Singapura
belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong
SINGAPURA 9
Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang
mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum
bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
Hsien Loong
membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di
sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di
negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kemungkinannya
ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat
keyakinan rakyat.
“Adakah ini
akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu
memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.
No comments:
Post a Comment