Monday, 8 October 2012

Ketua Pengarang Suara Keadilan Desak KDN Siasat Anwar Bawa Masuk Agen Asing


Dzulkarnain Taib (tengah), Ketua Pengarang Suara Keadilan buat laporan polis supaya polis siasat kedatangan Bourdon. Dia mendakwa mewakili 5 NGO membuat desakan itu
AIDCNews – 05/10/12 – Lima badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat rancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat membawa masuk agen asing mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan negara berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Mohd Taib seperti dilaporkan Bernama berkata, siasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luar negara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamah di Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.
Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiran peguam terbabit.
“Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Jumaat.
Dzulkarnain Taib adalah juga Ketua Pengarang Suara Keadilan, organ PKR.
Anwar ke Paris berjumpa peguam Wiliam Bourdon
Anwar dalam laman sosialnya hari ini mengaku telah bertemu dengan peguam Wiliam Bourdon semasa kunjungannya ke Paris semalam.
Bourdon didakwa Anwar sebagai peguam yang mengendalikan kes Scorpene di Paris.
Pada Julai tahun lalu, AIDCNews pernah melaporkan Bourdon ditahan oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkaitan dengan siasatan campur tangan pihak asing dalam politik negara ini.
Peguam itu hadir ke Malaysia setelah dijemput oleh SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) untuk berucap dalam majlis ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Ketika itu, SUARAM baru memulakan projek kononnya untuk mengutip dana bagi membiayai kos guaman ‘Ops Scorpene’ dan Bourdon dilantik menjadi peguam mereka.
Bourdon merupakan peguam untuk Human Right Watch (HRW), sebuah badan hak asasi manusia yang ditaja oleh penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
HRW merupakan jurucakap pembela Anwar di peringkat antarabangsa dalam kes liwat II.
Sebagai peguam proksi Soros, Bourdon akan dilibatkan dalam agenda NGO-NGO tajaan Soros di seluruh dunia termasuk Transparency International (TI) dan SUARAM di Malaysia.
Bourdon pernah menjadi Setiausaha Agong FIDH (International Federation for Human Rights), Pengasas dan Presiden Sherpa Association yang ditaja oleh Soros dan NED (National Endowment for Democracy).
Anwar dan Bourdon juga terlibat dalam satu rangkaian yang dinamakan ‘The Forum 2000′.
‘The Forum 2000′ sebuah rangkaian yang berpangkalan di Prague, Republik Czech itu juga merupakan tajaan Soros melalui yayasannya, Open Society Institute (OSI).

Menurut jadual di atas, pada 9-11 September, ‘The Forum 2000′ telah menjemput Anwar bersama dengan Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) di Hotel Carlo IV, Prague, Republik Czech.
Dalam jadual aktiviti Anwar yang diperolehi dari sumber dalaman pejabat PKR itu, penjaga jadual Anwar mencatatkan ‘Confirm’ yang bermaksud program itu akan dijalankan dan Anwar akan hadir dalam program tersebut.
Untuk urusan selanjutnya dicatatkan hubungi Denise d’Arbonne +420-224-593-111, ask for the PepsiCo Office. Or call direct to the PepsiCo office at +420-224-593-071.
Selain OSI, PepsiCo dan Sasakawa Foundation adalah penaja ‘The Forum 2000′.

No comments:

Post a Comment