Tuesday, 3 July 2012

Ramlan Abu Bakar : Pengakuan Bekas Aktivis SUARAM..



Ramlan Abu Bakar membuat pendedahan tentang agenda Suaram ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi ‘pertubuhan’ itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.
“Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.
“Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.
“Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat,” katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.
Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).
“Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.
“Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan,” dakwanya.
Menurut Ramlan, menerusi maklumat yang diperolehinya, sumber pendapatan terbesar syarikat itu adalah hasil pembiayaan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.
“Saya cabar pemimpin berkenaan buat pengesahan dan beri penjelasan sumbangan sebenar pendapatan syarikat,” katanya – Utusan

Pendedahan Dana asing SUARAM Sejak Dari Tahun 2005 ..


AIDCNews -03/07/12 – Rentetan carian Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendapati SUARAM bukan NGO sah tetapi berdaftar atas nama syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd berikut didedahkan sumber-sumber dana yang disalurkan oleh sebuah badan dana Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) kepada SUARAM di Malaysia sejak dari tahun 2005.
Bukti-bukti yang dipaparkan di bawah ini adalah berdasarkan sumber dari laman NED sendiri yang memaparkan penerima-penerima sumbangan dari badan mereka khusus untuk negara Malaysia.
NED ’2005 annual-reports grants/malaysia’ melaporkan selain SUARAM yang menerima grant sebanyak $70,000, terdapat 5 badan lain yang turut beroperasi di Malaysia.

Badan-badan itu adalah IRI (International Republican Institute), $200,000; NDI (National Democratic Institute for International Affairs) $315,832; SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) $80,000*; CIJ (Centre for Independent Journalism) $30,000* dan ODC (Open Dialogue Centre) $65,151*.
IRI dan NDI adalah 2 cabang NED yang beroperasi di seluruh dunia, tetapi dalam konteks ini kedua-dua badan itu mengkhususkan operasi di Malaysia, SEAPA untuk naungan media di peringkat Asia Tenggara termasuk di Malaysia, manakala SUARAM, CIJ dan ODC adalah badan-badan yang ditubuhkan khusus untuk operasi di Malaysia.
Satu fakta yang penting perlu diketengahkan adalah ODC merupakan sebuah badan pemikir yang disebut-sebut milik Azmin Ali bagi menyaingi Khalid Jaafar yang memegang badan pemikir IKD (Institut Kajian Dasar).
Badan pemikir IKD adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menetap di AS dengan jawatan rasmi sebagai pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins AS.
Jawatan pensyarah di universiti itu diketahui umum dilobi kepada Anwar oleh rakan baiknya, Paul Wolfowitz.
Namun seorang penyelidik Barat yang berpangkalan di Thailand, Tonny Cartalucci mendedahkan jawatan ‘tidak rasmi’ Anwar ketika berada di AS iaitu sebagai, “ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED“.
Pendedahan wartawan Barat itu dibuat dalam rencananya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” dan “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets“.
Bermakna besar kemungkinan, siapa yang perlu menerima dana NED di Malaysia ditentukan oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan tokoh rujukan NED di AS.
Dalam masa sama wartawan Barat itu menggambarkan jawatan pensyarah pelawat yang disandang Anwar di Universiti John Hopkins ‘latihan pengkaderan’ kerana menurutnya, “John Hopkins University adalah sebuah lubuk di mana anasir dan puppet@petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh”.

NED ‘2006 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $70,000*, selain itu SEAPA $100,000*, ODC $70,000* dan CIJ $30,000*
Manakala NDI $125,000 dan IRI mendapat grant dua kali iaitu $140,000 dan $198,050. Semua grant IRI dan NDI seperti yang tercatat dalam laporan tahun 2006 itu hanya khusus untuk operasi di Malaysia sahaja.
Bajet-bajet IRI dan NDI untuk negara-negara lain diberikan mengikut peruntutan tahunan negara masing-masing.
NED ‘2007 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $80,000*, SEAPA $100,000*, CIJ $15,000*, IRI $400,000 dan NDI $175,000.
Ketika ini sudah tidak ada lagi grant untuk ODC dan kemungkinan besar dengan tiada peruntukan bajet tahunan itu operasi ODC ditutup.
CIJ adalah berkaitan dengan pembangunan media di Malaysia.
Ia diusahakan oleh Sonia Randhawa, salah seorang daripada 4 individu yang dipercayai Anwar Ibrahim sebagaimana yang terkandung dalam kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” yang dijumpai di pejabat PKR.
Dalam kertas kerja itu Sonia Randhawa digambarkan sebagai Pengarah Eksekutif CIJ. Dia dari luar negara yang terlibat sebagai jurucakap dan pelatih untuk kebebasan media, kebebasan maklumat dan kebebasan berhimpun di Malaysia.
Dia juga pernah membangunkan Radiq Radio, iaitu satu projek radio internet yang dibangunkan pada tahun 2001 hingga 2004 dan menjadi pensyarah sambilan di Universiti Monash dan New Era College.
NED ‘2008 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet tahunan sebanyak $80,000 *, IRI $400,000, NDI $310,000 dan SEAPA $73,333.

