Nabi
Sulaiman a.s. dan Seekor Semut
oleh Mohd NoordeenKerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya
mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di
atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman
a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t.
penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik
segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan
air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami
semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan
air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah
s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera
memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada
mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan
menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah
mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan
rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari
Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang
berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus
mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai
semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah
kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu
tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata
kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol
ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu
sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk
melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s..
Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut.
Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang.
Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau
tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya
menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang
memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau
memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku
kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak),
jawab si semut.
No comments:
Post a Comment