah dalaman parti yang menjadi penyebab kepada perpecahan, bukan saja dalam kalangan ahli, tetapi juga terhadap perpaduan orang Melayu Islam.
Pastikan perpaduan utuh
Sehubungan itu, UMNO tidak boleh leka dalam usahanya menangani ancaman fitnah luaran kerana fitnah dalaman juga tidak boleh diabaikan begitu saja bagi memastikan perpaduan ahli terus utuh bagi menghadapi PRU dan cabaran politik masa depan.
Sementara itu, pada era globalisasi dan dunia komunikasi tanpa batasan hari ini, ternyata serangan fitnah terhadap UMNO semakin menjadi-jadi khasnya menerusi internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), media baru dan laman sosial.
Disebabkan ketaksuban dan keghairahan pembangkang hendak merampas Putrajaya pada PRU-13, fitnah kini seperti mainan murahan mereka untuk mencapai keseronokan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tanpa memikirkan kesannya kepada negara dan rakyat khasnya generasi muda, pembangkang terus mengeksploitasi serta memanipulasi apa saja isu yang boleh menguntungkan mereka walaupun menyedari yang ia boleh meruntuhkan negara.
Perkara sensitif seperti kontrak sosial, hak dan keistimewaan Bumiputera, isu bahasa Melayu dan pendidikan serta institusi istana dan raja-raja sentiasa menjadi bahan fitnah bagi pembangkang untuk menimbulkan kekeliruan serta kebencian rakyat.
Mudah terpengaruh
Malangnya, seperti sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita pada hari ini yang amat mudah terpedaya dengan fitnah dijaja pembangkang sama ada menerusi ceramah, internet atau perbualan tanpa mengkaji kebenarannya.
Sikap cepat mempercayai khabar angin dan menerima bulat-bulat cerita daripada sebelah pihak tanpa memeriksa kebenarannya boleh dianggap perbuatan tidak berintegriti, khianat terhadap diri sendiri dan merosakkan persepsi terhadap individu atau organisasi yang diperkatakan.
Justeru, dalam menghadapi ancaman fitnah ini, tanpa mengira mereka ahli UMNO atau tidak, orang Melayu dan umat Islam seharusnya mengubah pemikiran mereka menjadi lebih teliti, spesifik dan kritis.

No comments:
Post a Comment