PAS Mentarbiyah Atau Ditarbiyah DAP ?
Helen Ang- Perhatikan bahawa para politikus bukan Islam yang paling suka Occupy Masjid bukan orang lama seperti Kit Siang atau Karpal tetapi kelompok evangelis mereka tidak kira lelaki atau wanita.
Siapa yang masuk surau?
“Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan MENYERANG satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.”Baca seterusnya di portal Perak Today - ‘Ahli Parlimen Gopeng berlagak ala samseng, ganggu majlis agama Cina‘.
Gambar di bawah diperolehi dari blog Cucu Tok Selampit.
Sedang duduk bersama mukmin adalah Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Teja, Chang Lih Kang.
Aksi Chan Ming Kai menyergah Speaker ketika sidang DUN — baca laporan Berita Harian, ‘Adun PKR Perak “serang” Speaker‘.
Adakah ianya pelik YB-YB yang paling agresif lah yang paling suka masuk masjid?
Pasangan sepupu evangelis James Ngeh Koo Ham dan David Nga Kor Ming(bawah) tidak payah diperkenalkan lagi kepada pembaca.Hannah Yeoh bertudung lagi. Adakah perlu dia bertudung jika bukan berada di dalam masjid?
Sila baca The Unspinners — di depan si evangelis berlakon tutup aurat, di belakang pula mengata
Hanya PAS akan terpedaya
‘Leka berurut sambil bogel‘ — laporan Sinar Harian (1 Ogos 2012) tentang serbuan rumah urut di Subang Jaya.Di Subang Jaya ada 69 rumah urut berlesen. Antara yang beroperasi secara haram ada juga yang mengupah perempuan-perempuan Siam tanpa permit kerja —laporan Harian Metro.
Seperti diketahui umum, sarang-sarang maksiat telah meledak semenjak Pakatan memerintah Selangor.
Orang PAS terlalu lurus bendul agaknya. Apabila melangkah ke tempat-tempat licik seperti Subang Jaya, mereka ibarat rusa masuk kampung (ungkapan dalam bahasa Inggeris yang setimpal ialah “deer in the headlights”).
Kalau orang PAS ini disejukkan hati dengan puji-pujian – “Ooooh, abang so hansem” atau “Rasa-rasanya bang cukup hebat untuk dilantik Pak Menteri” dsb – maka cair lah mereka dan mula lah mereka menggelar Tokong sebagai “Khalifah Umar” dan menganggap DAP sudah diberikan hidayah.
Screenshot bawah: Contoh cara untuk mem’butter’-bodek lebai-lebai PAS yang hansem and layak menjadi VIP dan YB supaya berfikir mereka sudah berjaya mentarbiyah si Kristian dalam Pakatan.
No comments:
Post a Comment