Sunday, 14 October 2012

Anwar Terjerat Dalam Mimpinya


Yahaya Ismail – Alkisah, maka gendang perang pun dipalu seluruh negara oleh para juak-juak Anwar, yang kononnya sudah bersedia menjadi pengganti Mahathir di Putrajaya. Kononnya nasib Mahathir akan menjadi seperti Ghafar Baba yang hilang kuasa dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam UMNO nanti.
Mereka yang terhutang budi, menjadi kroni, tukang sorak dan tukang ngarang lagu boria menjadi mabuk dalam mimpi. Kali ini giliran Mahathir akan digulingkan dari takhta kerajaan.
Dalam kemabukan hendak menggulingkan Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1997, rahsia yang cuba ditutup rapat sudah tersebar luas.
Kononnya seorang pemimpin Pemuda akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Mahathir. Kononnya segala-galanya sudah disusun rapi. Kali ini, giliran Mahathir yang mendapat gelaran “Maha Firaun” dalam salah satu laman web akan kecundang dalam resolusi Perhimpunan Agung UMNO kelak.
Mahathir sudah menerima laporan dari Cawangan Khas, para pembantunya, bahawa ada usaha dibuat untuk menggulingkannya. Dalangnya Anwar, bekas pemimpin ABIM yang menjadi anak emasnya dan yang disebut-sebut sebagai penggantinya.
Dalam diam-diam, sambil mengangguk-angguk tanda hormat dan setuju, rupa-rupanya dia menyimpan agenda untuk menyingkirkan Mahathir, Perdana Menteri yang memberi peluang kepadanya untuk bersama-sama dalam Kabinet merancang pembangunan negara untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.
Kini, tangan yang memberi rezeki dan kuasa itu pula hendak digigitnya. Mahathir seperti biasa tidak panik. Dia ada senjata sulit yang Anwar dan para kroninya tidak tahu.
Kononnya Perhimpunan Agung UMNO tahun itu menarik perhatian berbagai pihak. Kononnya agen-agen CIA dan pemerhati-pemerhati negara asing berkeliaran di Kuala Lumpur untuk melihat penukaran kepimpinan yang disingkir melalui resolusi perhimpunan itu.
Tidak ada pertumpahan darah, tidak ada tunjuk perasaan seperti di Indonesia, Thailand dan lain-lain negara. Mahathir akan disingkirkan, Anwar menjadi Perdana Menteri baru. Itu yang dijaja oleh juak-juak Anwar denga penuh nafsu.
Anwar dan kabilahnya berpendapat, pengaruh Mahathir semakin menciut setelah timbul berbagai laman web yang kebanyakannya anti Mahathir. Besar kemungkinan sesetengah blogger itu dibantu oleh mereka yang bersimpati dengan Anwar.
Boleh dikatakan, perang urat saraf anti Mahathir menjadi semakin rancak dan aktif selepas kemenangan Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO. Hubungan Anwar dengan Mahathir meruncing setelah terbitnya buku karangan Khalid Jafri, ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ pada tahun 1996, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO. Dikatakan, setiap perwakilan mendapat buku tersebut dalam beg pemberian ibu pejabat UMNO!
Pendedahan Khalid Jafri dalam bukunya mengejutkan seluruh perwakilan dan juga rakyat jelata yang membacanya.
Anwar panik. Juak-juak dan tukang-tukang ampunya ternganga mulut. Mereka yang diarah untuk mengkritik pimpinan Mahathir dan menyeru Perdana Menteri berundur, terkejut beruk bila Mahathir mengarahkan pendedahan projek-projek dan syarikat-syarikat yang mendapat projek-projek itu ditampal pada papan kenyataan di luar persidangan UMNO.
Nah, rupa-rupanya banyak kroni Anwar yang mendapat habuan dari Anwar, pemimpin yang mereka kagumi!
