Sunday 14 October 2012

Siapa Berbohong, Bila Salahuddin Nafi Putus Hubungan Nasha ?


AIDCNews – 11/10/12 – “Berdosa putuskan silaturahim”, itu tajuk harakahdaily ketika melaporkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau memutuskan hubungan dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dalam kenyataannya kepada portal PAS itu, Salahuddin turut menafikan AJK PAS Pusat, Khalid Samad juga memutuskan hubungan dengan Nasha.
“Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian,” kata Salahuddin.
Salahuddin mengulas laporan portal Mkini dotcom yang mendakwa beliau dan Khalid memutuskan hubungan dengan Nasha.

“Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.
“Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian,” itu kenyataan asal portal mkini bertarikh 10 Okt. sebelum dipadamkan kenyataan yang dihitamkan di atas.
Tinjauan di Mkini hari ini mendapati tajuk berita telah dipinda dan dan kenyataan ‘putuskan hubungan’ telah dipadamkan walaupun masih mengekalkan kandungan berita yang lain.
Begitu juga dengan Mkini.tv, tidak ada kata-kata ‘putuskan hubungan’ diucapkan Khalid.
Jadi Mkini mendapat sumber berita dari mana untuk menjustifikasikan kebenaran beritanya itu ?
Kenyataan ‘putuskan hubungan’ yang dilaporkan Mkini dilapor berdasarkan kata-kata Khalid dan bukannya Salahuddin, walaupun Naib Presiden PAS itu ada bersama.
Walaupun dari segi hiraki politik, Salahuddin lebih besar dari Khalid, namun Khalid mendahului Salahuddin dalam mengeluarkan kenyataan mewakili PAS.
Bukankah sikap itu sama seperti pepatah Melayu yang mengatakan besar sudu dari kuah ?
Manakala, penafian hasrat memutuskan hubungan diucapkan oleh Salahuddin kepada Harakahdaily yang juga mendakwa mewakili Khalid.
Setakat ini, Khalid sendiri belum pernah menafikan laporan asal Mkini itu.

No comments:

Post a Comment