Satu lagi badan khusus untuk pembangunan media di Malaysia yang dinamakan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) turut diberi bajet $100,000*.
Konsep Seacem hampir sama dengan SEAPA. Berkemungkinan besar pembahagian dana SEAPA untuk pembangunan media ke negara-negara Asia Tenggara khususnya di Malaysia menghadapi beberapa masalah teknikal, maka ditubuhkan Seacem.
Perlu disebut juga tentang Malaysiakini yang dilaporkan wiki/Malaysiakini.com yang menyebut pada awal penubuhannya sekitar April 1999 mendapat dana dari SEAPA sebanyak AS$100,000.
“Kemudian SEAPA memberi geran AS$100,000 (kepada Malaysiakini). Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya”, lapornya.
Bermakna boleh diandaikan sebelum ini bajet Malaysiakini berselindung di sebalik SEAPA dari awal penubuhan 1999 hingga 2008.
Selain itu, Singapore ST, 3 Mac 2001 melaporkan Malaysiakini turut mendapat bajet dari yayasan Georfe Soros.
“Bekas editor berita (Malaysiakini) Chong Yen Long mendakwa bahawa Ketua Eksekutif portal itu, Pramesh Chandran semasa mesyuarat syarikat pada 17 Februari 2001, mendedahkan bahawa Malaysiakini menerima sebanyak RM188, 000 ($ 85,000) daripada Media Development Loan Fund (MDLF), yang dipercayai dibiayai oleh pembiaya AS, Soros,” lapornya.

NED ‘2009 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet sebanyak $85,000, IRI $400,000 dan NDI $322,500.
Untuk tahun itu tiada lagi bajet untuk Seacem, SEAPA dan CIJ untuk operasi media di Malaysia dan peranannya diganti dengan bajet khusus untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd (Malaysiakini) yang mendapat bajet $100,000.
Kelulusan bajet untuk Malaysiakini mulai 2009 dan sebelum ini mungkin berselindung di sebalik SEAPA, Seacem, CIJ atau SUARAM menjustifikasikan kenapa Pramesh Chandran, Ketua Eksekutif portal itu merupakan salah seorang tenaga penting SUARAM.
Daripada laporan tahunan NED di atas SUARAM konsisten mendapat bajet tahunan antara $70,000 hingga $85,000 daripada tahun 2005 hingga 2009.
Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?
Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershman – Presiden NED
PKR, Singapura & SUARAM
Skandal Anwar Di Sebalik Sepucuk Surat
Strategi Samakan Anwar Dengan Aung San Su Kyi

Carian Bukti Di SSM..SUARAM Dicabar Dedah Sumber Pemberi Dana



Azwanddin Hamzah (kiri) dan Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian menunjukkan dokumen awam SSM mengenai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang dipercayai Suaram pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam
KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebaliknya sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.
“Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Katanya Suaram, yang didakwa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, turut tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO.
Oleh itu, beliau meminta Suaram memperjelaskan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu.
Katanya berdasarkan semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan – BERNAMA

