Komitmen ahli penentu kejayaan UMNO
Razak Rashid Ghows2012/12/03
Lagu Warisan mengakhiri Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, sebaik saja
Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak selesai menyampaikan ucapan
penggulungannya. Lagu itu menyentuh perasaan perwakilan dan pemerhati yang hadir
di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana berlangsung perhimpunan
agung itu.
Ia bergema buat pertama kali di Dewan Merdeka ketika wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafili menyanyikan lagu itu apabila beliau berucap mewakili rakannya pada hari kedua perhimpunan.
Beliau merayu agar semua perwakilan melupakan segala sengketa dan tidak tamak dengan jawatan dan kuasa. Perkara ini jugalah yang ditekankan Presiden UMNO ketika beliau menggulung perbahasan kelmarin.
“Kita akan turun gelanggang tak lama lagi dan bila kita turun angkatan kita kena kuat. Pihak lawan bukan kuat sangat. Yang saya khuatir cuma sikit saja iaitu kita sesama kita,” ujarnya bagi menyatakan betapa bimbangnya beliau mengenai masalah dalaman parti terutama pemilihan calon.
Lima soalan cepumas
Lalu Perdana Menteri mengajukan lima soalan cepumas kepada perwakilan sekiranya tidak dipilih sebagai calon. Ada lima kemungkinan iaitu sokong sepenuhnya; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat sabotaj ataupun kelima, lompat parti.
Jawapan yang dikehendaki sudah tentunya semua pihak hendaklah menyokong sesiapa saja walaupun tidak dipilih sebagai calon. Sebagai pemimpin, Najib tahu apa yang diungkapkannya itu lebih senang diperkatakan daripada dipraktikkan kerana mustahil dalam situasi di mana terdapat lebih tiga juta ahli, semuanya seia sekata dalam pemilihan calon.
Namun, sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab mengingatkan ahli bahawa masalah utama yang mereka hadapi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini ialah soal penentuan calon. Calon yang ditentukan pada PRU lalu tidak sama dengan pilihan raya kali ini. Dulu lain sekarang lain. Lain padang lain belalang. Begitulah realiti yang harus diterima anggota parti.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah berkata dulu letak songkok pun sudah boleh menang kerana pengundi memilih parti. Keadaannya sekarang sudah jauh berbeza. Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 sudah mengubah landskap politik negara. Apa akan terjadi tiada selepas pilihan raya tiada siapa yang tahu. Ia juga tidak semestinya bermakna pembangkang itu kuat.
Masalah dalaman
Banyak analisis menyatakan keputusan 2008 itu sebegitu kerana UMNO dan BN menghadapi masalah dalaman parti. Bukan kerana orang lebih suka pembangkang. Transformasi yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib akan tetap meninggalkan kesannya pada keputusan pilihan raya akan datang.
Rakyat sedang memerhatikan apa yang dilakukan ketua eksekutif negara itu. Ramai yang melihat beliau serius dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
Kelemahan yang ada lebih banyak berkisar pada komitmen ahli. Kemenangan parti sebenarnya terletak di tangan mereka. Kalau mereka terus memikirkan diri sendiri dan melakukan pelbagai onar, akibatnya mereka jugalah yang akan menanggung derita selepas PRU-13.
Calon boleh menang
Justeru, bagi menentukan kemenangan BN dalam PRU-13 ini, parti tidak ada banyak pilihan lagi selain meletakkan calon boleh menang di gelanggang. Calon itu hendaklah mampu memberi nilai tambah, bukan saja diterima oleh parti, bahkan disenangi oleh masyarakat setempat, boleh bekerjasama dengan pertubuhan suka rela dan masyarakat umum.
Ditegaskan lagi oleh Presiden UMNO, rakyat semakin bijak menilai yang mana kaca, yang mana manikam. Pengundi dapat menilai siapa calon sejati dan sanggup berkhidmat pada bila-bila masa, bukan hanya pada musim pilihan raya.
Berdasarkan kriteria itu, wajar bagi sesiapa jua yang ingin menjadi calon bertanyakan diri sendiri apakah sanggup mereka ‘mengabdikan diri’ kepada rakyat dan menjadi orang yang benar-benar mewakili rakyat.
Jawatan wakil rakyat bukan untuk bermegah sebagai Ahli Yang Berhormat semata-mata, kemudian mendapat projek dan hidup mewah untuk lima tahun akan datang. Pilihan raya akan menjadi penentu kepada banyak perkara. Kalau tersilap langkah ia boleh menghancurkan apa yang ada dan memusnahkan harapan anak muda yang diamanahkan supaya meneruskan perjuangan ini.

No comments:
Post a Comment