Monday, 22 October 2012

Nafsu Anwar Tetap Membara


Yahaya Ismail – Anwar tetap yakin bahawa dia menjadi mangsa konspirasi UMNO. Seperti singa tua yang luka, Anwar terus-menerus memberi arahan di belakang tembok penjara Sungai Buloh bahawa dia bukan homoseks. Dia pejuang Islam nombor wahid, pernah menjadi imam dan dipeluk ahlan wasahlan oleh sesetengah pemimpin Arab yang tertarik dengan karisma serta pidatonya yang berani menentang berbagai kemungkaran politik.
Parti Keadilan ditubuhkan dan dipimpin isterinya, Wan Azizah, dengan satu tujuan sahaja – memperjuangkan Anwar Ibrahim.
Demikianlah Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah, sanggup menemui beberapa pemimpin negara asing untuk mendedahkan keburukan kerajaan Malaysia dan mengemis sokongan agar mereka, para pemimpin asing akan menggunakan saluran diplomasi supaya suaminya dibebaskan.
Dia mungkin bersemangat dan berbusa nafsu bila Parti Keadilan menang lima kerusi dalam pilihanraya tahun 1999. Itu sebagai tanda bahawa ada sebahagian rakyat bersimpati dengannya dan memberi kemenangan lima kerusi untuk parti politik pimpinan isterinya yang baru setahun jagung usianya.
Rupa-rupanya poster mata lebam yang dijaja para penyokong Keadilan dan PAS membawa tuah. Mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri terus menguasai jiwa dan jasadnya. Tembok penjara Sungai Buloh tidak melunturkan semangatnya untuk berjuang merealisasikan mimpinya sebagai bakal Perdana Menteri.
Walaupun kemenangan parti-parti pembangkang mendapat kerusi yang agak banyak (PAS – 27, DAP – 10 dan Keadilan – 5), namun BN masih menguasai Parlimen dengan suara lebih dari dua pertiga.
Secara tidak langsung, kemenangan pembangkang yang “gemilang” memberi petunjuk bahawa kempen-kempen anti Mahathir dari pihak parti-parti pembangkang, mempunyai kesan kepada rakyat.
Banyak orang berpendapat, sudah sampai masanya Mahathir memberi selamat tinggal pada pentas politik. Jasanya banyak untuk bangsa, agama dan negara, tetapi sudah ada reaksi dari kalangan rakyat yang mendesak dia meletakkan jawatan.
Memang Mahathir mahu meletakkan jawatan. Pernah dia mengumumkannya sewaktu dalam Perhimpunan Agung UMNO yang menggemparkan masyarakat. Akhirnya dia menerima pujukan dari beberapa orang pemimpin untuk meneruskan perjuangan dan kempimpinannya. Dia akur. Namun, usia kepimpinannya tidak berpaut lama selepas pengisytiharaannya yang tidak diduga itu.
Mahathir pula berasa kecewa kerana selama lebih dua dekad menjadi Perdana Menteri, dia masih gagal mengubah pemikiran orang Melayu. Melayu, katanya mudah lupa.
Dia sudah bertekad, cukuplah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun. Sudah banyak jasa dan pengorbanan yang diberikan untuk negara, bangsa dan agama.
Dia telah berjaya memberi semangat baru kepada setiap warganegara Malaysia. Di bawah pimpinannya, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang dinamik, maju dan berpandangan jauh.
Wawasan 2020 untuk mentransformasikan Malaysia sebagai negara industri yang maju yang memadukan kekayaan teknologi dan materialisme dengan kemajuan di bidang kerohanian akan diteruskan oleh kepimpinan hari ini. Inilah sumbangan Mahathir di samping pembangunan dan kemajuan di berbagai bidang yang lain.
Dia memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lebih terkenal dengan nama Pak Lah, sebagai penggantinya di Putrajaya pada 2 September 2002. Kononnya ada semacam perjanjian yang tidak bertulis antara Mahathir dengan Pak Lah sewaktu menyerahkan kuasa kepada Pak Lah.
Kononnya Pak Lah harus menyerahkan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, setahun selepas bersemayam di Sri Perdana. Kononnya Pak Lah angguk dengan kemahuan Mahathir.
Bila kuasa bertukar tangan, Pak Lah menganggap dia sudah mendapat mandat untuk memimpin kerajaan dan parti. Maka, terpulang pada hemah dan budi bicara dia untuk berundur selepas setahun atau meneruskan kepimpinannya hingga menempuh pilihanraya yang baru.
Pak Lah ingin membuktikan kepada Mahathir dan juga seluruh rakyat Malaysia, bahawa dia mempunyai kewibawaan dan kemampuan menjadi Perdana Menteri yang terbaik dari segala Perdana Menteri.
Pada pilihanraya 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada kepimpinan Pak Lah. Pihak pembangkang yang memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah politik Malaysia pada pemilihan tahun 1999, tiba-tiba hilang sebahagian kerusi yang direbut dari BN.
Pak Lah berasa yakin bahawa kepimpinannya sebagai Mr Clean dan anak seorang ulama telah mendapat kemenangan besar bagi BN. Ini bermakna, rakyat Malaysia menerima baik kepimpinan Pak Lah.
Kemenangan yang maha hebat itu rupa-rupanya menjadikan Pak Lah lupa daratan dan hilang fokus untuk memajukan negara dan membahagiakan rakyat jelata. Dia lebih senang membincangkan hal ehwal negara dengan kaum keluarganya, anak-anak dan menantunya yang berlagak seperti kaduk naik junjung.
Amalan nepotisme paling menjolok sekali, di mana anak-anak dan menantu dan suku sakat Pak Lah memperlihatkan kekayaan, kuasa dan keangkuhan yang melampaui batas. Pak Lah dikatakan lebih banyak tidur dari jaga. Imej Pak Lah sebagai Perdana Menteri jatuh merudum.
Manusia yang paling kesal sekali melihat kepimpinan Pak Lah yang super lemah ialah Mahathir. Akhirnya dia terpaksa turun padang menemui rakyat mengecam kepimpinan Pak Lah yang dipilihnya sendiri sebagai lemah, tidak fokus, mementingkan kaum keluarga, anak-menantu, yang memalukan.
Barangkali, Mahathir kesal kerana Pak Lah tidak mendengar nasihatnya dan tidak menunaikan janjinya kepada mantan Perdana Menteri itu. Hubungan Mahathir dengan Pak Lah renggang.
Kritik-kritik tajam terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah mempengaruhi rakyat yang semakin membenci kepimpinan anak ulama yang menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai keluarga sendirian berhad!
Dalam satu interbiu dengan mantan Perdana Menteri di pejabatnya Menara Petronas, tingkat 86, saya bertanya kepada Tun Mahathir, mengapakah dia memilih Pak Lah sebagai penggantinya?
Dia anggap Pak Lah anak ulama dan mendapat gelaran Mr Clean, tentulah dia boleh menjadi Perdana Menteri yang berkesan dan amanah serta bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat Malaysia. Rupa-rupanya dia lebih mementingkan kaum keluarga, anak-anak dan menantu serta gagal menjadi ketua kerajaan yang baik. Mahathir kesal kerana dia salah memilih penggantinya.
Nampaknya Pak Lah tidak peduli apa orang lain kata, terutama sekali Mahathir, kerana dia sudah dikhayalkan oleh dongeng-dongeng dan nasihat anak-anak dan menantu yang dengan gelojoh menimbun harta dunia sebanyak mungkin selagi Pak Lah bernafas, suka tidur dan berkuasa.
Kebencian rakyat terhadap dia dan anak-anak dan menantu yang menguasainya, tidak dipedulikan. Sebagai pemimpin Islam Hadhari yang dipeloporinya, dia mungkin menganggap Allah akan melindunginya dan akan kekal berkuasa selagi nyawa dikandung badan, tidak sasau dan tidak gila.
Dendam Pak Lah terhadap Mahathir tetap membara, Anwar yang merengkuk dalam penjara dibebaskan dari hukuman meliwat atas isu teknikal oleh Mahkamah Persekutuan.
Kononnya menantu Pak Lah pernah berjumpa Anwar di penjara dan setelah dia keluar, tolong memberi passport kepada mantan penghuni penjara Sungai Buloh tersebut. Begitu baik sekali hubungan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin dengan Anwar.
Banyak orang berkata, tentulah tindakan menantunya itu mendapat restu dari Pak Lah. Ada orang berpendapat, ada semacam pengertian antara Anwar dengan Pak Lah yang mempunyai musuh politik yang sama – Mahathir.
Keluar saja dari penjara, Anwar sudah mula menjerit dan melolong “reformasi” sebagai mantera politiknya. Dia dilantik sebagai penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana isteri tercintanya Wan Azizah, kekal sebagai Presiden PKR.
Sejak Anwar menjadi penasihat PKR, Wan Azizah lebih banyak mendiamkan diri. Yang menonjol ialah suaminya yang memperlihatkan dirinya sebagai Presiden PKR, bukan penasihat PKR. Sebagai seorang penasihat, dia sudah menjadi pemimpin parti mengambil alih kedudukan isterinya, akhinya PKR adalah Anwar dan Anwar adalah PKR.
Ada orang berpendapat, kemenangan “gemilang” tiga parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PAS, Keadilan dan DAP) adalah kerana kehebatan dan sokongan kuat rakyat kepada Anwar yang kononnya menjadi mangsa konspirasi UMNO.
Itu hanya fantasi yang dijaja oleh para juak-juak Anwar untuk membersihkan Anwar dari tuduhan meliwat.
Sebenarnya kemenangan Pakatan Rakyat dengan 82 kerusi (sebelum beberapa orang Wakil Rakyat PKR keluar dari parti itu), disebabkan rakyat benci pada pimpinan Pak Lah yang dikuasai oleh anak-anak dan menantunya.
Kelemahan kepimpinan Pak Lah itulah yang menyebabkan BN hilang suara dua pertiga di Parlimen selepas pilihanraya ke 12 pada tahun 2008. Orang meluat pada Pak Lah, anak-anak dan menantunya yang lupa daratan, gila kuasa dan gila harta dunia.
Pelik bin hairan seorang anak ulama mendapat gelaran Mr Clean, juga pernah menjadi imam, tiba-tiba menjadi gelap mata bila kuasa ada di tangan.
Mahathir tentulah kecewa tak terkata bila melihat Mr Clean menjadi begitu rakus dalam kepimpinannya hingga dia terpaksa turun padang menentang kepimpinan Pak Lah yang dipilihnya sendiri!
Permusuhan antara Mahathir dengan Pak Lah begitu ketara sekali, hingga mantan Perdana Menteri itu gagal untuk menjadi salah seorang dari perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO.
Mahathir mempunyai pengaruh di kalangan rakyat walaupun sudah bersara dari politik. Justeru itu, sebahagian rakyat yang masih sayang kepada Mahathir dan membenci Pak Lah turut membuat perhitungan mereka sendiri.
Oleh kerana Pak Lah dan anak-anak serta menantunya tidak peka dengan kegelisahan dan kebencian yang meluap-luap di kalangan rakyat, maka sebahagian besar pegundi menukar selera politik dan memberi undi yang berharga kepada calon-calon Pakatan Rakyat.
Inilah yang dikatakan, marahkan pijat kelambu dibakar. Bila keputusan diumumkan, semua pihak terkejut beruk. Pihak pembangkang sendiri tidak menyangka mereka mendapat 82 kerusi dari 222 kawasan Parlimen. Maka hilanglah dua pertiga suara wakil-wakil rakyat BN di Parlimen.
Pak Lah baru sedar dari tidurnya. Sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Rupa-rupanya segala “khutbah” Islam Hadahari yang disodorkan kepada rakyat menjadi senjata makan tuan.
Pak Lah merancang untuk mengekalkan kuasa politiknya, tetapi Allah Yang Maha Berkuasa telah menunjukkan kepada umat manusia di Malaysia, bahawa Dia tidak merestui Islam Hadhari dan ditarik balik kuasa yang ada pada anak ulama dari Kepala Batas ini.
Banyak pihak berpendapat, Pak Lah, Perdana Menteri yang paling lemah di antara mantan Perdana Menteri. Malah ada yang berpendapat, Mahathir membuat pilihan yang salah bila Mr Clean menjadi penggantinya.
Mahathir menyesal tak sudah kerana kelemahan kepimpinan Pak Lah menyebabkan kerajaan BN menjadi lemah dan kepimpinan UMNO diperlekehkan rakyat. Tidak pernah dalam sejarah politik UMNO, kepimpinannya menjadi momokan rakyat semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri yang dikatakan orang, banyak tidur dari jaganya.
Anwar tidak banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah. Barangkali dia mengenang budi Pak Lah dan menantunya, membantu apa yang boleh untuk kembali aktif dalam politik tanah air.
