Sunday, 14 October 2012

Lim Guan Eng Kata Orang Melayu Dungu !


Helen Ang – Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya berkata terdapat 35 orang Ahli Parlimenyang beragama Kristian.
Dewan Rakyat kita mempunyai 222 buah kerusi. Kalau 35 orang, maka ini bermakna 15.8 peratus daripada MP kita adalah Kristian walhal jumlah penduduk negara yang beragama Kristian “hanya 9 peratus”.
Nisbah Wakil Rakyat yang menganut agama Kristian (15.8%) jauh melebihi kadar penduduk Kristian (9%) dalam negara. Bukankah fakta ini membuktikan golongan Kristian ada pengaruh besar?

Cuba renung:

1. Adakah apa yang berlaku sekarang ibarat “Christian bashing” ataupun ia sebaliknya ustaz Nasha yang kena belasah dengan begitu teruk sekali oleh orang Kristian?
2. Lim Guan Eng mencatat dalam Facebooknya (screenshot bawah) bahawa “Malaysians can no longer stomach the sheer arrogance displayed by such BN leaders …”.
Kenyataan Guan Eng tersebut menerima 106,066 pangkah ‘Like’ daripada pengguna Facebook.
Betulkah pemimpin BN lebih sombong?
Ataupun rakyat sebenarnya sudah muak dengan cockiness and arrogance yang ditunjukkan Guan Eng sendiri serta konco-konco evangelisnya?

3. Orang Melayu digelar dungu dan “moron”.
Para DAPster terikut-ikut tabiat melontarkan tohmahan kerana para pemimpin evangelis mereka menjadi teladan. Lihat bagaimana Guan Eng menengking orang Melayu dengan ungkapan “morons” berkali-kali dalam tweetnya (screenshot bawah).

4. Guan Eng menuduh Utusan membohong (lihat screenshot tweetnya).Dikatakannya Utusan yang dimiliki Umno itu “Once a liar always a liar”.

Agaknya siapa yang terkenal dengan sifat putar-belitnya?
5. Guan Eng juga menuduh Utusan jahat (“evil”) dan berkata suratkhabar itu cuba mencetuskan ketegangan antara kaum. Ingat lagi tak siapa yang pernah dipenjarakan atas kesalahan menghasut?

6. Guan Eng mendakwa bahawa paderi yang suci belaka telah dikambing-hitamkan dengan tidak semena-menanya. Anak buah Guan Eng, Hannah Yeoh, turut mengkritik kerajaan dengan lantang.
Adakah gereja-gereja sememangnya bersikap berkecuali dalam politik?

7. Guan Eng menuduh Utusan yang dimiliki Umno sebagai tidak menghormati orang bukan Muslim.
Adakah media Pakatan selalu menghormati Muslim?
(The Star boleh kira media berjiwa Pakatan).

8. Suratkhabar Melayu dikatakan Guan Eng dan Hannah Yeoh sebagai “hateful anti Malaysian”.
Apakah Papa DAPster, Mama DAPster, pengikut-pengikut mereka beserta media yang menjilat bontot mereka ada menampakkan ciri-ciri Malaysian contoh berbanding dengan orang lain?

9. Guan Eng menuduh Utusan memfitnahnya sebagai telah mengekspoitasi gereja.
Mungkin ianya gereja yang mengekspoitasi Guan Eng ataupun mereka saling mengekspoitasi umpama kerjasama DAP dengan Dong Zong?

10. Adakah The Star sengaja mahu meretakkan hubungan MCA dengan Umno melalui liputannya yang begitu condong kepada Kristian?
Katakanlah hasrat Si Gunting dalam Lipatan kesampaian dan MCA tersungkur seperti dinosaur. Lantaran itu, tinggal Umno sahaja menunjangi kerajaan manakala DAP menjadi tonggak pembangkang.
Maka kerajaan pasca PRU13 akan terdiri Melayu dan Muslim sementara pembangkang terdiri Cina dan Kristian.
Andaikan Guan Eng dan para pengikutnya masih kekal dengan perangai kurang mesra mereka.
Dalam keadaan sedemikian, adakah anda menjangka PAS dan Umno boleh mencapai perpaduan demi mempertahankan Islam dan menjaga kepentingan ummah?

No comments:

Post a Comment