Khalid Ibrahim Disaran Nilai Kembali Komitmen Parti


 Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin menggesa agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR.
Gesaan itu dibuat ekoran pendedahan yang dibuat mengatakan Khalid sering tidak hadir dan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik PKR.
“Dia (Khalid) kena teliti kembalilah tentang prestasi dia untuk memberikan komitmen kepada parti,” tegas Zuraida kepada Antarapos.
Menurutnya, walaupun PKR tidak mempunyai sebarang peruntukan yang membenarkan pemimpin parti menghantar wakil tertentu untuk menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi parti, namun tindakan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik dianggap aneh kerana Biro Politik adalah forum utama parti untuk membincang dan merumuskan pelbagai perkara yang membabitkan maklumat sulit.
Sebelum ini, Khalid dikritik hebat ahli dan pemimpin PKR menerusi akaun twitter ‘#kamisayangpkr’ kerana sikap angkuh dan menegepikan bukan sahaja arahan parti tetapi juga arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan-keputusan penting pentadbiran di Selangor.
“Kalau MB sedar bahawa dia tidak datang mesyuarat dan kehadirannya itu penting, (tindakan) menghantar wakil yang tidak dapat membuat keputusan dan hanya menyampaikan maklumat pun tidak (berguna).
“Sebagai seorang anggota parti dia patut faham disiplin parti dan di mana keutamaan dia,” tegasnya.
Zuraida menegaskan Khalid tidak boleh menjadikan kesibukan tugas sebagai alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat tertinggi itu.
“Mesyuarat parti telah ditetapkan tarikhnya sepatutnya sebagai seorang Menteri Besar beliau harus boleh mengatur waktu dan meletakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya,” katanya.

PAS Kunci Mulut Faktor Maksiat Di Selangor Meningkat


AIDCNews – 02/07/12 – SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata, faktor peningkatan maksiat di Selangor berpunca dari sikap PAS yang mengunci mulut dan mendiamkan diri serta membiarkan sahaja DAP bermaharajalela di negeri itu.
Katanya, jika dahulu, PAS diwakili oleh Dato’ Dr Hasan Ali sebagai Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam sanggup bertegang leher dengan wakil DAP, Ronnie Liu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan tentang isu arak, namun selepas pemecatan Dr Hasan, DAP kini semakin angkuh.
“Sejak pemecatan Hasan Ali, DAP semakin angkuh, semakin tumbuh pusat judi, pusat hiburan dan pusat urut kaki yang dibuka tanpa memerlukan sebarang permit dan kebenaran dari PBT.
“Kenapa DAP semakin berani, kerana mereka tahu, orang yang menjadi batu penghalang, Hasan Ali telah dipecat dari PAS.
“Saya yakin kebenaran mudah akan diberikan kepada mana-mana pengusaha sekadar cukup dengan mendapat ‘kebenaran lisan’ dari mana-mana YB Pakatan untuk mereka beroperasi di kawasan tersebut dengan syarat bersetuju membayar ‘ahli majlis pau yang menjadi rakan kongsi Ronnie Liu itu,” katanya.
Malah, katanya, sudah diketahui umum, salah satu faktor pemecatan Hasan disebabkan sikap bertanggungjawab beliau menyerbu rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan yang sebelum ini dinaungi oleh Ronnie Liu.
“Ronnie Liu bertanggungjawab supaya tiada tindakan diambil terhadap pusat hiburan dan pusat pelacuran.
“Kewujudan beribu-ribu pusat hiburan dan ‘urut kaki’ memberi pendapatan kepada Ronnie Liu, kerana itu perniagaan itu dibiarkan tanpa sekatan dan operasi.
“Saya juga mencabar exco agama yang baru, Khalid Ibrahim supaya mengetuai serbuan ke pusat-pusat hiburan, pusat judi mesin kuda dan rumah-rumah urut yang bertopengkan urut kaki,” cabarnya.
Menurutnya lagi pemecatan Hasan menyebabkan kerusi PAS semakin tidak didengari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebelum Hasan dipecat, PAS mempunyai 8 ADUN, kini menjadi 7 ADUN sahaja, berbanding dengan DAP yang mempunyai 13 ADUN dan sebab itu katanya DAP berjaya membolot exco-exco kanan dan kedudukan strategik di Selangor berbanding dengan PAS.
Katanya lagi, apabila tiba musim pilihan raya PAS terpaksa bertanding di kawasan Melayu dengan membangkitkan isu memelihara agama dan membanteras maksiat di Selangor.
“Saya juga mencabar mana-mana YB PAS yang masih ada agar jangan terus menerus mendiamkan diri menjadi pak turut.
“Saya cabar mereka agar mendesak ribuan pusat hiburan, pusat judi mesin kuda dan urut kaki itu dilesenkan.
“Ketidakmampuan Khalid Ibrahim dan YB-YB PAS mengawal pusat-pusat hiburan menunjukkan mereka dengan senang telah diperbodoh dan diperkuda DAP,” katanya.
Menurutnya jika PAS gagal bersuara untuk menjaga kepentingan agama di Selangor, maka tiada sebab mengapa pengundi Melayu perlu memberi undi kepada PAS untuk berada di DUN Selangor pada pilihan raya yang akan datang.
“PAS bersubahat dengan DAP dalam memajukan industri hiburan, perjudian mesin kuda dan pelacuran yang bertopengkan urut kaki.
“Saya cabar mana-mana YB PAS jika mereka masih bermaruah agar mengarahkan mana-mana satu sahaja pusat perjudian mesin kuda dan rumah urut di Selangor ditutup,” katanya.
Geran RM300 Juta Sumber Diragui, MB Selangor Perlu Beri Penjelasan..

