Dana Asing Gulingkan Kerajaan, Kerajaan Wajib Bentang Kertas Putih Di Parlimen
Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat. GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.
Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini. Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.
GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing.
Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan.
Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini.
Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam, kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini.
Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini.
Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5 Okt 2012
Shah Alam.

No comments:
Post a Comment