Banyak orang berkata, sedikit sebanyak Pak Lah turut main peranan untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh. Mereka berkata, Pak Lah melepas singa luka yang membara dendamnya untuk memburu kuasa agar dia bersemayam di Putrajaya.
Anwar juga sedar, para pemimpin UMNO tidak akan menerima dia kembali ke dalam pelukan UMNO untuk menjadi pemimpin mereka. Tidak ada maaf bagimu Anwar untuk diterima dengan dada terbuka oleh 3.4 juta ahli UMNO.
Dia tidak ada jalan lain kecuali berhempas-pulas, bersilat dan berkuntau dalam PKR dan ahlan wasahlan bersama PAS dan DAP untuk merancang menggulingkan kerajaan BN melalui pilihanraya ke 13 nanti.
Pak Lah sedar, dia tidak boleh menentang Anwar, tidak ada umph dan hanya bergayut pada nasihat anak-anak dan menantu yang mencari kesempatan selagi Pak Lah masih tidur di Sri Perdana.
Barangkali, dia juga ada firasat bahawa dia tidak akan tinggal lama di Sri Perdana, memandangkan dia tidak mampu memberi kepimpinan yang berkesan dan dinamik seperti Mahathir.
Apakah ada pakatan sulit antara Anwar dengan Pak Lah? Kita tidak tahu tapi Allah Maha Mengetahui. Apakah tidak mungkin Pak Lah dan Anwar yang berjiran antara Permatang Pauh dan Kepala Batas, ada semacam pengertian untuk memberi peluang kepada Anwar menonjolkan dirinya sebagai tokoh alternatif kepada BN untuk memimpin kerajaan, memandangkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Pak Lah yang dikuasai oleh anak-beranaknya? Kita tidak tahu.
Saya masih teringat dalam pertemuan saya dengan Anwar di kediamannya di Damansara Height pada tahun 1993, saya bertanya pada Anwar, “Pasai apa you dengan Pak Lah bersenget hati. Di Pulau Pinang cuma ada dua orang pemimpin yang menjadi Menteri dalam UMNO.” Anwar menjawab, “Ya, hang bagitau Pak Lah, aku boleh minum teh tarik, duduk semeja dengannya. Hang bagitau kat Pak Lah.”
Seminggu lepas berjumpa Anwar, saya menemui Pak Lah sewaktu dia menjadi Menteri Luar. Saya bagitahu PakLah apa Anwar minta saya sampaikan kepadanya. “Betoi ka orang Anwar tak kacau Pak Lah seperti kata Anwar tu?”, saya tanya Pak Lah. Pak Lah tunduk sambil membelek tangannya lalu berkata, “Depan hang dia kata macam tu. Tapi kalau boleh, depa nak bunuh politik aku.” Itu kata Pak Lah sebelum dia disintuk limau oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Saya membawa kisah ini untuk menunjukkan kepada para pembaca, betapa liciknya Anwar bermain politik. Dia akan menabur janji, memberi keyakinan kepada berbagai puak bahawa dialah yang akan membawa angin perubahan dalam kehidupan rakyat, dan dialah yang akan menunaikan apa saja janji yang pernah ditabur seperti sang bomoh menabur bertih kepada berbagai golongan dalam masyarakat.
Pak Lah boleh melupakan segala derita dan sengsara dibuat Anwar sewaktu Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Dia pernah bercerita kepada saya, bahawa Anwar pernah megurangkan peruntukan Kementerian Luar kerana Pak Lah dianggap sebagai pencabarnya di Pulau Pinang dan dianggap seorang pemimpin yang juga mempunyai pengaruh di negeri boria itu.
Tapi Pak Lah dapat menghapuskan segala derita di tangan Anwar di masa lalu dan dia terpaksa bersekongkol dengan pencabarnya itu kerana kedua-duanya mempunyai musuh politik yang mereka amat membenci – Mahathir.
Jadi, janganlah hairan bin terkejut kalau Pak Lah dan Anwar bersama-sama menemui seorang ulama di Ulu Langat untuk mendapat nasihat dan berkat dari beliau, barangkali.
Anwar menjadi terlalu rakus dan super yakin bahawa kemenangan adalah di pihaknya. Dia mengeksploitasikan kebencian rakyat terhadap Pak Lah dan keluarganya semaksimum mungkin. Tidak perlu dia mengecam kepimpinan Pak Lah yang super lemah itu.
Penyakit tikam-menikam dalam tubuh UMNO sudah cukup lumayan untuk mengegarkan UMNO. Lebih-lebih lagi Mahathir sendiri mengecam Pak Lah dan menyesal memilih Wakil Rakyat dari Kepala Batas sebagai penggantinya.
Kepimpinan UMNO yang lemah menjadikan Anwar lebih bernafsu untuk menggulingkan kerajaan sekarang. Sebagai bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan, Anwar cukup mahir dan tahu hati budi pucuk pimpinan UMNO.
Walaupun Pak Lah lemah, namun tidak seorang pun pemimpin UMNO yang berani mengecam beliau kerana masing-masing ada kepentingan diri yang perlu dijaga. Di depan Pak Lah mereka angguk seperti keldai kenyang tapi di belakangnya, mereka kutuk beliau habis-habisan.
Hanya Mahathir, mantan Perdana Menteri yang berani turun padang mengecam Pak Lah tanpa maaf dan ampun. Malah, kebencian Mahathir terhadap Pak Lah begitu membuak hingga beliau sanggup keluar UMNO dan hanya kembali ke dalam pelukan parti itu setelah Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.
Kini, dia berhadapan dengan Datuk Seri Najib Razak yang kepimpinannya kini mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat. Najib sedar, dia tidak boleh disamakan dengan Pak Lah. Dia perlu mengangkat martabat dan kewibawaan UMNO yang tercemar oleh kepimpinan yang lemah di era Pak Lah.
Justeru, dia perlu berani membuat perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran negara agar rakyat kembali menjulang tinggi UMNO dan menyokong BN. Dia tidak ada waktu terlalu banyak untuk membuat perubahan sebelum menjelang pilihanraya nasional ke 13 pada tahun 2012 atau 2013 akan datang.
Dia perlu memulihkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO agar BN dapat kembali suara dua pertiga di Parlimen selepas pilihanraya akan datang.
Tanggungjawab Najib bukan mudah. Tidak ada jampi atau mantera yang boleh memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO khasnya kalau dia mengabaikan kepentingan Melayu. Bumiputera yang merupakan sokongan terkuat buat UMNO di kawasan-kawasan luar bandar.
Ini bermakna, UMNO akan menghadapi cabaran yang kuat dari PAS dan juga PKR yang juga mengharapkan sokongan besar dari orang Melayu. Walaupun PKR parti berbilang kaum, namun sebahagian besar dari ahli PKR dari kalangan Melayu.
Ketiga-tiga parti ini – UMNO, PAS dan PKR akan berentap bermati-matian untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Melayu di luar bandar.
Najib juga harus muhasabah dan sedar bahawa seluruh rakyat, khasnya Melayu, melihat setiap langkah politik yang dilaksanakannya. Dia harus juga melihat kelemahan dalam kepimpinannya dan bertindak tegas dan cepat untuk membaiki keadaan agar jangan dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang.
Umum mengetahui, bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya yang menentukan kepimpinan negara sejak merdeka hingga sekarang. Malah, pada masa depan juga Melayu akan menentukan arah tuju kerajaan sekiranya perpaduan Melayu utuh, kuat dan para pemimpin mereka tidak lemah dan kualiti kepimpinan dihormati ramai.
Walaupun UMNO mempunyai Perdana Menteri yang lemah di era Pak Lah, namun sebahagian besar rakyat masih yakin dengan kepimpinan UMNO. Malah, ujian yang besar berlaku dalam kepimpinan UMNO pada tahun 1987 sewaktu Tengku Razaleigh menentang Mahathir.
Walaupun UMNO kalah semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dalam pilihanraya 1990, namun Angkatan Perpaduan Ummah tidak mampu menumbangkan BN untuk mengambil alih kekuasaan negara.
Tengku Razaleigh, seorang tokoh politik yang berpengaruh dan dihormati ramai sanggup membubarkan Semangat 46 untuk kembali berjuang dalam UMNO. Beliau tidak pernah kalah dalam setiap pilihanraya tetapi tahu bahawa tidak ada suatu pasti politik Melayu yang boleh menandingi UMNO untuk menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan.
Tanya pada Anwar Ibrahim, apakah dia boleh menjadi Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, kalau dia bukan ahli UMNO? Apakah dia tidak menumpang habuan dan kekayaan yang diperolehi bapanya melalui UMNO? Hanya manusia munafik dan lupa diri sahaja yang boleh melupakan jasa-jasa besar UMNO terhadap keluarganya dan juga dirinya.
Dia boleh melolong, menjerit dan memaki-hamun UMNO setelah dia dipecat dari parti dan Kabinet. Dia boleh menghimpun ribuan para penyokong yang terpukau dengan retorikanya tetapi yang nyata, anak Pak Brahim ini sudah hilang harga diri dan lupa segala budi, kesenangan dan kerakusan berkuasa yang pernah dia nikmati sewaktu berada dalam UMNO.
Anwar seolah-olah seperti orang gila talak bila dipecat dari UMNO dan Kabinet. Dia merasakan, seolah-olah kuasa yang dipinjam Allah itu sebagai hak mutlaknya selagi nyawa dikandung badan, dia tidak sasau dan tidak gila.
Dia mempertikaikan kuasa Mahathir selaku Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO yang menyebabkan dia dipecat.
Umum mengetahui, termasuk kera dan lutung di hutan barangkali, bahawa Perdana Menteri berhak melantik dan menyingkir siapa saja dalam kabinetnya. Oleh kerana dia dianggap pemimpin anak emas Mahathir, maka terasalah kejatuhannya itu dari takhta kekuasaan sebagai suatu pukulan ko dalam mainan politik nasional.
Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dia terlalu over confident bahawa dia juga boleh menumbangkan Mahathir dari Putrajaya, kerana kononnya rakyat jelata sudah muak dengan Mahathir yang dianggap sebagai “mahafiraun” dan tidak mempunyai para pengikut dan penyokong yang banyak seperti dirinya.
Dia menganggap dirinya paling hebat kerana dapat melancarkan demonstrasi jalanan dengan ribuan para penyokong menjerit dan melolong slogan reformasi. Dia dibawa oleh arus ombak sokongan orang ramai bila mana dia memberi pidato berapi-api yang menaikkan semangat untuk dijadikan alat dalam mainan politiknya.
Dia berasa megah dan sombong menggilap zaman remajanya memimpin ribuan para pelajar untuk menunjuk perasaan menentang kerajaan pada tahun 1974 dalam peristiwa yang kononnya ada orang kampung di Baling, mati kelaparan makan ubi gajah.
Dia mencipta sendiri kekuatan politiknya, sanjungan rakyat yang tidak berbelah-bahagi kepadanya, kononnya akulah pemimpin nombor wahid yang akan mewarnai wajah politik Malaysia dengan warna aku sendiri!
Dia berbangga, bahawa Mahathir memberi kedudukan penting dalam UMNO dan Kabinet kerana takut padanya sebagai pemimpin muda yang jaringan para penyokongnya bukan saja banyak dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Oleh kerana Mahathir “takut” pada Anwar yang menjadi pejuang Islam dan mungkin menyertai PAS, maka dia diberi kedudukan yang tinggi dalam hieraki kepimpinan UMNO. Tidak sampai setahun masuk UMNO, dia sudah dapat menumbangkan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin untuk menjadi Ketua Pemuda.
Apakah para pemimpin UMNO yang lain boleh mencapai kuasa dan kedudukan tinggi dalam parti dan kerajaan dalam masa yang singkat? Tidak ada. Hanya Anwar yang menjadi anak emas Mahathir diberi kedudukan menjadi orang nombor dua terpenting dalam parti dan Kabinet.
Nafsu kuasa menguasai dirinya. Dia dikhayalkan dengan fantasinya bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi Perdana Menteri kelak dan akan menguasai segala-galanya.
Kata orang, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Kalau hendak dibandingkan perjuangan Mahathir dengan Anwar, sumbangan Mahathir untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara lebih terserlah dari apa yang didabik oleh Anwar.
Ingatlah, Mahathir pernah dipecat dari UMNO di era Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kerana menentang kepimpinan Tunku. Dia berkelana di pentas PAS dan juga dalam berbagai kampus untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan negara sebagai ahli politik tanpa parti.
Dia juga menulis buku Malay Dillema yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan dicap sebagai ultra Melayu. Buku itu pernah diharamkan di Malaysia.
Malah, sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, buku tersebut masih diharamkan di negaranya sendiri. Bila Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Mahathir dijemput semula menyertai UMNO dan terus bergiat hingga akhirnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Apa yang dilakukan Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sudah menjadi bahan sejarah dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Yang Anwar dan para juaknya mendabik dada ialah perjuangannya sewaktu memimpin ABIM dan mengadakan demonstrasi sehingga dia ditahan di bawah ISA.
Betul, dia dijemput menyertai UMNO dan diberi kedudukan dalam Kabinet. Tapi apakah sumbangannya yang paling besar sebagai ahli Kabinet, yang membuktikan kewibawaannya sebagai pemimpin politik lebih terserlah dari orang lain? Tidak ada.
Dia juga menjadi pemimpin pengekor angin, menari menurut rentak Mahathir.
Yang ketara kepada para pemimpin dan rakyat, dia membina jaringan penyokong yang taksub dalam UMNO mahu pun dalam kerajaan dan berbagai badan berkanun. Dia menawarkan pangkat, projek, pink form (saham-saham) pada pihak-pihak tertentu di samping menabur berbagai janji kepada berbagai golongan seperti dukun menabur bertih untuk menghalau hantu dan syaitan.
Tengku Razaleigh dan Musa Hitam juga tidak sehaluan dengan Mahathir. Mereka juga ada pengikut tetapi mereka tidak membina jalinan para penyokong seperti Anwar untuk merebut jawatan Perdana Menteri.
Pada pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987, Ku Li bergandingan dengan Musa Hitam menentang Mahathir dan Ghafar Baba. Mereka kalah sedikit sahaja hingga mencemaskan Mahathir dan rakan perkongsiannya Ghafar.
Mereka tidak menggunakan sokongan dari pemimpin-pemimpin asing untuk membantu mereka menentang Mahathir sepertimana yang dilakukan Anwar. Menang atau kalah atas sokongan para penyokong mereka dalam parti semata-mata. Dan yang paling afdal sekali, mereka sanggup bertarung untuk merebut jawatan parti melalui Perhimpunan Agung UMNO. Mereka tidak mengujudkan konspirasi sepertimana yang dilakukan Anwar.
Anwar tidak menggunakan saluran parti untuk menentang Mahathir. Dia main politik acilut. Dia diibaratkan baling batu sembunyi tangan. Depan angguk pada Mahathir macam keldai kenyang, tetapi di belakang Mahathir dia merancang berbagai strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Kalau dia pemimpin anak jantan seperti Ku Li dan Musa Hitam, tentulah dia berani menentang Mahathir untuk merebut jawatan Presiden UMNO sepertimana yang dia lakukan terhadap Ghafar. Tapi dia takut, kerana sokongan para perwakilan terhadap Mahathir masih kuat dan dia juga sangsi terhadap kesetiaan sebahagian besar dari perwakilan itu.
Dengan kata lain, dia gubra menghadapi Mahathir. Dia tahu dan sedar bahawa dia terhutang budi kepada Mahathir yang memberi peluang kepadanya menyertai Kabinet sehingga mencapai kedudukan penting sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Anwar seperti singa luka, menjadi marah kerana dipecat dari Kabinet dan parti yang telah memberi kepadanya nikmat hidup kuasa yang tak pernah dia mimipikan sewaktu menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM di masa lampau.
Takdirnya dia menyertai PAS, memakai kupiah lebai dan berhamburan dengan berbagai ayat dan mantera politik untuk memukau rakyat jelata, pasti dia tidak akan bermimpi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dia tahu bahawa tanpa UMNO, dia tidak akan menikmati kekayaan dan kemewahan serta kuasa yang dipinjamkan Allah kepadanya.
Anwar kecewa kerana agendanya patah di tengah jalan bila disingkir dari UMNO dan Kabinet. Sebenarnya dia menyesal atas tindakannya yang terburu-buru hendak menjadi bakal Perdana Menteri tanpa menunggu kata putus dari Mahathir.
Justeru itu, dia berpura-pura mengatakan dia menjadi mangsa konspirasi Mahathir dan orang-orangnya, atas alasan dia ingin menghapuskan korupsi, penyalahgunaan kuasa, melahirkan ketelusan dalam kepimpinan, menghapuskan kronisme dan nepotisme dan berbagai isme yang serba mulus untuk meraih sokongan dan simpati terhadapnya.
Apakah dia berjaya menghapuskan korupsi bila mana dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet menghapuskan korupsi? Apakah tindakan yang dia ambil terhadap Presiden MIC yang memberi 10 juta saham Telekom kepada dua buah syarikat modal berbayar RM2.00, yang kononnya dikuasai oleh anak Sammy Vellu sendiri?
Saya telah menulis sebuah buku, memberi senarai kroni-kroni Anwar yang mendapat berbagai projek kerajaan sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan. Sila baca buku saya berjudul, “Antara Kronisme, Nepotisme & Anwar,” (1999).
Saya teringat suatu peristiwa antara saya dengan Anwar. Ini berlaku dalam pilihanraya tahun 1990. Saya berucap dalam satu ceramah, berkempen untuk calon Angkatan Perpaduan Ummah di kawasan pilihanraya Permatang Pauh, kawasan Anwar.
Saya memberitahu ribuan para hadirin bahawa Anwar, waktu menjadi Ketua Pemuda UMNO, telah menerima derma dari tauke judi Genting Berhad, Lim Goh Tong sebanyak RM250 ribu.
Dia mengugut hendak menyaman saya, kerana kononnya saya membuat tuduhan palsu. Allah Maha Berkuasa, Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan mengakui Pemuda UMNO telah menerima derma sebanyak itu.
Saya syorkan kepada Anwar dalam ceramah itu, agar dia dan saya bersumpah di masjid Permatang Pauh dalam kawasan pilihanrayanya, bahawa dia tidak pernah menerima derma dari tauke judi tersebut.
Saya pergi ke masjid tersebut bersama-sama dengan para penyokong PAS dan Semangat 46. Tunggu punya tunggu, Anwar tidak datang juga! Kalau benar dia tidak menerima, mengapakah dia takut bersumpah di masjid? Inikah perjuangan seorang pemimpin Islam nombor wahid yang kononnya berjiwa Islam lahir dan batin?
Sesungguhnya Anwar seorang oportunis yang putus asa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dia merancang hendak menjatuhkan Perdana Menteri yang memberi kepadanya kedudukan dan kuasa dan dijanjikan sebagai penggantinya.
Tapi orang yang mengaku dirinya pejuang Islam nombor wahid, tidak sabar menunggu gilirannya. Dia gelojoh. Dia serba salah. Dia cemas. Dia hilang perhitungan. Dia tidak menyangka, Mahathir akan memecatnya dari parti dan kerajaan.
Dia fikir Mahathir akan tunduk kepada berbagai tekanan luar dan dalam untuk menyerahkan kuasa kepadanya. Dia lupa perjuangan Mahathir dalam UMNO adalah lebih hebat dan lebih kontroversial dari perjuangan pemuda dari Cheruk Tok Kun ini.
Mahathir tidak menafikan dia sayangkan Anwar dan mahu timbalannya menjadi penggantinya. Tetapi Mahathir tidak dapat menerima Anwar, bila mana dia dapati timbalannya itu seorang homoseks. Dia tidak mahu seorang homoseks yang kononnya pejuang Islam nombor wahid menjadi Perdana Menteri.
Dia tidak mahu menanggung dosa memilih seorang homoseks sebagai penggantinya. Biar apa pun terjadi, dia akan menentang Anwar habis-habisan kerana dia tidak tahu sewaktu menerima Anwar sebagai ahli parti dan ahli Kabinet, Anwar itu homoseks orangnya.
Allahyarham Tan Sri Megat Junid, pernah memberitahu saya dalam satu interview dengannya di kediamannya, bahawa Mahathir amat dukacita bila mengetahui Anwar seorang homoseks. Sebenarnya, menurut Megat Junid, Mahathir sudah bersiap-sedia untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar!
Pintu sudah tutup untuk Anwar kembali dalam UMNO. Mahu tidak mahu, dia harus berjuang di luar UMNO. Tidak ada lagi harapan jalan mudah menjadi Menteri, apalagi hendak menjadi bakal Perdana Menteri.
Dalam pilihanraya 2008, rakyat telah memberi amaran keras kepada BN, khasnya UMNO yang memimpin kerajaan, agar kembali ke pangkal jalan dan berjuang untuk kepentingan rakyat. Mereka memberi amaran kepada UMNO, bahawa mereka menolak kepimpinan yang lemah seperti Pak Lah yang celik menjaga kepentingan keluarga dan suku-sakatnya tetapi “tidur” memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.
Rakyat berharap agar Datuk Seri Najib mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya 2008. Jangan salah ibu mengandung kalau rakyat tidak berpihak kepada BN, oleh kerana pucuk pimpinannya dan para ahlinya persetankan teguran dan amaran mereka itu.
Jelas, rakyat muak dan benci kepimpinan Pak Lah yang tidak ada umph, lembik dihanyut oleh kuasa yang dia dan kaum keluarganya tidak pernah menikmati sebelum itu.
Najib dan para kabilahnya diberi ingatan agar jangan sekali-kali membelakangkan rakyat, khasnya Melayu dan Bumiputera yang menjadi penyokong kuat UMNO sejak merdeka hingga sekarang.
Sebenarnya, pihak pembangkang juga terkejut dengan sokongan rakyat yang berani menukar selera politik mereka setelah sekian lama memberi dukungan dan sokongan kepada UMNO/BN sejak merdeka lagi.
Para pemimpin UMNO/BN terkejut beruk, tidak menyangka BN akan hilang suara dua-pertiga di Parlimen dan lima buah kerajaan negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Najib perlu memulih semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya setelah Pak Lah ditolak mereka sebagai Perdana Menteri yang super lemah. Dia mesti bersungguh-sungguh menyakinkan rakyat bahawa slogan “rakyat didahulukan” itu bukan retorika kosong tetapi dilaksanakan sepenuhnya.
Hari ini terdapat enam juta pengundi muda yang terpelajar mula mengundi. Mereka tidak mudah dibeli dengan berbagai janji yang tak ditepati. Juga mereka tidak mudah terpengaruh dengan berbagai slogan yang dilontarkan di tengah-tengah rakyat.
Hubaya-hubaya menghadapi karenah dan idealisme orang muda. Mantera politik dengan slogan-slogan lusuh atau kitar semula, sukar mengetuk hati budi bicara anak-anak muda yang terdedah dengan dunia internet, informasi tanpa sempadan dari berbagai bloggers yang membicarakan hal ehwal semasa dengan berbagai fakta dan pendedahan dari siasatan mereka dari multi sudut.
Anwar tentu bermimpi di siang hari bahawa golongan muda akan berpihak kepadanya. Tunggu dulu. Mereka tidak taksub pada Anwar dan tidak telan bulat-bulat segala nista dan kecamannya terhadap BN.
Dulu mungkin mereka kagum dan bersimpati dengannya setelah dipecat dari kerajaan dan UMNO. Tapi golongan terpelajar dan rakyat jelata sudah tahu banyak kisah dan skandal Anwar yang menjadikan mereka tidak sehaluan dengan perjuangannya lagi.
Seperti orang yang hampir lemas, Anwar akan berhempas pulas dan berpaut pada apa sekalipun untuk survivalnya. Setiap detik yang berlalu membawa kecemasan pada dirinya. Dia akan bermimpi berbagai bala yang akan menimpa, pintu penjara yang akan terbuka. Jalan ke Putrajaya semakin sayup, penuh dengan ranjau yang sukar dilaluinya.
Tapi orang yang bernama Anwar dari Cheruk Tok Kun ini akan terus bersilat dan berkuntau, menjaja janji-janjinya dalam slogan reformasinya dalam dan luar negara.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, Pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.
Anwar Terjerat Dalam Mimpinya
Anwar Mabuk Kuasa
Agenda Anwar Ibrahim
Siapa Anwar Sebenarnya
Anwar Pejuang Islam ?

