Friday, 25 May 2012



Singapura belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong
SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.
“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.




Bangsaku yang bernama Melayu

Jangan kau berlegai sesama sendiri kerana menurutkan nafsu yang membuak rakus dan haloba. Tiada siapa yang lebih mulia di sisi Allah melainkan yang tinggi taqwanya. Anugerah khalifah kepada bani Adam adalah amanah yang patut digenggam secara berprinsip dan bukan dijadikan alat kepentingan diri mahupun kroni.
Siapakahyang berani melupus kuasa dan kekuatan kita kalau bukan datangnya dari kalangan kita bernama Melayu. Islam yang kita junjung bukan senjata mewajar kita menghina dan membinasakan sama seagama. Allah Tuhan kita…Muhamad Rasul kita..syadat kita sama…beriringan dengan akidah dan syariat yang tidak menuntut kita memutus silaturahim atas nama politik yang dangkal dan membengongkan.
Aduhai bangsaku…janalah kekuatan demi kelangsungan kita bernegara bukan sewenangnya mengizinkan mereka yang tiba-tiba mahu dinobatkan sebagai peneraju mahupun raja yang berkuasa. Bukankah kita didewasakan dengan sejarah silam setelah 446 tahun dibelenggu dan dinafikan hak sebagai penguasa.
Kini kita kian rapuh dalam majoriti yang tidak dimanfaat atas nama kuasa politik. Kita asyik menelanjangi antara satu sama lain, menutur retorik penuh dusta, menghina sesama sendiri tanpa batas kerana kita sudah kehilangan harga diri yang dulunya kita terpuji dan dihormati.
Musuh terdekat kian angkuh dan gembira melihat kebobrokan bangsa dan setiap kesempatan mereka meraih kemenangan, kita pula kalah dalam percaturan dan anak cucu bakal menggigit jari.
Sampai bilakah bangsaku mahu sedar dari kealpaan dan mengakhiri dendam yang tiada penghujungnya. Hari ini kita masih berfikir, esok mungkin terlalu lewat dan akan datang kita sudah kehilangan segala-galanya.

Thursday, 24 May 2012

JANGAN ANGGAP DIRI HEBAT
oleh Mohd Noordeen
 “Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia (karena sombong), dan janganlah berjalan dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang angkuh dan menyombongkan diri.” (Luqman: 18)
Suatu hari seorang Profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian penyelidikannya di tengah laut. Pendayung yang mengiringinya adalah lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mau orang yang menemaninya banyak bertanya tentang apa yang dia lakukan.
Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi ke dalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan uji-kaji dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mulai berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama lagi hujan lebat akan turun..”
“OK semua sudah siap mari kita balik.” Lantas pendayung itu membelokkan sampannya dan mulai mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.
“Dah lama kamu mendayung sampan?” Tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab si pendayung ringkas.
“Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi. “Ya..”jawab pendayung sampan dengan ringkas.
Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. “Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..
“Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.”
“Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.
“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”
“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.
“Sungguh kasihan, kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada faedahnya lagi,”
Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.
Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor hanya menggeleng.
“Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu.” Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi.
“Barangsiapa yang merasa sombong akan dirinya atau angkuh dalam berjalan, dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah murka terhadapnya.” (HR. Ahmad, dishahihkan oleh Asy- Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Adabul Mufrad no. 427)
Kesombongan bukanlah pada orang yang senang dengan keindahan. Akan tetapi, kesombongan adalah menentang agama Allah dan merendahkan hamba-hamba Allah .Demikian yang dijelaskan oleh Rasulullah tatkala beliau ditanya oleh ‘Abdullah bin ‘Umar , “Apakah sombong itu bila seseorang memiliki perhiasan yang dikenakannya?” Beliau menjawab, “Tidak.” “Apakah bila seseorang memiliki dua sandal yang bagus dengan tali sandalnya yang bagus?” “Tidak.” “Apakah bila seseorang memiliki binatang tunggangan ( kendaraan ) yang dikendarainya?” “Tidak.” “Apakah bila seseorang memiliki teman-teman yang biasa duduk bersamanya?” “Tidak.” “Wahai Rasulullah, lalu apakah kesombongan itu?” Kemudian beliau menjawab: “Meremehkan kebenaran dan merendahkan manusia.” (HR. Ahmad, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Adabul Mufrad no. 426)

Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut

oleh Mohd Noordeen

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.


Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

PERKARA YANG MENJADIKAN SESEORANG JATUH KUFUR

oleh Mohd Noordeen

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:

Perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga :

1. Niat atau beriktikad mahu jadi kufur

2. Perbuatan yang membawa kufur

3. Perkataan yang yang menyebabkan kufur

Sepakat ulama menyebut secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran.

Secara ringkasnya seperti berikut:
1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.

4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib, melakukan penyembahan seperti orang kafir dan sebagainya.
5. Menghina al-Quran seperti mengatakan al-Quran ayat syaitan sebagaimana dakwaan Salman Rushdee

6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.

7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.

8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.

10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
11. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal seperti menghalalkan zina atau liwat atas sebab dilakukan suka sama suka (fitrah manusia)

12. Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
13. Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti pluralisme, liberalisme dan lain-lain. Termasuk juga fahaman yang menyamakan semua agama sama di sisi Tuhan.

Seterusnya firman Allah s.w.t: Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.” Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama,mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.
Oleh itu jagalah segala perkataan dan perbuatan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah.

Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan 6 keuzuran (situasi) yang mengharuskan seseoarng itu mengumpat:
  1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 148 yang bermaksud:
“ Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
  1. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut.
  2. Meminta fatwa akan sesuatu hal seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut.
  3. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin dieserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada.
  4. Bila seseorang itu telah dikenal dengan nama gelaran seperti si bantut dan sebagainya atau memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Jika tujuannya menghina, maka hukunbya adalah haram.
  5. Seseorang yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Ketika menceritakan keburukan tersebut, kita tidak boleh menambah-nambah dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.
Setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja.