Perjuangan Bangsamoro menuju keamanan
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani2012/10/10
Perjanjian bakal termeterai langkah awal tamat sengketa
berpanjangan
Persetujuan Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kata sepakat melalui ‘Rangka Kerja Perjanjian mengenai Bangsamoro’ yang akan ditandatangani 15 Oktober ini di Manila, Filipina disambut baik oleh semua pihak, khususnya Bangsamoro sendiri. Ini bakal mengakhiri konflik sejak abad ke-16 lagi. Perjuangan Bangsamoro adalah dalam usaha mempertahankan kelangsungan budaya, identiti dan agama Islam. Walaupun kita masih kurang jelas isi kandungan perjanjian itu, ia sudah pasti akan menamatkan pertumpahan darah dan mewujudkan wilayah Bangsamoro di kawasan berautonomi di Mindanao.
Berdasarkan pengamatan, ada beberapa sebab persetujuan perjanjian ini tercapai. Kerajaan Filipina berasakan konflik di selatan Filipina itu tidak produktif lagi. Sebelum ini Kerajaan Filipina menggunakan isu pemberontakan Islam di Selatan Filipina untuk memperoleh bantuan asing, khususnya daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membangunkan negara.
Malah AS juga pernah dibenarkan membuka kem tentera di Filipina untuk tujuan itu. Ketika AS melancarkan perang menentang keganasan di Filipina pada Januari 2002, Kerajaan Filipina menerima AS$4.6 bilion daripada Perbendaharaan AS. Namun ketika ekonomi AS dan Filipina menghadapi masalah meruncing, selain itu AS juga menghadapi masalah kewangan setelah keluar dari Iraq dan terus membiayai perang di Afghanistan, Kerajaan Filipina berasakan adalah tidak produktif lagi konflik ini diteruskan kerana kos konflik terus meningkat.
Utuh perjuangkan hak
Selain itu, Bangsamoro terus utuh memperjuangkan hak mereka di tanah bumi mereka yang dirampas bermula dengan penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan penindasan politik Manila. Keteguhan perjuangan Bangsamoro berpaksikan Islam sebagai tunjang penyatuan dan cara hidup telah menguatkan azam mereka untuk meneruskan perjuangan. Sepanyol cuba mengkristiankan Bangsamoro tetapi gagal, namun telah mencetuskan prejudis sehingga kini antara penganut Kristian di Luzon sebelah utara Filipina dan Muslim di Mindanao di sebelah Selatan.
Era pasca kemerdekaan Filipina memperlihatkan beberapa siri perundingan setelah penentangan terbuka ditunjukkan oleh Bangsamoro ke atas apa yang dilihat sebagai campur tangan kerajaan Utara di Manila. Gerakan pendakwah Kristian juga berleluasa mengkristiankan Bangsamoro. Oleh itu, Bangsamoro menubuhkan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) untuk mendapatkan kemerdekaan kepada Selatan Filipina secara bersenjata menentang Kerajaan Filipina dan peneroka Kristian. Ini menyebabkan 150,000 ke 200,000 orang terbunuh, kemusnahan infrastruktur dan 200,000 orang menjadi pelarian di Sabah.
Presiden Ferdinand Marcos pernah menandatangani Perjanjian Tripoli dengan MNLF untuk menamatkan konflik bersenjata, namun perjanjian itu telah memecahkan MNLF kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang berideologi Islam berjuang untuk mempertahankan Islam daripada gerakan pendakwah Kristian mengkristiankan penduduk Islam. Gerakan Abu Sayyaf, salah satu cabang gerakan pemisah, bergerak dengan lebih ekstrem dan dituduh melakukan keganasan dan penculikan sebagai sayap gerakan al-Qaeda di Filipina.
Kerugian besar
Pihak Kerajaan Filipina berasakan pemberontakan ini harus dihentikan kerana ia menyusahkan semua pihak termasuklah penduduk Manila yang bimbang tercetusnya konflik di ibu kota berkenaan.
Salah satu sebab pemberontakan di selatan ini harus dihentikan ialah kerana wilayah Mindanao dan pulau di sekitarnya kaya dengan sumber asli yang belum diterokai. Banyak syarikat petroleum menunjukkan minat untuk melabur hanya sekiranya keamanan dapat diwujudkan di selatan Filipina.
Baru-baru ini, Eastern Petroleum Cor- poration berminat melabur AS$108 juta dengan membuka pelantar jana kuasa gas di Agusan del Norte, Mindanao. Menteri Tenaga Brunei Darussalam juga minat membuka pelantar gas asli dengan kapasiti 300 megawat di Mindanao. Sumber gas di Malampaya juga penting diterokai untuk penduduk pulau Luzon.
Tidak hairanlah Presiden Filipina, Benigno S Aquino deptik sebagai berkata: “Saya gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara.” Ini kerana kedua-dua pihak boleh bersama-sama membangunkan negara dan wilayah masing-masing, tanpa pertumpahan darah demi kemakmuran generasi akan datang.
Penulis ialah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM

No comments:
Post a Comment