Buku itu memeranjatkan para perwakilan dan para pembaca lainnya. Secara terang-terangan, pengarang Khalid Jafri mendedahkan skandal Anwar sebagai homoseks. Di samping itu, dia juga mendedahkan kononnya Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar. Azmin dianggap sebagai sang setia kepada Anwar dalam susah dan senang.
Pendedahan dalam buku itu menggemparkan masyarakat dan menggegarkan Anwar yang bernafsu besar hendak menjadi bakal Perdana Menteri selepas Mahathir. Anwar hendak membuktikan bahawa dia bukan homoseks lalu membuat laporan polis.
Akibat laporan tersebut, polis membuka kertas siasatan. Maka berlakulah apa yang tidak disangka-sangka.
Soal Anwar seorang homoseks pernah diberitahu kepada saya oleh Tan Sri Megat Junid (Allahyarham). Menurut beliau, sewaktu menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, pihak Bukit Aman telah mendapat maklumat dari CIA yang mendedahkan Anwar seorang homoseks sejak tahun 1993 lagi.
Menurut Megat, dia dan Tan Sri Sanusi Junid yang pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, menemui Mahathir mendedahkan skandal Anwar. Mahathir tidak percaya dan halau mereka keluar dari pejabatnya. Dua kali mereka cuba menyakinkan Mahathir. Dua kali mereka dihalau.

Mahathir tidak percaya, Anwar yang menjadi imam bergelar pejuang Islam adalah seorang homoseks. Mahathir memarahi Megat dan Sanusi, kononnya mereka yang memfitnah Anwar, anak emas kesayangannya yang bakal disintuk limau sebagai Perdana Menteri.
Buku Khalid Jafri menggemparkan rakyat. Mahathir masih belum dapat diyakini. Dia tidak percaya, seorang pejuang Islam nombor wahid merangkap imam, boleh menjadi homoseks.
Waktu Mahathir menerima Anwar sebagai Menteri Kabinet, dia menganggap Anwar pejuang Islam yang boleh membantunya mempertahankan UMNO dari serangan PAS. Malah, Mahathir bimbang Anwar akan dileso serban PAS untuk menjadi juara parti tersebut.
Kalau Anwar ahlan wasahlan dengan Ustaz Fadzil Noor (Allahyarham), Nik Aziz, Hadi Awang dan kabilah PAS, maka besar kemungkinan UMNO akan tergugat. Jadi, sebelum Anwar diserban leso oleh PAS, Mahathir dengan kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah menjemput Anwar sebagai rakan seperjuangannya dalam UMNO. Lalu disintuk limau dan dimandi 44 jenis bunga untuk membuang segala sial sebagai sahabat baru dalam perjuangan UMNO!
Tun Hanif Omar waktu menjadi Ketua Polis Negara, pernah memberitahu Mahathir bahawa Anwar seorang homoseks. Mahathir tidak percaya. Dia mahu bukti-buktinya sebelum dia mengambil sesuatu tindakan. Dia tidak mahu menganiayai seseorang sebelum melihat bukti-bukti yang kukuh.
Akhirnya pihak polis, melalui Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara, berjaya mengemukakan bukti dengan membawa mangsa-mangsa Anwar menemui Perdana Menteri.
Di depan Mahathir, mereka mendedahkan apa yang berlaku antara mereka dengan Anwar. Pihak polis mengemukakan saksi-saksi dan juga video yang melibatkan Anwar dengan berbagai mangsa lelaki dan perempuan.
Setelah menemui berbagai mangsa Anwar, lelaki dan perempuan, secara berasingan, barulah Mahathir yakin bahawa Anwar seorang homoseks.
Menurut Megat Junid (Almarhum), dua minggu sebelum memecat Anwar dari Kabinet dan UMNO, Mahathir masih belum dapat diyakini mengenai skandal homoseks itu.
Menurut Ummi Hafilda, adik Azmin Ali, dia dan Azizan, bekas pemandu Wan Azizah yang menjadi mangsa Anwar, telah dijemput ke Sri Perdana untuk menjelaskan mengenai tuduhan bahawa Anwar itu homoseks.
Menurut Ummi Hafilda, dia menemui Perdana Menteri di Sri Perdana pada 26 Ogos 1998 dan menemui Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, juga di Sri Perdana pada 1 September 1998. Rupa-rupanya Mahathir mengadakan mesyuarat semua ahli Majlis Tertinggi UMNO di kediaman rasminya untuk mendengar dan menyoal Ummi Hafilda dalam mesyuarat tersebut.
Ummi Hafilda memberi penerangan mengenai Anwar. Mahathir meminta semua ahli Majlis Tertinggi memberi pendapat dan membuat keputusan sendiri. Mahathir tidak mahu mempengaruhi ahli-ahli Majlis Tertinggi, kerana tidak mahu dikatakan memaksa para Ahli Majlis berpihak kepadanya.
Selepas memberi penerangan dengan panjang lebar, Mahathir meminta Ahli-ahli Majlis menyoal apa sahaja kepada Ummi Hafilda.
Kata Ummi Hafilda, tidak seorang pun Ahli Majlis yang menyoalnya. Semua akur Anwar seorang homoseks.
Setelah mendapat persetujuan mereka, barulah Mahathir dengan persetujuan semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, mengambil tindakan memecat Anwar dari keahlian parti. Selepas itu, Mahathir dengan kuasa yang ada padanya sebagai Perdana Menteri, memecat Anwar dari Kabinet. Anwar dikatakan, jatuh ditimpa tangga.
Saya bertanya kepada Tun Mahathir, mengapakah Azizan seorang saja tampil ke depan untuk mendedahkan dia diliwat Anwar? Mengapa mangsa-mangsa lain tidak tampil ke pengadilan?
Menurut mantan Perdana Menteri lagi, mangsa-mangsa lain berasa malu hendak menghadapi perbicaraan. Misalnya ada seorang mangsa yang mendedahkan Anwar meliwatnya. Ada video dan rakaman dia mengaku menjadi mangsa homoseks Anwar di hadapan imam Masjid Negara, tetapi enggan menjadi saksi kerana malu.
Sekiranya mangsa-mangsa tersebut mementingkan agama, bangsa dan negara dan tampil ke depan, besar kemungkinan rakyat akan terkejut dengan berbagai pendedahan yang dibuat oleh mereka itu.
Walau bagaimanapun, Azizan, mangsa Anwar, berani datang ke depan untuk mendedahkan skandal Anwar yang rakyat tidak mengetahuinya sebelumnya.
Dalam pertemuan saya dengan Tun Mahathir baru-baru ini di pejabatnya di Menara Petronas, beliau berkata, beliau tidak mahu mengambil sesuatu keputusan tanpa bukti yang kukuh.

Memandangkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diwar-war olehnya sebagai pengganti, tentulah rakyat akan membuat berbagai spekulasi negatif terhadap beliau sekiranya tidak ada bukti yang kukuh untuk mempertahankan tindakannya memecat Anwar.
Perlulah disedari, Anwar menjadi anak emas dan Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada pemuda Cheruk Tuk Kun ini untuk mencapai kedudukan nombor dua terpenting dalam parti dan juga kerajaan.
Mahathir juga terkejut dengan pendedahan itu. Dia tidak menyangka seorang pejuang Islam, yang menjadi imam, membaca khutbah, rupa-rupanya juga seorang homoseks!
Mahathir tidak dapat memaafkan Anwar. Dia tidak mahu menanggung dosa menghalalkan seorang homoseks yang dilaknati Allah menjadi bakal Perdana Menteri. Dia amat kecewa, orang yang diharapkannya sebagai pengganti adalah seorang homoseks! Dia sanggup menghadapi apa saja risiko dan tindakan dari Anwar bila mana dia bertindak memecat Anwar dari Kabinet dan juga UMNO.
Saya teringat waktu Anwar panggil saya ke kediamannya di Damansara Heights sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1993. Pada masa itu, saya menulis buku ‘Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria.’
Dalam buku tersebut, saya tidak menyatakan secara jelas hubungan homoseks dan hanya tersirat dalam kata-kata “hubungan abang adik” di asrama Kolej Melayu Kuala Kangsar! Mereka yang pernah belajar di Kolej Melayu, mengakui ada peristiwa homoseks di situ.
Kalau hanya hendak membincangkan berbagai isu politik, Anwar tidak perlu memanggil saya ke kediamannya selama dua jam dari jam 11.45 malam sampai 1.45 pagi. Ini pertemuan empat mata saja antara dia dengan saya. Sahabat Anwar yang membawa saya ke kediamannya, duduk di luar bersama dengan polis yang menjaga keselamatan Anwar.
Sekarang saya terfikir, mengapakah Anwar memanggil saya jauh malam untuk membicarakan soal politik? Mungkin dia terkejut dan bimbang mengenai “pendedahan” saya yang tersirat dalam buku itu? Barangkali dia ingin tahu sejauh mana saya mengetahui bahawa dia seorang homoseks. Memanglah pada waktu itu, saya tidak tahu banyak.
Juak-juak Anwar menjaja cerita kononnya Anwar telah memberi saya berjuta ringgit selepas menemui beliau di kediamannya. Saya berani bersumpah, saya tidak menagih habuan darinya.
Pertemuan saya dengan Anwar selama dua jam, mati setakat itu saja. Tidak ada lagi perjumpaan selepas itu.
Cerita homoseks Anwar menjadi sensasi nasional dan antarabangsa bila dia dipecat dari UMNO dan disingkir dari Kabinet.
Buku, ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ yang terbit pada tahun 1996 sudah menggemparkan rakyat.
Isu Anwar seorang homoseks terus meniti sejarah hingga sekarang, bila mana dia dihadapkan ke mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan, seorang pembantunya.
Banyak orang bertanya, apakah Anwar terlalu gian melakukan hubungan sejenis? Apakah dia tidak merasa malu melakukan seks songsang yang dilaknati Allah, sebagai seorang pemimpin politik tersohor yang bermimpi hendak menjadi bakal Perdana Menteri? Apakah dia tidak memikirkan implikasi politik terhadap dirinya, keluarganya dan rakyat yang beragama Islam yang menyokongnya selama ini? Apakah dia tidak insaf perbuatannya itu akan membawa sial dalam perjuangannya?
Waktu Anwar dipecat dari Kabinet dan UMNO, saya telah dipanggil oleh Cawangan Khas (Special Branch) ke Bukit Aman. Tiga orang pegawai menyoal saya mengenai buku ‘Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria’ yang terbit pada tahun 1993. Buku itu ada di atas meja sewaktu saya disoal mereka.
Mereka ingin tahu siapakah yang memberi maklumat kepada saya mengenai skandal homoseks Anwar yang saya nyatakan dalam buku tersebut. Mereka mahu tahu sumber maklumat saya untuk mereka membuat siasatan selanjutnya.
Sebenarnya saya sendiri tidak mendapat maklumat yang banyak mengenai skandal Anwar pada waktu itu. Justeru itu, saya tidak dapat membantu Cawangan Khas untuk memberi apa-apa maklumat terbaru mengenai skandal tersebut.
Kira-kira sebulan selepas pertemuan dengan pegawai-pegawai Cawangan Khas, saya dikejutkan oleh seorang pensyarah dari UiTM yang menghadiri suatu majlis sastera di Shah Alam.
Pensyarah tersebut memberitahu saya, seorang pensyarah dalam jabatannya pernah memberitahu dia dan sahabatnya, juga seorang pensyarah, bahawa Anwar memberi pink form kepadanya. Kononnya, menurut pensyarah ini, sahabat karib Anwar itu telah memberitahu mereka bahawa dia juga mempunyai hubungan intim dengan Anwar!
Nama sahabat karib Anwar itu diberikan kepada saya untuk siasatan saya sekiranya saya ingin masukkan makluman ini dalam cetakan kedua buku saya.
Bila saya dapat nama sahabat karib Anwar itu, langsung saya menelefon seorang sahabat karib Anwar yang juga menjadi orang kuat ABIM. Saya beritahu dia bahawa saya dapat maklumat, Anwar mempunyai hubungan homoseks dengan Mr X. Dia menjawab, “Mana you tahu Pak Ya? Please Pak Ya, you jangan dedahkan hal ini. Kami pun cuba nak tutup perkara ini Pak Ya.”
Sebenarnya, saya tidak bermaksud untuk menggunakan maklumat ini dalam buku saya. Saya cuma ingin kepastian dari sahabat karib Anwar sendiri bahawa dia Anwar, benar-benar seorang homoseks.
Menurut Mahathir, beliau tidak boleh menerima seorang pemimpin homoseks sebagai penggantinya. Noktah. Mahathir sudah berputus arang berkerat rotan dengan Anwar. Tidak ada lagi hubungan anak emas antara keduanya. Mahathir amat menyesal kerana Anwar yang disintuk limau sebagai penggantinya rupa-rupanya seorang homoseks!
Mahathir sanggup menhgadapi risiko dari tindakannya menyingkirkan Anwar dari Kabinet dan parti. Dia telah membuat pilihan yang salah mempelawa Anwar menyertai UMNO dan dilantik sebagai ahli Kabinetnya.
Walaupun Megat Junid dan Sanusi Junid pernah mendedahkan isu ini, namun Mahathir tidak percaya. Mana boleh seorang pejuang Islam pernah menjadi imam, disanjung tinggi dalam masyarakat dalam dan luar Malaysia juga seorang homoseks? Nahe, nahe.
Tapi Allah Maha Kuasa membuka minda Mahathir dan sebilangan rakyat jelata di Malaysia, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Segala sepak terajang, silat dan kuntau, dengan barisan peguamnya tidak dapat membebaskan dirinya dari puaka homoseks.
Ini ketentuan Allah. Tidak siapa boleh menentang kuasa dan kebesaran Allah yang menentukan nasib setiap insan, tidak kira manusia homoseks ataupun manusia biasa.
Anwar seperti singa luka selepas dilucut dari keahlian UMNO dan Kabinet. Di bawah kolong langit Malaysia, dia menjerit “reformasi” dan disambut oleh ribuan anak-anak muda dan rakyat jelata yang terpukau dengan pidatonya yang berapi-api mengutuk Mahathir dan kerajaan BN.
Bila kes liwatnya dibicarakan di mahkamah, ratusan juak-juaknya menjerit “reformasi” dan mengadakan tunjuk perasaan. Malah, Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, menyokong “reformasi jalanan”.
Berbagai petisyen dan sokongan membela Anwar mendapat tempat dalam berbagai media antarabangsa. Mahathir tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu manusia homoseks menjadi penggantinya. Dia tidak mahu kerajaan dan rakyat Malaysia dipimpin oleh seorang homoseks.
Biarlah berbagai petisyen dan kritik dari Barat mengutuk pendiriannya, namun Mahathir tidak ambil pusing. Dia akan tentang habis-habisan terhadap Anwar yang kini menjadi singa tua yang luka.
Anwar merancang menjatuhkan kerajaan, tapi Allah Maha Kuasa menentang hasratnya yang terhalang. Dia terpengaruh dengan reformasi jalanan yang menimbulkan kacau-bilau, dengan harapan Mahathir tergugat dan meletakkan jawatan untuk memberi jalan mudah kepadanya sebagai pengganti Perdana Menteri.
Dia ingat zaman remajanya sebagai pemimpin pelajar dan tokoh ABIM yang pernah menggugat kerajaan melalui demonstrasi. Kalau demonstrasi besar-besaran di Indonesia pada era Sukarno dan Suharto boleh menyebabkan kedua Presiden Indonesia tersungkur jatuh, tentulah Mahathir juga akan tersungkur di bawah tekanan demonstrasi yang dicetuskannya. Anwar silap perhitungan.
Dia boleh memberi pidato berapi-api, menghimpun ribuan para penyokong dari jauh dan dekat, tetapi rakyat Malaysia yang cinta damai tidak akan berpihak kepadanya. Rakyat lebih yakin dengan penjelasan Mahathir bahawa Anwar seorang homoseks. Mereka yakin Mahathir bercakap benar. Mereka bersetuju dengan tindakan Mahathir memecat Anwar dari parti dan Kabinet.
Barangkali dia mengharapkan Pakcik Sam (Amerika) akan mengenakan tekanan politik dan ekonomi kepada Mahathir untuk membela dan melonjakkan Anwar sebagai pengganti. Sekali lagi dia salah perhitungan.
Amerika tidak sebodoh yang disangkakan untuk membela Anwar membabi-buta. Amerika tidak mengharapkan Anwar seorang untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Besar kemungkinan, Amerika juga mempunyai beberapa tokoh politik yang lain yang diberi sokongan secara diam-diam.
Yang penting kepada dasar luar Amerika ialah mengekalkan kestabilan politik sesebuah negara dengan harapan pucuk pimpinan kerajaan tidak memusuhi Amerika secara malampau.
Mahathir tidak setuju dengan dasar luar Amerika yang pro Israel dan anti perjuangan rakyat Palestin. Mahathir benci Amerika kerana Washington hendak menjadi “polis dunia” dan menguasai dunia melalui kekerasan tentera, tekanan ekonomi dan lain-lain.
Neo kolonialisme melalui keperkasaan teknologi maklumat, kekuatan ekonomi dan tentera untuk menundukkan negara-negara miskin dari Dunia Ketiga, menyebabkan Mahathir menentang dasar luar Amerika. Walaupun Mahathir seorang fundamentalist Muslim, namun dia lebih pragmatik dalam percaturan politik dunia.
Ini kelebihan intelek Mahathir yang tidak ada pada Anwar. Sungguhpun Mahathir tidak senang dengan dasar luar negara Washington, tetapi Malaysia tetap menjadikan Amerika sebagai negara perdagangan penting.
Dalam politik moden sekarang, hubungan perdagangan dan ekonomi dengan berbagai negara di dunia amat penting. Negara China dikuasai Komunis, tetapi rakan perdagangan China terbesar ialah Amerika. Amerika juga mahu berdagang dengan China walaupun ideologi mereka berlainan.
Walaupun Al Gore, Naib Presiden Amerika, memuji “reformasi jalanan” dan menyokong Anwar, namun Washington tidak terpengaruh dengan sokongan Al Gore untuk menjatuhkan pimpinan Mahathir. Inilah politik pragmatisme Amerika yang disalah tafsirkan oleh Anwar dan juak-juaknya.
Kecetekan politik Anwar dapat dilihat dari sikap egoismenya bila mana Ghafar Baba rontok bila Anwar menentangnya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1993. Ghafar kalah kerana tidak ada networking yang licik dan licin seperti Anwar.
Sebagai Menteri Kewangan, Anwar dapat menggoda nafsu sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO dengan tawaran saham pink form dan pemberian berbagai projek tertentu kepada para penyokong yang kononnya menjadi sang setianya.
Ghafar hanya ada air liur dan janji projek berbilion-bilion tetapi tidak mampu menunaikannya. Dia mengharapkan para pemimpin UMNO mengenang jasa-jasanya yang besar sebagai tokoh veteran UMNO. Itulah “tangkal azimat” untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Malang bagi Ghafar, para pemimpin UMNO lebih terpukau dengan pink form dan berbagai projek yang boleh diberikan Anwar. Maka hanyutlah Ghafar Baba dibawa oleh arus politik yang berpaut pada pink form dan berbagai habuan yang boleh diperolehi dari Menteri Kewangan itu.
Menurut Tan Sri Mohamad Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO, tidak kurang 70 Ketua Bahagian yang terhutang budi pada Anwar. Bila Anwar dipecat, hanya beberapa kerat dari Ketua-ketua Bahagian sahaja yang membuntuti Anwar. Mereka tahu Anwar tidak boleh memberi habuan kepada mereka, bila mana dia tidak lagi dalam Kabinet. Bila tahu kapal Anwar akan karam, semua tikus termasuk yang rabun, akan lari meninggalkannya.
Tapi Mahathir bukan Ghafar Baba. Anwar terhutang budi kepada Mahathir yang menyintuk limau menjadikan dia sebagai anak emas dan sebagai penggantinya.
Kalau Anwar menghargai jasa dan budi, maka tentulah dia tidak akan menentang Mahathir yang sudah menabur janji di berbagai tempat, bahawa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri selepas dia berundur dari pentas politik.
Mahathir sedar, ada antara pemimpin veteran UMNO yang banyak jasa mereka untuk parti, agama dan bangsa tidak senang dengan sikapnya yang mahu menjadikan Anwar bakal Perdana Menteri. Tokoh-tokoh veteran seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam lebih banyak jasa mereka untuk parti dan negara, jika dibandingkan dengan Anwar.
Malah, banyak orang berpendapat Tengku Razaleigh dan Musa Hitam boleh menggantikan Mahathir. Tapi apa boleh buat, Mahathir lebih percaya Anwar dari Tengku Razaleigh atau Musa Hitam sebagai penggantinya.
Malang bagi Mahathir, dia juga membuat perhitungan politik yang salah. Dia berpendapat, tentulah Anwar akan menari menurut rentak gendangnya.
Pada mulanya, memang Anwar berjoget mengikut rentak Mahathir, sementara dia menyusun juak-juak, kroni-kroninya dan berbagai sang setia untuk menguasai kepimpinan UMNO.
Setelah sedekad dalam Majlis Tertinggi UMNO, Anwar begitu yakin bahawa kini giliran Mahathir pula untuk menyembah bumi bila dia ditumbangkan dalam resolusi Perhimpunan Agung pada tahun 1997.
Anwar tidak mahu menjadi orang nombor dua sebagai Laksamana dalam Hikayat Seri Rama, dalam mainan gelombang politik UMNO.
Dalam kehidupan Anwar, dia selalu menjadi pemimpin nombor wahid, baik dalam ABIM mahupun organisasi-organisasi NGO lainnya.
Dengan mudah, dia tumpaskan Datuk Suhaimi Kamaruddin untuk menjadi Ketua Pemuda, kurang dari setahun menjadi anggota UMNO.
Menurut Tun Mahathir, dia menasihati Datuk Suhaimi Kamaruddin melepaskan jawatan Ketua Pemuda kepada Anwar. Dia berdegil. Akhirnya dia tewas, sebab Mahathir menyokong Anwar.
Dia terpaksa angguk depan Mahathir dan bersabar sebagai orang nombor dua, kerana dia tahu taraf intelek dan pengalaman politiknya tidak setaraf dengan mantan Perdana Menteri itu.

Ego Anwar sama hebat dengan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri. Dendam kesumatnya terhadap Mahathir seperti gunung berapi yang memuntahkan lahar. Dia tidak dapat memaafkan Mahathir yang menjaja dalam ucapan dan kenyataan akhbarnya mengatakan Anwar seorang homoseks. Mahathir tidak mahu seorang pemimpin homoseks memimpin kerajaan dan UMNO.
