Ahli UMNO boleh bersatu jika tolak fitnah
2012/12/03
Perhimpunan Agung UMNO 2012 melabuhkan tirainya kelmarin. Seperti
diperkatakan banyak pihak sebelum ini, ia dianggap perhimpunan terakhir sebelum
berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perlu diakui, berakhirnya perhimpunan itu menandakan gendang perang PRU-13 sudah dipalu, justeru menuntut pejuang UMNO merapatkan barisan menghadapi serangan musuh dengan berpegang kepada amanat dan seruan Presiden, Datuk Seri Najib Razak supaya setia, bersatu dan bersiap sedia dari segi fizikal dan rohani. Bagi perwakilan yang baru pulang daripada perhimpunan itu, kini mereka tidak boleh lagi berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa untuk membantu parti.
Mereka kini bertanggungjawab menyampaikan amanat pucuk pimpinan kepada ahli akar umbi supaya mereka faham serta jelas dengan apa dikehendaki pucuk pimpinan dan parti. Lima soalan cepu emas dilontarkan Presiden UMNO yang menyentuh aspek kesetiaan khasnya mereka yang tidak terpilih menjadi calon dan rayuan supaya tidak mensabotaj parti seharusnya menjadikan ahli UMNO malu, lantas meninggalkan sikap negatif itu.
Apa yang penting, ahli UMNO perlu mengajak orang Melayu dan rakyat supaya menolak parti pembangkang, sama ada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP pada PRU-13 kerana ideologi songsang dibawa parti terbabit hanya memusnahkan bangsa, agama dan negara.
Dalam pada itu, ahli UMNO dan orang Melayu juga tidak boleh leka, sebaliknya perlu berpegang kepada tujuh rukun kemenangan digariskan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu memastikan UMNO serta BN terus mendapat mandat menjadi kerajaan dengan majoriti lebih dua pertiga. Menyedari pilihan raya umum akan datang hadir bersama cabaran sangat getir, ahli UMNO perlu memiliki kesedaran dalaman bagi memahami tanggungjawab mesti dilaksanakan apabila sampai masa PRU-13 berlangsung.
Jangan hanya menunggu arahan dikeluarkan parti, baru hendak menjalankan tugas. Dalam hal ini, wajar juga seluruh ahli UMNO dan rakyat menjadikan slogan ‘1Malaysia, Tolak Fitnah’ cetusan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya sebagai sumber pegangan untuk mempraktikkan politik kasih sayang dan teori nasihat bagi menangkis segala fitnah serta politik kebencian yang dipraktikkan pembangkang.
Dengan menolak fitnah, kekuatan dan penyatuan UMNO dapat dijana bagi membolehkan parti mendepani cabaran PRU-13. Namun, UMNO dan pucuk pimpinannya kini harus lebih peka bahawa segala gerak-geri mereka sedang diperhatikan rakyat. Kepercayaan yang rakyat terus berikan kepada UMNO dan BN perlu dibuktikan dengan ‘cakap serupa bikin’ pemimpin parti dan bukan lagi sekadar janji manis dan retorik politik.

No comments:
Post a Comment