Bukan Melayu tak senada mansuh kelas peralihan
Teo Kok Seongrencanabh@bharian.com.my
2012/11/01
Cadangan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 untuk menyeragamkan beberapa aspek kurikulum, khususnya antara sekolah
kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan, tidak diterima secara sama oleh
bukan Melayu. Dua antaranya, pemansuhan kelas peralihan dan penggunaan sukatan
pelajaran sama untuk mata pelajaran bahasa Melayu, diterima baik oleh kaum
India, tetapi tidak kaum Cina.
Sebenarnya pemansuhan kelas peralihan adalah cadangan kaum India yang diajukan ketika Kajian Semula Pendidikan Negara. Mereka sedia menangani ketidakcekapan pelajar India dalam subjek Bahasa Melayu, dengan cara baru, bukan melalui kelas peralihan. Ini berlainan dengan kaum Cina yang belum sedia dengan apa cara pun dan ingin terus menangani masalah ini dengan cara lama.
Kaum India menerima baik syor menggunakan sukatan pelajaran sama untuk bahasa Melayu bagi Tahun Empat hingga Enam. Sebaliknya kaum Cina yang ingin meneruskan kelas peralihan tidak bersetuju dengan penyeragaman ini.
Pelbagai alasan diberi dan boleh dikatakan kebanyakannya memperlihat keengganan kaum Cina untuk bersifat lebih integratif dalam menjayakan sistem pendidikan negara yang lebih bersepakat. Sistem begini penting untuk melahirkan generasi muda yang berkongsi satu asas dan perspektif sama mengenai nasionaliti Malaysia, dalam keadaan kita mengamal pelbagai aliran persekolahan.
Kebimbangan, sama ada yang tersurat, iaitu penyeragaman ini mengurangkan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda Cina, atau tersirat, yakni akan menghakis jati diri etnik Cina, bukan saja tidak berasas, tetapi boleh dianggap perkauman. Kebimbangan ini memperlihat betapa tidak percayanya Cina kepada kaum Melayu.
Penyeragaman ini bertujuan merapatkan jurang pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu, iaitu bahasa negara kita semua, antara mereka yang menghadiri dua aliran persekolahan ini, khususnya apabila memasuki sekolah menengah. Namun, dengan tujuan semurni ini yang akan membolehkan pelajar Cina mengikuti semua pelajaran dalam bahasa Melayu, lebih mudah dan jayanya pula apabila mereka berada di sekolah menengah, ia masih diragui akan keikhlasannya.
Dengan keengganan ini dan beberapa tindakan lain untuk mengembangkan pendidikan Cina, tidak dapat dinafikan lagi kaum Cina bukan saja terus melindungi bahasa Mandarin, malah terlalu mempertahannya sehingga boleh dianggap melampau dalam beberapa kes. Mereka sanggup mengetepikan semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung selaku satu kerukunan, sama ada sebagai sesuatu yang diharuskan daripada kelompok bukan asal atau untuk tujuan perhubungan yang lebih tulen dengan kelompok asal.
Kaum Cina perlu mengikuti semangat kaum India. Tindakan mereka bukan saja menguntungkan generasi muda mereka yang akan dapat mengikuti pelajaran di sekolah menengah dengan lebih berkesan. Pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Tamil adalah bertahap tinggi.
Namun, lebih penting ia tidak merumitkan lagi PPPM yang sudah direncamkan dengan pelbagai aliran persekolahan, kini disulitkan pula oleh sekolah jenis kebangsaan yang tidak sama ketetapannya antara aliran Mandarin dan Tamil. Ketidaksamaan ini akan meremehkan wibawa sistem pendidikan negara ini, selain menjadikannya amat kompleks.
Oleh itu, penyeragaman yang hanya membabitkan kandungan, baik dari segi kosa kata dan istilah serta struktur dan gaya bahasa Melayu perlu diterima dengan hati terbuka oleh kaum Cina. Sebenarnya anak kecil kita bukan saja cepat memanfaatkannya, tetapi akan menguasai bahasa Melayu tahap tinggi dengan baik sekali.
Dengan cadangan ini dalam PPPM, anak bangsa kita, khususnya lepasan sekolah jenis kebangsaan, bukan saja mahir dalam bahasa ibunda mereka, tetapi cekap pula dalam bahasa negara ini, iaitu bahasa Melayu. Itulah tujuan murninya!
Penulis ialah Profesor Linguistik di UKM

No comments:
Post a Comment