Monday, 8 October 2012

Isu Negara Islam, kenyataan Sahabat Anwar Berbahaya


Antarapos – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari hari ini melahirkan kebimbangannya dengan kenyataan seorang kenalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang cuba menerapkan fahaman liberal dikalangan umat Islam di negara ini.
Mobashar Jawed Akbar yang merupakan bekas Ahli Parlimen India, berkongsi pendiriannya bahawa ‘Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara’.
Beliau berkata logiknya jelas apabila ‘wujudnya 32 buah negara Islam dan mengapa Singgapura tidak bergabung dengan Malaysia. Lebih mengejutkan Akbar yang mengakui seorang umat Islam berpandangan, ‘sebagai seorang Islam tidak semestinya sembahyang lima kali sehari.
Akbar berkata demikian ketika diundang Anwar melancarkan bukunya, Tinderbox: The Past and Future of Pakistan, di Royal Lake Club Kuala Lumpur Selasa lalu dengan dihadiri pucuk pimpinan PKR dan jemputan lain.
Fathul berkata pembangkang mahu pun kerajaan seharusnya lebih peka dan sensitif dengan siapa tokoh yang ingin diketengahkan, bagi mendokong agenda politik mereka.
“Kita nak menjemput orang ni, nak beri penghormatan atau penghargaan kita kena tengok dalam bab apa dan sumbangan dia apa. Dalam isu apa dan bagaimana, kalau sekiranya menjemput dan memuja-muja tokoh ini dengan perkataan-perkataan berkaitan Islam, ya (memang tidak boleh) masa tu baru boleh kita boleh jawab dan diperbetulkan.”
“Sekiranya isi dan kandungan buku itu membawa konsep dan pendedahan ideologi liberal dan sebagainya saya tak setuju dan bagi saya pun kena muhasabah, samada Anwar dan pemimpin-pemimpin lain mesti berhati-hati dalam memanggil dan mengangkat mana-mana tokoh.
“Jika mengundang tokoh-tokoh seperti ini akan mengundang fitnah kepada kita di masa-masa akan datang,” katanya lapor Mychannel13.
Malah lebih penting kenalan mereka itu tidak sesekali mendedahkan umat Islam kepada fahaman pelik yang boleh merosakkan akidah rakyat.
“Apa kesan kepada agama umat Islam, akal, maruah dan keturunannya, jiwa dan harta benda mereka. Jadi kita ambil perkara ini kita cuba tengok dan perhati balik.
“Katakanlah kalau (mereka terlibat) urusan perniagaan tak apa (sebab) kesan dia bagus kepada ekonomi tapi kalau dia datang membawa ideologi yang pelik (perlu berhati-hati),” ujarnya ketika dihubungi.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad memberitahu Anwar kini telah menjadi pengantara kepada Akbar yang juga merupakan pengarah editorial majalah mingguan India Today dalam menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Islam.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membawa (Mobashar Jawed Akbar) adalah logik kerana pemikiran Anwar sama dengan pemikiran individu ini.
“Betul ini selari dengan pemikiran Anwar, dia konsisten menolak syariat (Islam) sebagai asas pemerintahan negara Malaysia. Sebab itu Anwar membawa orang yang sealiran dengan dia,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment