ISMA : Anwar Bukan Lagi Pejuang Islam
AIDCNews – 12/10/12 – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi pejuang Islam sepertimana yang penah beliau lakukan sewaktu usia mudanya sebagai peneraju Persatauan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Katanya, prinsip Anwar hari ini mula diragui apabila beliau sering dilihat mengadakan pakatan ekstrim dengan kelompok-kelompok liberal di seluruh dunia, terbaru dengan Mubasyar Jawid Akbar, pengarah editorial majalah mingguan India Today.
“Kita mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejauh mana dia masih dengan perjuangan dia dulu yang mana dia dikenali sebagai pejuang Islam dalam negara ataupun di luar negara.
“Atau kini, dia telah meninggalkan perjuangan itu dan mengambil pendekatan yang berbeza,” katanya kepada media Isma.
Pada 2 Oktober lalu, Anwar menjemput sahabatnya dari India, Mubasyar Jawid Akbar dan melancarkan bukunya berjudul “Tinderbox:The Past and Future of Pakistan” di Royal Lake Club Kuala Lumpur.
Semasa majlis pelancaran itu, sahabat Anwar mengeluarkan kenyataan kontoversi dengan berkata,‘Islam (hanya) agama persaudaraan, dan bukan (untuk pembentukan) negara’, selain itu, pemikir liberal dari India itu turut menegaskan, ‘walaupun beliau seorang Islam, tetapi solat lima waktu tidak semestinya perlu dilakukannya’.
Kenyataan sahabat Anwar itu ditentang ramai pihak termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang berkata perjuangan Anwar bukan berasaskan Islam dan tidak sama dengan PAS.
Abdullah Zaik bersetuju dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS itu, namun begitu untuk memisahkan Anwar dengan PAS adalah tidak tepat kerana Anwar adalah Ketua Pakatan Rakyat (PR) yang turut didokong PAS.
“Datuk Haron Din kata jangan kaitkan..tetapi hakikatnya, PAS bersama PKR dan DAP dalam hal perjuangan mereka, jadi dua perkara yang sukar dilakukan.
“Macam mana tak mahu kaitkan, kalau PAS bersetuju melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. PAS bersetuju dengan dasar pemerintahan yang ada dalam PR yang tidak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan,” katanya.
Sementara itu, Abdullah Zaik dalam kenyataan di ismaweb.net menyeru orang ramai menolak fahaman liberal kerana ia bertentangan dengan fikrah Islam yang syumul.
“Hari ini kita bukan sahaja berhadapan dengan golongan kafir yang membawa agenda liberalisme, tetapi juga orang-orang Islam yang membawa fikrah liberal yang jauh lebih susah untuk ditentang.
“Barat sedang membentuk satu lapisan baru yang menganut fahaman liberal yang dipanggil golongan ‘muslim moderat’ bagi menggantikan kepimpinan status quo sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berkongsikan amanat yang diperolehi daripada bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Mustafa Masyhur kepada penggerak-penggerak Sekretariat Antarabangsa ISMA.
Menurutnya, antara pesanan lain Syeikh Mustafa Masyhur ialah sentiasa meletakkan cita-cita menegakkan pemerintahan Islam sebagai objektif utama.
“Sekarang ini semakin giat usaha untuk mencairkan istilah ‘keadilan’ yang mana mereka meletakkan asas keadilan bahawa orang bukan Islam dapat sama seperti apa orang Islam dapat, sedangkan ini adalah bertentangan dengan mafhum kerajaan atau pemerintahan Islam,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment