Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan 6
keuzuran (situasi) yang mengharuskan seseoarng itu mengumpat:
- Mengadu kezaliman dan
pengkhianatan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran surah
An-Nisa ayat 148 yang bermaksud:
“ Allah
tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh
orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
- Meminta pertolongan untuk
mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut.
- Meminta fatwa akan sesuatu hal
seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya,
berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang
suaminya yang kedekut.
- Menyelamatkan saudaranya
daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba
yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan
seseorang yang ingin dieserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang
yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka
harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada.
- Bila seseorang itu telah
dikenal dengan nama gelaran seperti si bantut dan sebagainya atau
memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu.
Jika tujuannya menghina, maka hukunbya adalah haram.
- Seseorang yang melakukan
kefasiqan secara terang-terangan seperti lelaki atau perempuan yang
mengubah jantinanya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Ketika menceritakan
keburukan tersebut, kita tidak boleh menambah-nambah dan sepanjang niat
kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.
Setiap perkara darurat hanya
mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi
darurat itu sahaja.
No comments:
Post a Comment