Anwar & Parti Keadilan Dari Kaca Mata Dr Chandra



AIDCNews – 20/10/12 – Antarapos merakamkan luahan Profesor Dr Chandra Muzaffar dari Parti Keadilan Nasional dari tahun 1999 hingga meletakkan jawatan pada tahun 2001.
Dr Chandra bercakap terus terang dari isi hatinya. Ikutilah pendedahan beliau dengan menonton video di atas.
Dr Chandra Nafi ‘Kena Beli’
Dr Chandra: Kelemahan Utama Anwar, Nafsu Kuasanya
Dr Chandra : Anwar Terus Jadi Boneka Amerika, Israel

PAS Mentarbiyah Atau Ditarbiyah DAP ?


Lee Boon Chye

Helen Ang- Perhatikan bahawa para politikus bukan Islam yang paling suka Occupy Masjid bukan orang lama seperti Kit Siang atau Karpal tetapi kelompok evangelis mereka tidak kira lelaki atau wanita.

Siapa yang masuk surau?

“Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan MENYERANG satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.”
Baca seterusnya di portal Perak Today -Ahli Parlimen Gopeng berlagak ala samseng, ganggu majlis agama Cina‘.
Gambar di bawah diperolehi dari blog Cucu Tok Selampit.
Sedang duduk bersama mukmin adalah Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Teja, Chang Lih Kang.
Lee Boon Chye, Chan Ming Kai dan Chang Lih Kang
Chang Lih Kang bertekak leher dengan polis

Aksi Chan Ming Kai menyergah Speaker ketika sidang DUN — baca laporan Berita Harian,Adun PKR Perak “serang” Speaker‘.

Adakah ianya pelik YB-YB yang paling agresif lah yang paling suka masuk masjid?

Pasangan sepupu evangelis James Ngeh Koo Ham dan David Nga Kor Ming(bawah) tidak payah diperkenalkan lagi kepada pembaca.
Sumber gambar: Blog Idealis Malaysia

Hannah Yeoh bertudung lagi. Adakah perlu dia bertudung jika bukan berada di dalam masjid?
Sila baca The Unspinners — di depan si evangelis berlakon tutup aurat, di belakang pula mengata

Hanya PAS akan terpedaya

Leka berurut sambil bogel‘ — laporan Sinar Harian (1 Ogos 2012) tentang serbuan rumah urut di Subang Jaya.
Di Subang Jaya ada 69 rumah urut berlesen. Antara yang beroperasi secara haram ada juga yang mengupah perempuan-perempuan Siam tanpa permit kerja —laporan Harian Metro.
Seperti diketahui umum, sarang-sarang maksiat telah meledak semenjak Pakatan memerintah Selangor.
Orang PAS terlalu lurus bendul agaknya. Apabila melangkah ke tempat-tempat licik seperti Subang Jaya, mereka ibarat rusa masuk kampung (ungkapan dalam bahasa Inggeris yang setimpal ialah “deer in the headlights”).
Kalau orang PAS ini disejukkan hati dengan puji-pujian – “Ooooh, abang so hansem” atau “Rasa-rasanya bang cukup hebat untuk dilantik Pak Menteri” dsb – maka cair lah mereka dan mula lah mereka menggelar Tokong sebagai “Khalifah Umar” dan menganggap DAP sudah diberikan hidayah.
Screenshot bawah: Contoh cara untuk mem’butter’-bodek lebai-lebai PAS yang hansem and layak menjadi VIP dan YB supaya berfikir mereka sudah berjaya mentarbiyah si Kristian dalam Pakatan.

13 Mei 1969 : Mabuk Kemenangan & Api Menyala Malam


AIDCNews -19/10/12 – Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api menyala Malam”, dalam buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969, pengarangnya, bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah 13 Mei 1969.
Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2), namun prestasi parti pembangkang khususnya parti dominasi Cina menunjukkan peningkatan.
Di kalangan parti pembangkang, DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi.
Ketika itu parti-parti pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan dan bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.
Parti Gerakan dan DAP yang berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dan kerana penentangan secara agresif itu menyebabkan kedua-dua parti itu disokong oleh masyarakat Cina.
Seterusnya, Tunku Abdul Rahman menceritakan detik-detik selepas PRU ke-3 sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
Berikut diserta lampiran tulisan Tunku Abdul Rahman.
MABUK KEMENANGAN
Sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas tadi, keputusan pilihanraya pada kali ini sangat memeranjatkan semua pihak parti-parti politik. Saya percaya, mereka yang sangat terperanjat sekali ialah DAP dan Parti Baru Gerakan di atas kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka.
Mereka terus merasa sombong dan bongkak.
Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh disalahkan jika pelawat-pelawat dari luar negeri menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi pilihanraya tersebut pada keseluruhannya.
Dengan tidak berlengah lagi, parti-parti tersebut mengaturkan perayaan menyambut “kemenangan” mereka.
Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor, dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli Parti Gerakan.
Satu permit telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh polis.
DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada keesokan harinya, iaitu hari Selasa, 13 Mei 1969, tetapi tidak mendapat kebenaran polis. Cadangan itu tidak diteruskan tetapi DAP turut serta dalam perarakan parti Gerakan.
Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, dalam catatan kenyataannya melaporkan seperti berikut mengenai permohonan Dr Tan itu:
“Pada 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon telah menelefon saya dan meminta kebenaran hendak mengadakan satu perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihanrayanya sahaja iaitu kawasan Batu, Sentul dan Jalan Ipoh. Dia hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di jalan Broderick. Dia hendak memulakannya dari pukul 7.00 petang. Bilangan orang yang akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 orang dan akan diadakan juga perarakan bermotor.
“Kemudian, saya telah berunding dengan Encik Mansor mengenai jalan-jalan yang hendak dilalui dan juga waktu bagi perarakan itu dan telah mengambil keputusan (oleh kerana jam 4.30 petang iaitu waktu yang sangat sibuk untuk lalu lintas) maka kami fikir perarakan itu sepatutnya dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai.
“Saya telah menerangkan kepada Dr Tan Chee Khoon berkenaan hal ini. Dia bersetuju tetapi dia minta supaya perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu mula pun telah dilambatkan satu jam. Kami bersetuju dengan permintaannya itu dan satu lesen telah dikeluarkan atas namanya.”

Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr Tan itu merupakan satu cara yang belum pernah dilakukan lagi sebelum ini.
Setelah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh dengan perbuatan, kelakuan biadab dan samseng telah diadakan. Mereka telah melanggar perintah polis dengan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebenaran sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas.
Perasaan gila kemenangan semakin memuncak dan tidak terkawal lagi. Dan pihak Komunis pasti akan mengambil kesempatan untuk menghasut dan menghangatkan lagi perasaan mereka. Pemimpin yang menang pilihanraya itu telah melakukan kesilapan yang besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab di atas kejadian itu.
Perarakan haram ini menghala ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan masuk ke Kampung Bharu, di mana 30,000 orang Melayu hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sejak bertahun-tahun lagi.
Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di Kampung Bharu. Di sepanjang jalan itu, mereka bertempik sorak.
Dan apabila mereka berada di kawasan orang Melayu, mereka mengejek-ejek dan menunjuk-nunjuk kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan ini di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.
Encik Mansor bin Mohd Noor dalam satu kenyataannya telah melaporkan seperti berikut:
“Satu kumpulan dari mereka kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang daripada mereka melaungkan perkataan “Melayu mati” di hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis yang disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang berada dalam kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata telah membuat laporan di atas kelakuan biadab dan tidak sopan itu.
“Selepas itu, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Salah satu darinya telah pergi ke Jalan Mountbatten dengan menahan kereta-kereta orang Melayu dan memaki hamun mereka dengan tujuan hendak menghina mereka.
“Mereka juga mengancam hendak menonyoh mata anak perempuan OCPD sendiri yang berumur kira-kira tujuh belas tahun. Sambil itu mereka berkata, “Engkau Melayu bodoh,” “Tidak kuasa.” Seorang pemuda Melayu telah melaporkan di Ibu Pejabat Polis yang dia dipukul oleh tiga orang Cina di Foch Avenue.”
Encik Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan iaitu Yang Dipertua Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan haram itu menganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pada hari Selasa, 13 Mei 1969, dia meminta maaf secara terbuka dalam akhbar-akhbar di atas kelakuan penyokong-penyokong partinya yang menyusahkan orang ramai, tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang-orang Melayu.
Memang patut dia meminta maaf kerana selepas perarakan Dr Tan itu bersurai pada jam 8.00 malam seperti yang telah dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram seperti yang tercatat dalam laporan polis.

Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan tidak dapat mengawal perasaan pengikut-pengikutnya, bahkan mereka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang bertanggungjawab menghidupkan perasaan itu.
Setelah perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan kemenangan mereka dan dua lagi perarakan haram dimulakan.
Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur melaporkan dalam satu kenyataan yang dicatatkan seperti berikut:
“Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10 malam dan saya terima maklumat bahawa Yeoh Teck Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit Bintang dengan tidak mendapat kebenaran.
“Satu lagi perarakan datang dari Petaling Jaya yang dikepalai oleh David, juga tidak mendapat kebenaran (Encik V. David dari Parti Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor iaitu negerinya sendiri).
“Saya telah beri arahan supaya kedua-dua perarakan ini mesti berhenti kerana tidak ada kebenaran polis. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk menyuraikannya.
“Sementara itu, perarakan di Bukit Bintang itu telah bersurai tetapi perarakan yang diketuai oleh David telah pergi ke Hotel Peking (di Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda India sedang menunggu. Pasukan FRU dihantar ke sana untuk menyuraikan mereka.

“Kemudian, David cuba berhubung dengan Ketua Pegawai Polis, tetapi tidak berjaya; dia kemudiannya berhubung dengan saya. Dia beritahu saya supaya jangan menghantar anggota-anggota polis FRU untuk menimbulkan provokasi di kalangan penyokong-penyokongnya. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 12.05 pagi, 13 Mei 1969.
“Saya beritahu kepadanya, bahawa penyokong-penyokongnya (mereka nyata sedang mabuk kemenangan dan mabuk todi) telah menganggu ketenteraman orang lain dengan membuat bising dan saya menerima beberapa panggilan telefon yang mengadu tentang hal ini. Saya beritahu kepadanya lagi, bahawa perhimpunan itu mesti bersurai kerana jika tidak, mereka akan disuraikan dengan paksa.
“Dia tanya sama ada saya kenal dia atau tidak. Saya jawab, saya kenal dia sebagai Encik David. Dia kemudian berkata, dia seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih. Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting bagi saya ialah dia mesti beritahu kepada penyokong-penyokongnya supaya bersurai, kerana jika tidak anggota-anggota FRU akan menyuraikannya. Dia terus berkata, “Pergi berambus FRU, kamu anak haram!” dan terus menghentakkan telefon.
“Sebahagian dari perarakan itu menuju ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan polis.
“Sebuah lori yang membawa penyokong-penyokong Gerakan bertempik sorak sambil mengelilingi Sentul, tetapi telah ditahan oleh polis kerana lori tersebut tidak ada permit pengangkutan.

“Dari apa yang dapat dilihat, DAP juga turut terlibat dalam perarakan itu tetapi susah hendak mengenalpasti mereka kecuali dari cogan kata parti mereka. Sukar dikatakan siapakah yang patut disalahkan. Tetapi pada perasaan saya, kedua-dua parti iaitu Gerakan dan DAP patut disalahkan kerana menimbulkan perbuatan kacau yang boleh mengugat keamanan. Jika polis tidak segera bertindak, maka kekacauan mungkin telah berlaku.”
Patut diambil perhatian bahawa, kedua-dua perarakan yang disebut oleh Encik Abu Bakar dalam kenyataannya itu berlaku tanpa mendapat kebenaran polis.
Jika parti Gerakan benar-benar hendak mengadakan perarakan kemenangannya, maka bagaimana pula boleh timbul perbuatan tunjuk perasaan pada malam itu?
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Encik Abu Bakar, kedua-dua perarakan itu telah bersurai, tetapi kelakuan-kelakuan liar dan perbuatan-perbuatan menyakitkan hati terus-menerus dilakukan. Perarakan itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk tunjuk perasaan di tiga bahagian Kuala Lumpur – Brickfields, Pudu dan Sentul.
Kawasan-kawasan ini terletak di bahagian Selatan, Tengah dan Utara Kuala Lumpur yang jaraknya di antara kawasan pertama (Selatan) dengan kawasan ketiga (Utara) hampir tujuh batu. Tunjuk perasaan ini berlangsung sehingga ke tengah malam.
Saya rasa tidak syak lagi, tunjuk perasaan yang diadakan di pelbagai tempat berasingan ini bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana di bandar Kuala Lumpur yang telah pun ada tanda-tanda ketegangan.
API MENYALA MALAM
Saya pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Star kira-kira tengah hari pada hari Selasa, 13 Mei 1969, iaitu hari yang mengubah nasib bangsa dan negara kita.
Ketua Setiausaha Sulit saya memberitahu saya yang dia menerima perkhabaran bahawa satu tindakan balas seakan tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang Melayu di Kuala Lumpur yang sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina yang biadab, dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei 1969.
Dia memberitahu saya, bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan parti dan mereka yang mengambil bahagian akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Haji Idris di Jalan Raja Muda.
Perarakan itu akan bermula di rumah Menteri Besar. Menurut aturcara mereka, Menteri Besar dijadualkan berucap kepada peserta himpunan itu sebelum memulakan perarakan.
Pada petang itu juga, Tun Tan Siew Sin, Encik Khaw Kai Boh, Dr Lim Swee Aun dan Tan Sri T.H Tan datang berjumpa saya di Residency untuk melahirkan perasaan sedih MCA tentang keputusan pilihanraya.
Mereka menyatakan bahawa orang-orang Cina telah hilang kepercayaan kepada pimpinan MCA. Dengan keadaan demikian, mereka berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi mereka berada dalam Kabinet kerana mereka tidak lagi mewakili orang Cina.
Saya menjawab, Kabinet akan kerugian besar sekiranya mereka (MCA) tidak berada dalam Kabinet memandangkan jasa mereka kepada negara dan Parti Perikatan sebelum ini sangat dihargai.
Saya berkata bahawa, mungkin mereka akan masuk balik dalam kerajaan pada masa akan datang tetapi saya menasihati supaya mereka mengambil masa untuk berfikir tentang keputusan tersebut.
Selepas itu, kami berbincang ha-hal yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas seperti perarakan mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan Gerakan dan tunjuk perasaan haram.
Kemudian rombongan MCA tersebut meninggalkan saya. Tetapi saya masih memikirkan sikap orang-orang Cina yang mengecewakan pemimpin-pemimpin yang telah berkhidmat kepada mereka dan negara dengan cemerlang dan sikap yang ditunjukkan begitu, apakah yang bakal berlaku di kemudian hari?
Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh Gerakan pada 12 Mei 1969, bukan sahaja menimbulkan perasaan marah orang-orang Melayu, bahkan juga menyakitkan hati mereka.
Saya sendiri bimbang perarakan yang akan dilakukan oleh UMNO itu mungkin boleh membawa kekacauan. Pada waktu itu, tidak dapat ditahan lagi keinginan ahli-ahli UMNO untuk mengadakan perarakan kerana pihak pembangkang telah pun mengadakan perarakan mereka.
Selain itu, UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan perarakan tersebut. Saya cuma mampu berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala, semoga tidak berlaku sebarang kejadian buruk.
Kemudian, Tun Sambanthan datang berjumpa saya. Kami berbincang mengenai keputusan pilihanraya. Meski pun dia melakukan sedaya-upaya untuk berkhidmat bagi kepentingan kaum India, Tun Sambathan juga turut merasai bahawa MIC telah hilang sokongan orang India di sesetengah kawasan dalam pilihanraya itu.
Beliau juga memikirkan sama ada MIC masih patut berada dalam Kabinet untuk mewakili kaum India atau sebaliknya setelah melihat sikap MCA yang ketika itu tidak mahu menyertai Kabinet lagi.
Saya menasihati beliau dan juga Encik Manickavasagam supaya terus berada dalam Kabinet demi kepentingan Perikatan dan bangsa India. Saya berasa gembira kerana Tun Sambanthan menerima nasihat saya itu.
Semasa kami masih berbual, satu panggilan telefon diterima pada jam 6.45 petang yang menyatakan bahawa satu kejadian ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda iaitu orang Cina diserang.

Tidak lama kemudian, Encik Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur dan beberapa orang datang berjumpa saya dengan memberitahu bahawa kejadian pembunuhan telah berlaku.
Bandar Kuala Lumpur terus diisytiharkan perintah berkurung mulai jam 7.00 petang. Pasukan keselamatan ditugaskan mengawal dan askar-askar dipanggil untuk membantu.

Saya beritahu kepada mereka bahawa saya mahu ke tempat kejadian pembunuhan itu untuk melihat sendiri, tetapi saya dinasihatkan agar ke Ibu Pejabat Polis untuk mendengar laporan terkini dari semasa ke semasa.
Setelah menunaikan sembahyang Maghrib, saya terus ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Jalan Bandar. Selepas saya mendengar laporan-laporan oleh pihak polis, saya pulang ke Residency untuk makan malam dan saya minta supaya Radio Malaysia menghantar seorang pegawainya merakamkan ucapan saya untuk disiarkan.
Dua jam kemudian iaitu pada 9.30 malam, pegawai tersebut datang ke kediaman saya. Ketika itu, saya berada dalam keadaan yang amat sedih dan sukar untuk berfikir. Tetapi saya sedar bahawa satu tindakan harus diambil dengan serta-merta, maka saya terus merakamkan ucapan saya tanpa membuat sebarang persediaan.
Berikut merupakan ucapan saya pada malam yang malang itu:
UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13 MEI 1969
“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan-pasukan keselamatan telah pun mengawal di serata tempat dan penjuru-penjuru jalan.
Dengan keadan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat ataupun state emergency di serata negeri lagi sekiranya wajib dibuat demikian kerana untuk menjaga keamanan negeri, nyawa dan harta benda.
Ini menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankannya dengan kuasa yang saya ada ini.
Saya minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan negeri kita ini dan penduduk-penduduknya.
Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang dilakukan oleh parti pembangkang semalam adalah sesuatu yang tidak diingini dan saya berpegang serta menuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi tindakan balas-membalas bukanlah boleh membawa kebaikan.
Saya berasa sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana selama dua bulan saya melawat negeri-negeri dengan memberi ucapan yang mengingatkan kepada penduduk tentang dakyah anti-bangsa iaitu yang boleh menimbulkan pergaduhan besar di antara bangsa-bangsa di negara kita ini.
Oleh sebab negara ini adalah berbilang bangsa, saya merasai hal seperti ini akan berlaku iaitu pergaduhan seperti ini akan berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun dalam cara yang sederhana.
Mereka yang bertanggungjawab mestilah menjalankan kewajipan mereka supaya keadaan ini tidak merebak. Setiap kawasan harus mewujudkan jawatankuasa muhibah yang boleh menjaga keselamatan dan adanya perasaan baik wasangka sesama kaum.
Negara ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Mereka yang ikhlas dan jujur, tolong saya untuk sama-sama menjaga negara ini daripada timbulnya perkara-perkara yang bahaya. Negara yang kita kasihi ini memerlukan pertolongan tuan-tuan sekalian.
Saya doakan kehadrat Subhanahu Wa Taala, selamatkanlah semua penduduk sekalian!”.
Selepas itu saya ke Telivisyen Malaysia. Setibanya saya di sana, saya terus berucap yang disiarkan ketika rancangan diminati ramai ke udara.
Ketika berhadapan kamera telivisyen, perasaan saya bercampur-aduk sehinggakan kadang-kadang saya sukar untuk mengeluarkan sesuatu perkataan. Tetapi oleh kerana azam yang kuat, saya berjaya juga memberi ucapan dalam bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang telah dirakamkan di Residency. Pada ketika itu jam menunjukkan 10.32 malam.
Kira-kira jam 11.00 malam, semasa saya dalam perjalanan pulang ke Residency, saya terfikir untuk ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Bandar sekali lagi dan meminta pemandu saya berpatah balik ke sana.
Semasa kereta saya menyusuri masuk jalan kecil yang menghala ke Jalan Bandar, saya ternampak beberapa orang samseng. Tetapi mereka melarikan diri apabila melihat kereta saya.
Sehingga ke pagi saya berada di Ibu Pejabat Polis. Peristiwa yang berlaku petang tadi tidaklah mudah untuk saya lupa seumur hidup.
Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan peristiwa sedih yang menimpa ibu kota negara kita yang aman ini. Saya merasa gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan malam saya di atas tikar sembahyang untuk berdoa kepada Allah.
Saya berdiri di beranda bilik saya dan melihat suasana bandar sambil memerhatikan api yang masih menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran dengan Kampung Baharu dan di sebelah Utara Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur menjadi bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah pandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya.
Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya selama ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman serta menghancurkan impian saya menjadi Perdana Menteri yang terbaik di dunia.
Ketika saya memerhati api yang menjulang tinggi itu, terbayang-bayang di mata saya kejadian-kejadian dahsyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan ini dan saya terkenangkan kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka ini.
Ketika itu, saya sedar dan insaf bahawa jika difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa buruk ini, maka perlulah dikaji satu-persatu kejadian-kejadian yang lepas.
Pada hari tersebut, saya menerima laporan-laporan mengenai perarakan Gerakan yang diadakan kelmarin.
Mereka melemparkan kata-kata nista kepada orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah ditenggelamkan.
Semua perkara ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian dari punca berlakunya rusuhan itu.

Kelakuan keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu memang melampaui batas kesopanan manusia, sehingga menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di kalangan orang Melayu.

Sebab itulah ahli-ahli UMNO berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei 1969. Sebagai Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Dato’ Harun bersetuju dengan permintaan ahli-ahli parti untuk mengadakan perarakan yang sama bagi merayakan kemenangan Perikatan. Oleh kerana kebenaran telah pun diperolehi, maka perarakan itu mestilah dilakukan sepertimana yang telah diatur.
Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato’ Harun, tiba-tiba satu perkhabaran yang diterima menyatakan bahawa orang-orang Cina telah menyerang orang-orang Melayu di Setapak yang dalam perjalanan menyertai perarakan tersebut, kira-kira satu atau dua batu menghala ke Utara.
Perkhabaran itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu yang sedang berhimpun dan mereka terus mengamuk tanpa boleh dikawal lagi.
Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menaiki motorsikal telah diserang dan dibunuh. Oleh itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang menyebabkan kekacauan yang belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.
Perlu diceritakan juga tentang kejadian-kejadian lain yang berlaku sebelum petang 13 Mei 1969 di Jalan Ipoh iaitu jalan utama menghala ke Utara.
Beberapa hari sebelum rusuhan itu, seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu melaporkan kepada saya bahawa terdapat bas yang datang dari Utara, contohnya Selayang (kira-kira 20 batu jauhnya) ditahan oleh sekumpulan pemuda Cina untuk mencari orang-orang Melayu sambil melaungkan perkataan “Darah Bayar Darah.” Perkataan seperti inilah yang kedengaran semasa perarakan mayat (pemuda Cina dari Parti Buruh yang terbunuh).
Dengan ini, bolehlah dikatakan bahawa peristiwa 13 Mei sebenarnya dicetuskan oleh pemuda-pemuda Cina Komunis; pemuda-pemuda ini kemungkinan orang yang sama dalam perarakan mayat itu atau sebangsa dengan mereka.
Tulisan “Darah Bayar Darah” ialah di antara cogan kata yang tertulis di sepanduk semasa perarakan mayat oleh pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei 1969; inilah cogan kata yang dilaungkan oleh mereka sepanjang perarakan itu.
Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogan kata “Darah Bayar Darah” dan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab ahli-ahli Gerakan dan DAP semasa mengadakan perarakan kemenangan, dan juga tunjuk perasaan oleh samseng-samseng yang diadakan kemudiannya, adalah unsur-unsur tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Tatkala saya termenung di beranda, saya teringat kembali sekitar tahun 1948 di mana pihak British ketika itu tidak segera mengambil tindakan terhadap pengacau-pengacau. Kecuaian mereka itu menyebabkan berlakunya darurat sehingga mengorbankan banyak nyawa dan harta benda musnah.
Selama sepuluh tahun keganasan berlaku semasa darurat iaitu di bawah pentadbiran penjajah dan dua tahun di bawah kerajaan Malaya yang merdeka.
Kebinasaan dan kecelakaan yang menimpa negara dan rakyat semasa darurat disebabkan pihak penjajah tidak mahu mengambil tindakan yang keras terhadap pengacau dari awal lagi.
Maka jelaslah kepada saya, bahawa jika tiada tindakan diambil dengan segera, seperti tanda-tanda semasa kempen pilihanraya dan rusuhan bakar-membakar yang sedang dilakukan ketika ini di Kuala Lumpur, kecelakaan yang sama akan berulang lagi seperti tahun 1948.
Oleh itu, saya segera membuat keputusan supaya kerajaan mesti bertindak dengan cepat dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menghalang kekacauan di Kuala Lumpur menjadi lebih buruk lagi atau merebak ke seluruh negeri.
Tindakan ini perlu diambil sekiranya kita mahu kekacauan ini cepat berakhir – sebagaimana ianya cepat tercetus, secepat itulah ianya terpadam.
Saya juga berazam dengan rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan nanti, adalah tindakan kesan jangka panjang supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang.
Tidak ada sesiapa pun mahu kejadian ini berulang lagi sama ada ianya orang Cina, India ataupun Melayu.
Tidak ada sesiapa pun rakyat Malaysia, suka melihat negaranya yang aman ini terjerumus ke lembah kekacauan kecuali Komunis dan mereka yang bersimpati dengannya serta ahli-ahli politik yang bersubahat dengan anasir ini ataupun membiarkan diri mereka digunakan oleh anasir tersebut demi kepentingan politik mereka.
Sesungguhnya, setelah menikmati kejayaan, keamanan dan kemakmuran selepas merdeka, kecelakaan seperti ini tentulah dianggap bencana yang amat dahsyat.
Tunku Abdul Rahman : Provokasi Komunis, ‘Pahlawan Merah’ Punca Tercetus 13 Mei

The End of Lim Dynasty…


stopthelies – Anwar Ibrahim made a promise that the coming general election would be his last. He will go for a broke, means that if he fails to wrest Putrajaya from Barisan Nasional, his political career will come to an end.
For similar reasons, DAP stalwart Lim Kit Siang too will have to proof his worthiness as the party’s supreme leader. Should Pakatan Rakyat fails to make it, he should as well bid farewell to Malaysian politics, for good!
Why?
Lim’s dynasty which has been leading DAP for a long, long time might have to face a new threat in the party’s National Congress expected to be held on December 2012.
DAP leaders are so fond of reminding BN about the change of mindset among the rakyat, that the rakyat would like to see changes in Putrajaya. So, DAP members should also be prepared to face similar ambience.
Thus, like it or not, this old dynasty might have to accept the fact that as time evolves, DAP members are beginning to have a change of mind and heart.
Today, iron-fist leadership can no longer guarantee continuous power.
Few of those who are expected to challenge Lim Guan Eng for the Secretary General post include Teng Chang Khim, Speaker for Selangor State Assembly and also a party committee member.
It is no longer a secret that Teng Chang Khim would be among those who got the guts and balls to go against ‘the one way street’, against the tradition set by Lim and Karpal Singh about 30 years ago – that is not to challenge the party’s highest authority!
Teng is said to be leading the group which is beginning to cast lots of doubt on Lim’s dynasty and other DAP higher leaders, especially after they took over Penang from BN in the 12th general election.
Not just about the arrogance among their supreme leaders but also their performance of late. Each of their weakness began to show, especially when their role as the opposition leader didn’t augur well for Malaysians. What they have been doing was to oppose each and every policy the government introduced.
DAP members were hoping for their leaders to play a constructive role at the Parliament but they failed for one reason – to push Anwar up!
In fact, their political cooperation with PAS started with a silent protest from grass root members. However, they began to criticise the leadership openly when leaders like Kit Siang and son Guan Eng did not make any stand on ‘hudud’ law.
Going by political measurement, Chang Khim is getting more influential these days. More and more members are seeing Guan Eng’s speedy escalation in politics as a dangerous sign. To them, if Pakatan wins, Lim’s dynasty would be even more arrogant, making it tougher for others to bring them down.
Lim and his family are well aware of this matter and they are said to be planning for a strategy to safeguard their interest. However, members are getting impatient to see changes to the party leadership. Beside the two Lim, they also want people like Karpal and Tan Seng Giaw out of the picture. Lim may not believe this but come December, he will discover the truth!
Hence, it is not impossible that DAP Congress later this year will become a turning point for Lim Dynasty. This may sound impossible but members – who all the while just nod to his command – will ensure his exit.
Let’s see if Lim can stop them!