Kalau dulu dia menjulang Anwar begitu tinggi dan berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pemimpin kelahiran Cheruk Tuk Kun itu, tetapi selepas dia diyakini Anwar seorang homoseks, maka dengan sendirinya dia berkerat rotan dengan Timbalannya.
Mahathir sanggup menghadapi Anwar dengan segala risikonya. Kalau Anwar menganggap dirinya sebagai fighter, Mahathir juga seorang fighter yang lebih hebat dan lebih berpengalaman dari Anwar.
Mahathir merasakan dirinya ditipu oleh Anwar yang berlagak sebagai pejuang Islam, menjadi imam dan seorang yang akan memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara melalui UMNO. Rupa-rupanya Anwar dianggap sebagai musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan.
Mahathir amat kecewa dengan tindak-tanduk Anwar yang seperti kacang lupakan kulit, musuh dalam selimut. Dia sanggup mengenepikan pemimpin-pemimpin veteran yang dihormati ramai demi memberi peluang kepada Anwar menjadi bakal penggantinya.
Malangnya, Anwar tidak dapat bersabar lagi. Dia dihantui oleh skandal yang cuba disembunyikan dari rakyat jelata. Dia perlu bertindak pantas. Dia tidak boleh menggantung harap pada janji Mahathir, kerana dia melihat Perdana Menteri masih cergas dan tidak ada petunjuk bahawa dia akan meletakkan jawatan segera.
Detik-detik yang dilaluinya amat mencemaskan. Bujur lalu melintang patah. Kini Anwar tidak ada lagi maaf dan ampun. Dia berhadapan dengan musuh abadi. Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kedua tokoh ini tidak ada lagi maaf bagimu.
Anwar sebagai homoseks sudah menjadi perbualan rakyat. Kes liwatnya tersebar luas dalam dan luar negara. Dia boleh menafikan semuanya, rekacipta bahawa ada konspirasi hendak menghancurkan karier politiknya.
Katalah apa pun, lontarlah segala nista bahawa dia bukan homoseks tapi menjadi mangsa politik Mahathir. Yang nyata, dia dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan meliwat juga.
Kini, pembantunya yang kononnya menjadi tukang buat teh bernama Saiful Bukhari menuduh dia diliwat Anwar!
Ini kali kedua pejuang Islam, bekas pemimpin ABIM diheret ke mahkamah atas tuduhan main belakang. Dan sekali lagi, dia menuduh ada konspirasi hendak menghancurkan mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Segala fitnah kitar semula disadur kepada rakyat untuk menyakinkan rakyat bahawa dia tetap seorang pejuang Islam nombor wahid, seorang yang anti korupsi, anti kronisme dan pejuang demokrasi yang kononnya sama taraf dengan Aung San Suu Kyi.
Tapi majoriti rakyat tidak percaya padanya lagi. Dia sudah jadi seorang desperado yang hilang pedoman. Dia dihantui oleh skandal homoseks yang sukar dia kikiskan dari ingatan rakyat.
Ingat Bill Clinton, mantan Presiden Amerika Syarikat, hanya membuka butang seluar untuk Monica Lewinsky mengisap kemaluannya.
Rakyat Amerika terpaksa menanggung perbelanjaan USD40 juta untuk membiayai perbelanjaan suatu suruhanjaya yang mengkaji dan membuat keputusan memecat beliau sebagai Presiden.
Ini membuktikan, rakyat Amerika berfikiran liberal, yang berjiwa individualistis, yang memuja hedonisme tetapi berpegang pada ketinggian moral bagi para peneraju negara mereka.
Apakah rakyat Amerika akan menerima seorang homoseks sebagai calon Presiden?
Memang Anwar digoda oleh mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.
Anwar Mabuk Kuasa
Agenda Anwar Ibrahim
Siapa Anwar Sebenarnya
Anwar Pejuang Islam ?

No comments:

Post a Comment