Kedangkalan Memahami Komunis


Dr Ridhuan Tee Abdullah – Isu komunis bergema kembali apabila berlaku perbicaraan di mahkamah. Memberikan pengiktirafan kepada komunis sebagai pejuang adalah kenyataan yang begitu menyimpang daripada landasan ilmu. Saya sarankan ahli politik tersebut masuk universiti semula untuk belajar.
Inilah akibatnya apabila orang yang tidak pakar, mahu juga bercakap dalam bidang bukan kepakarannya. Akhirnya, semua menjadi haru-biru. Apakah benar komunis itu seorang pejuang kerana berjuang membebaskan tanah air ini daripada penjajahan British?
Untuk memahami komunis, ia perlu dilihat secara pakej, bukan insiden tertentu. Jika begitulah keadaan, saya pun boleh katakan bahawa Hitler itu baik dalam beberapa aspek tertentu.
Komunis tidak ada pilihan, walaupun tidak dinafikan bahawa British agak lunak terhadap komunis (PKM) ketika kependudukan Jepun dari 1941-1945. British terpaksa memperalatkan komunis untuk kepentingannya, menduduki semula Tanah Melayu.
British mahu membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun dengan menjadikan Melayu polis untuk menangkap Cina (PKM) yang terpaksa lari ke dalam hutan.
Jika ditakdirkan British tidak masuk semula selepas Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, sudah tentu negara ini di bawah penguasaan PKM. PKM menggunakan peluang sepenuhnya, vakum selama 14 hari selepas pengunduran Jepun untuk menguasai Tanah Melayu. Berapa ramai orang Melayu telah menjadi korban dendam komunis.
Nasib baik British segera sampai selepas tempoh vakum tersebut. Akibatnya PKM terpaksa lari semula ke dalam hutan dan membuat kacau. Ada apa lagi pilihan kepada PKM selain menentang British.
Menentang British bererti menentang Melayu. Jika British berjaya ditentang, sudah tentu yang menang akan menguasai orang Melayu dan Tanah Melayu. Inilah perancangan komunis yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut.
Peristiwa Bukit Kepong (Muar) 23 Februari 1950, adalah suatu pertempuran berdarah antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya, selepas darurat diisytiharkan (1948-1960). Pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke Balai Polis Bukit Kepong.
Peristiwa tragik berakhir dengan penyembelihan berdarah, membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak PKM mendakwa mereka adalah wira kerana berjaya mengalahkan ‘tali barut’ British (polis Melayu). Muhammad Indera yang mengetuai PKM, bersama Goh Peng Tun dalam serangan tersebut dinobatkan oleh PKM sebagai wira.
Pemikiran komunis sebegini sama seperti mahu mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang kerana mereka menentang Jepun untuk kemerdekaan negara ini. Maka tugu peringatan MPAJA dibina di Taman Peringatan Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun ditentang oleh banyak pihak, ultra kiasu terus juga membinanya kerana pada mereka MPAJA adalah wira menentang Jepun, seperti komunis menentang British.
Ultra kiasu sengaja lupa bahawa penentangan MPAJA terhadap Jepun, bukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada Jepun, tetapi disebabkan oleh dendam Cina terhadap Jepun dan begitulah sebaliknya. Jepun dan China pernah berperang sekitar tahun 1890-an dan 1937.
Dendam kesumat mereka berlarutan hingga ke hari ini. Justeru untuk mengatakan bahawa MPAJA adalah pejuang adalah dangkal sama sekali dan tidak memahami sejarah yang sebenar. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pembinaan tugu tersebut.
Apakah mereka yang menyertai PKM dan MPAJA boleh dinobatkan sebagai wira, sedangkan niat mereka adalah untuk menguasai Tanah Melayu dan membalas dendam terhadap Melayu? Walaupun ketika itu British agak lembut terhadap PKM, bagi tujuan menghalau Jepun, tetapi British tetap mengambil pendekatan memusuhi komunis selepas menguasai Tanah Melayu semula. Kita seolah-olah lupa siapakah yang dikatakan komunis?
Dalam Muktamar Alim Ulama seluruh Indonesia yang berlangsung pada tarikh 8-11 September 1957 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, yang dihadiri oleh 325 orang ulama, keputusan sebulat suara dibuat bahawa ideologi komunis mengandungi ajaran atheisme dan anti agama.
Komunisme dalam bidang sosial menganjurkan pertentangan kelas dan perjuangan kelas. Dalam bidang ekonomi, ia menghilangkan hak perseorangan.
Ideologi komunis bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam pada khususnya dan agama-agama lain pada umumnya, akan tetapi ia juga bertentangan dengan kehidupan beragama.

Perjuangan Islam Anwar Diragui Sejak Dibebas Penjara 2004..


Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merumuskan bahawa Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi pejuang Islam, sewajarnya dipandang serius.
Ini kerana sebagai presiden sebuah gerakan Islam, kenyataan ustaz Abdullah Zaik dianggap autoriti dalam membandingkan hala tuju Anwar sekarang dengan dahulunya. Sewaktu usia muda, Anwar pernah melaungkan ‘Islam sebagai satu cara hidup’ ketika menerajui Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Banyak lagi slogan-slogan Islamis yang dicanang ketika itu, termasuk, ‘Insan Kamil,’ ‘Generasi Rabbani’ atau ‘Generasi Quranik’ dan sebagainya.
Namun, kini prinsip perjuangan Islam Anwar seperti ditegaskan oleh Presiden ISMA perlu dinilai kembali memandangkan bekas Presiden ABIM itu mutakhir ini sering dilihat bersama kelompok-kelompok liberal, misalnya terbaru bersama Mubasyar Jawid Akbar, Pengarah Editorial majalah mingguan India Today.
Kalau di Barat, destinasi tempat Anwar berhijrah selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, kumpulan-kumpulan liberal itu dilahirkan dari rahim Soros, NED dan Mont Polerin Society.
Pengesahan Dr Haron Din
Ketika Anwar dipecat dari UMNO pada September 1998, juak-juak penyokong totoknya menyebarkan propaganda kononnya Anwar dipecat kerana mahu menyekat usahanya mahu melakukan ‘Islamisasi dalam UMNO’.
Namun, kenyataan terbaru Dr Haron Din mengesahkan bahawa perjuangan Islamisasi Anwar yang dicanang oleh juak-juaknya tidak benar.
“Dia (Anwar) pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Dr Haron Din.
Dr Haron Din dan Dr Hassan Ali, antara tokoh-tokoh yang menyertai PAS sejurus selepas Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998.
Namun pada Januari 2012, Dr Hasan dipecat dari PAS kerana masih mengekalkan prinsip-prinsip fundalmentalis dalam parti yang didokongnya sejak 14 tahun lalu.
Mungkin, prinsip fundalmentalis yang masih dipegang Dr Hasan sudah tidak relevan dikekalkan dalam PAS sekarang ini, ketika parti itu berketuakan Anwar Ibrahim seorang tokoh yang telah memasuki dimensi pemikiran liberal.
Dikenal pasti anut pluralisme agama 2010
Ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia), benar-benar membuat kawan-kawannya dalam lingkaran ABIM tersentak dengan perubahan pola pemikiran Islam bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu.
Ustaz Ismail Mina, Dr Yusri Mohamad, Prof. Dr Sidek Baba, di antara bekas tokoh ABIM yang tidak menyangka akhirnya, Anwar Ibrahim terjerat dalam pemikiran Pluralisme Agama, satu ideologi agama baru yang lahir dari rahim Islam Liberal ciptaan Barat.
“Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.
“Dan semua orang tahu, Nurcholish Madjid. Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.
“Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid,” luah Ustaz Ismail Mina ketika diwawancara dari hati ke hati pada 16 September 2011.
John Sidel, professor yang menjemput dan pengerusi majlis ucapan Anwar di LSE itu melihat sosok dan pemikiran Anwar mutakhir ini, saling tidak tumpah seperti Nurcholish Madjid, bapa Pluralisme Agama dan Islam Liberal Indonesia.
“Dari pertengahan tahun 1990-an di Indonesia dan Malaysia, bangkitnya pemikir intelektual Islam seperti Anwar Ibrahim dan Nurcholish Madjid yang menawarkan satu janji politik Islam modernis iaitu kombinasi gabungan di antara teknologi moden dan demokrasi dengan prinsip moral kepercayaan.
“Ide-idea liberal mereka menjadi ancaman kepada kepentingan kumpulan oligarki dan tidak demokratik dan mereka cuba dihapuskan – sebahagiannya melalui proses penentangan seperti kes Indonesia dan lebih kuno di Malaysia, apabila Anwar Ibrahim ditangkap dan dipenjarakan,” rumus John Sidel dalam rencananya bertajuk
The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment.”
Selain pensyarah John Sidel adalah seorang penyelidik yang mendapat tajaan East-West Center Washington.
Menurut Ustaz Ismail Mina, ucapan Anwar di LSE pada 18 Mac 2010 telah dibahaskan di tiga wacana iaitu di UIA, Gombak (1 Mei 2010), Masjid Wilayah, Kuala Lumpur (14 Disember 2010) dan UMT, Terengganu (15 Januari 2011).
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah dirujuk untuk meneliti ayat demi ayat maksud kata-kata Anwar di LSE itu.
“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hick dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhirnya. Allahumma sallimna wa’I-Muslimin. Amin,” begitulah mukadimmah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam kertas kerjanya bertajuk “Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam
Pertemuan tertutup ABIM 2011
Dalam pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, 2 Januari 2011 merungkai lebih banyak persoalan tentang prinsip perjuangan Islam Anwar.
Dr Yusri Mohamad membangkitkan persoalan agenda Kristianisasi yang dipelopori badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan Khalid Jaafar.
“Takkan Datuk Seri nak dakwa yang Datuk Seri tak tahu segala benda-benda ini, segala benda yang Khalid Jaafar (buat)”, soal Yusri, dibalas spontan Anwar, “Tidak…tidak semestinya”.
“Itu adalah kesalahan awak. Awak sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Dia (Khalid) menggunakan IKD. Takkan IKD, Datuk Seri tak tahu apa yang berlaku”, soal Yusri kembali.
Ustaz Ismail Mina turut mencelah, “Khalid Jaafar ‘mati’ jika tidak ada Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKD (juga) ‘mati’ jika (tidak ada Datuk Seri Anwar Ibrahim).”
Dr Yusri juga turut membangkitkan persoalan Lina Joy.
“Prinsip awak (Anwar) tentang Lina Joy, saya tak tahu awak nak takwil macam mana… ada rekod dalam youtube.
“Kalau (isu) kalimah Allah, mungkin Dr. Muhamad Nur (Manuty) kata ada khilaf lagi… Tapi Lina Joy, awak nak kata, ada khilaf kat mana lagi ?”, katanya.
Menurut Dr Yusri, permasalahan ini berpunca dari pola pemikiran Islam yang korup dan ucapan di LSE adalah bukti pencetusnya.
“Ini bukan soal satu ucapan, ini bukan satu isu, ini bukan soal pluralisme agama sahaja.
“Pemahaman awak tentang agama, bermasalah. Dengan Mahmud Mazdud.. Dengan Khalid Jaafar”, katanya.
Bermula selepas pembebasan Anwar 2004
Saya mula mengesan perubahan pola pemikiran Anwar bercakap dengan media asing di Munich, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004.
Satu rakaman wawancara Anwar dengan Evan Williams dari Foreign Correspondent pada 14 September 2004 di Munich membuktikan perubahan pola pemikiran itu.
Dalam wawancara itu Anwar berkata, usaha membendung keganasan dalam Islam hanya dapat dibendung melalui penyertaan bersama dengan kumpulan Islam yang kredibel.
“Bagaimana anda berhadapan dengan isu keganasan, pelampau dan fanatik, sekiranya anda tidak terlibat dengan kumpulan Islam yang boleh dipercayai ?,” kata Anwar.
Kata-kata Anwar itu mula menimbulkan pencetus keraguan apakah penyertaannya dalam PKPIM, ABIM dan sekarang ini berasimilasi dengan PAS bukan berasaskan keikhlasan kepercayaan, tetapi berasaskan matlamat tertentu yang senada dengan polisi Barat.
Ketika Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat (AS), perkembangan tentangnya jarang diperkatakan di Malaysia, kecuali di kalangan pengikut-pengikut setianya dari PKR.
Sekitar tahun 2005, saya menjumpai satu rakaman video ucapan Anwar di New York Democracy Forum anjuran National Endowment for Democracy (NED) yang dipaparkan di laman PUM (Persatuan Ulama Malaysia).
Saya tidak pasti kenapakah PUM berminat dan memaparkan kepada ahli-ahlinya ucapan Anwar yang bertajuk “The Future of Muslim Democracy” itu.
Ketika itu PUM merupakan organisasi Islam yang terawal mengesan kemunculan jenama Islam tajaan Barat yang dinamakan Islam Liberal itu.
“Itu ulama dulu yang menunjukkan ketegasan dan prinsipnya dan tak ramai ulama seperti itu sekarang..walaupun sekretariat ini himpunan ulama..mudah-mudahan kita dapat menggalakkan atau memperingatkan kita semua dalam bidang ini,” kata Anwar ketika dipanggil memberi ucapan oleh ahli-ahli
Majlis Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (SHURA) di Hotel De Palma, Ampang pada tahun 2006.
Anwar membuat kenyataan itu ketika membandingkan ulama sekarang dengan Shah Wali’ullah Dehlvi, ulama zaman kerajaan dinasti Mughal di India yang tegas membela hak-hak bukan Islam.
Selain Shah Wali’ullah, Anwar juga turut merujuk kepada tokoh Henri Pirenne, Amartya Sen, Akhbar (Din Illahi) dan Edward Said dalam memperkuatkan hujahnya tentang kebebasan.
Laman islamlib.com (laman Jaringan Islam Liberal Indonesia), yang mengutip sumber dari kajian Charles Kurzman merumuskan Shah Waliyullah (1703-1762) adalah bapa Islam Liberal di India pada abad ke-18 yang menjadi rujukan kebangkitan tokoh-tokoh Islam Liberal abad seterusnya.
“Bersama dengan berkembangnya Islam liberal, muncul tokoh-tokohnya pada tiap zaman. Jamaluddin Al Afghani di Afganistan, Sayyid Ahmad Khan di India, dan Muhammad Abduh di Mesir—ketiganya hidup pada abad ke-19. Adapun pada abad 20 terdapat antara lain Abdullah Ahmed Naim, Mohammad Arkoun, Fazlur Rahman dan Fatima Mernissi. Nurcholish Madjid, cendekiawan Indonesia yang mengibarkan teologi inklusif, juga disebut”, lapornya.
Mohamed Imran Mohamed Taib dari The Reading Group (Kumpulan Gabungan Islam Liberal, Malaysia, Indonesia dan Singapura) menjelaskan Shah Waliyullah adalah seorang tokoh Islam Liberal pra-moden.
Dalang Islam Liberal Malaysia
Pada tahun 2008, saya mula menyoal haluan perjuangan Islam Anwar dengan membandingkan Anwar semasa dalam ABIM, UMNO dan di luar UMNO.
Satu petikan dari penulis PAS, Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya “Memo Buat Bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993, menggambarkan Anwar seperti “ular berkepala dua’.
Kemudian pada tahun 2009, saya mula meletakkan satu persoalan yang agak berat, ‘benarkah Anwar Ibrahim dalang Islam Liberal di Malaysia ?“.
Persoalan itu dibuat berdasarkan inti ucapan Anwar yang berpaksikan bapa-bapa falsafah pemikir Barat seperti John Lock dan lingkaran badan-badan yang dihampiri Anwar seperti CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), Minaret of Freedom Institute (MFI) dan RAND Corporation.
Ketiga-tiga badan itu juga merupakan penaung kemunculan Islam Liberal di dalam dunia Islam yang juga mempunyai kaitan dengan NED, Soros dan Mont Polerin Society.
Selain itu, sampai sekarang Anwar masih gagal memberi alasan konkrit kenapa dia bersetuju menerima bantuan daripada dua yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF).

Al-Qaradawi Puji Malaysia Usaha Keamanan Dunia Islam


Kuala Lumpur: Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuk Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Dalam perjuangan rakyat Palestin ketika ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan mendapat pujian QII menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi
Utus surat penghargaan
Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmaqdis.
“Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya,” katanya dalam surat kepada Najib.
Beliau menambah: “Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.”
Pencapaian terbaru hasil usaha tanpa mengenal jemu Malaysia ialah perjanjian damai dimeterai Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di Selatan Filipina.
Jadi pusat rujukan
Al-Qaradawi berkata: “Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.
“Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda”.
Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.
Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Katanya, banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai perantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.
“Pujian al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga membolehkan negara dijadikan rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.
Usaha berterusan
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata dalam soal konflik di Selatan Filipina, Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu membabitkan penganiayaan etnik dan umat Islam seperti di Palestin dan Bangsamoro.
Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu Kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.
Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana Kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash, berkata setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. – BERNAMA

Nik Aziz : Parti Mahu Saya Bertanding PRU13


AIDCNews – 20/10/12 – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah membayangkan bakal bertanding semula dalam Pilihanraya Umum ke-13 kerana disyorkan oleh partinya.
“Saya tak pernah sebut nak bertanding (pada PRU13) tapi Setiausaha Agung buat kenyataan dah…Nik Aziz wajib bertanding.
“Bila parti suruh bertanding dan saya boleh bertanding…kena bertandinglah,” katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Nik Aziz memulakan karier politik pada tahun 1967 bertanding di kawasan Kelantan Hilir yang kemudiannya dikenali sebagai Parlimen Pengkalan Chepa.
Pada tahun 1990, apabila PAS berjaya mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Barisan Nasional, beliau telah dilantik menjadi MB.
Beliau berjaya mengekalkan jawatan MB selama 4 penggal berturut-turut, iaitu kira-kira 20 tahun.
Jika masih bertanding di DUN Chempaka dalam PRU 13 ini, Nik Aziz yang kini sudah mencecah umur 81 tahun, dijangka akan dipilih sekali lagi mengekalkan jawatan MB bagi tempoh lima tahun lagi untuk penggal yang ke-5.

Mitos politik baru

Penduduk Taman Putra Perdana, Puchong menunjukkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 pakatan pembangkang yang gagal ditunaikan oleh kerajaan pimpinan PKR di Selangor. - Gambar hiasan
 
Istilah politik baru di Malaysia secara khususnya mula mendapat perhatian selepas Pilihan Raya Umum 1999. Pilihan raya itu menyaksikan parti-parti pembangkang buat pertama kali membentuk pakatan politik rentas kaum yang dinamakan Barisan Alternatif.
Menerusi pentas Reformasi ketika itu, organisasi-organisasi masyarakat sivil yang berlainan ideologi dan orientasi kaum juga galak membentuk pakatan mereka sendiri atas nama membawa pembaharuan politik. Buat seketika, politik Malaysia kelihatan tidak lagi dibatasi oleh perbezaan ideologi, kaum dan agama.
Beberapa ahli akademik mula menghasilkan karya ilmiah mengenainya. Antara yang terawal ialah Profesor Francis Loh Kok Wah dari Universiti Sains Malaysia. Beliau antara lain merujuk politik baru sebagai satu fenomena baharu dalam politik Malaysia, di mana faktor etnik dan agama tidak lagi mendominasi politik, tetapi sebaliknya telah digantikan oleh politik kepembangunan (developmentalism) dan demokrasi penyertaan (participatory democracy).

Sebarkan sejarah kepada masyarakat

UTUSAN: Bagaimana kita hendak menghayati sejarah?
HACK: Jika kita mahu menjelaskan definisi sejarah kepada kanak-kanak, kita perlu membawa diri mereka ke masa lampau. Biarkan mereka menggunakan imaginasi seolah-olah diri mereka berada semasa sesuatu peristiwa itu berlaku kerana sejarah berada pada waktu yang berlainan, bukan sekarang.
Sejarah menceritakan tentang individu, tempat atau peristiwa. Ada sesuatu mesej yang mahu disampaikan dalam sejarah. Lebih berkesan jika kita bawa kanak-kanak itu ke tapak sejarah itu sendiri supaya mereka dapat menghayati dan mendalami cerita di sebaliknya.
Contohnya kalau berada di Batu Gajah, Perak, bawa mereka ke Kellie's Castle. Biarkan mereka berimaginasi tentang kisah cinta yang berputik (di antara Kellie Smith dan Agnes) sehingga terbinanya istana tersebut.