Iklan Rumah Urut Separuh Bogel Di Selangor


AIDCNews – 30/06/12 – Mymassa hari ini menyiarkan bukti foto iklan wanita separuh bogel yang berselindung di sebalik ‘urut kaki’.
“Selalunya papan tanda atau iklan akan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah.
“Dan semua PBT ini di bawah seliaan Exco Kerajaan Tempatan. Kalau di Selangor, Exconya adalah Ronnie Liu.
“Jom kita tengok papan tanda yang boleh dinaikkan secara berleluasa di Selangor,” lapor Mymassa dalam artikel betajuk “Papan Tanda Urut Wanita Bogel Secara Terbuka Di Selangor“.

“Pergh. Perempuan berbogel sambil baring boleh dijadikan iklan di Selangor!
Itulah yang di HALALkan di Selangor,” lapornya lagi.
AIDCNews, 28 Jun menyiarkan pandangan anak Selangor, SD Johari Yassin yang kecewa dengan menularnya rumah-rumah urut di Selangor yang berselindung di sebalik ‘urut kaki’ seperti di atas.
SD Johari yang juga bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata pertumbuhan rumah urut yang semakin berkembang di Selangor disebabkan sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang seolah-olah membiarkan exco DAP, Ronie Liu yang memegang jawatankuasa itu melakukan kerakusannya di Selangor.
“Kejayaan Khalid mengembangkan industri perhotelan bajet tidak boleh dinafikan kerana ia benar-benar membantu rakyat miskin untuk menikmati kadar sewa serendah RM9.90 untuk satu jam bagi setiap pasangan.
“Kerajaan Khalid juga memperkenalkan ahli majlis ‘kaki pau’ untuk menjaga kawasan dan mengutip hasil untuk kerajaan. Sebab itu pusat judi, ‘urut kaki’ dan pusat hiburan boleh tumbuh dengan maju di Selangor.
“Pusat-pusat perniagaan yang berlesen dikutip oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), manakala yang tidak berlesen dikutip oleh ‘ahli majlis pau’ kerajaan tempatan,”katanya.
Pada tahun 2007, yakni semasa BN masih memerintah Selangor, Ronnie Liu sudah dikenali sebagai ‘dalang’ rumah urut dan pelacuran di Selangor, apatah lagi sekarang setelah berkuasa dan memegang jawatan penting, maka penularan rumah-rumah urut tidak menghairankan.
Sekarang, Ronie Liu adalah Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, individu yang bertanggungjawab terhadap kelulusan lesen perniagaan di semua kerajaan tempatan, seluruh Selangor.
Peniagaan itu termasuklah rumah urut, pusat perjudian, ‘pinjaman berlesen’, penjualan arak dan sebagainya.

Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah (4)


Ustaz Ismail Mina – Golongan Pluralis Agama ternyata salah dalam memberi tafsiran kepada beberapa ayat al-Quran. Antara ayat yang menjadi kegemaran mereka untuk mewajarkan tindakan mereka menjadi golongan Pluralis Agama ialah ayat al-Quran, Surah al-Hujurat yang ke 13 mengenai penciptaan Allah SWT yang berbagai-bagai bangsa dan suku puak.
Mereka menafsirkan ayat yang mulia ini sebagai: Allah menjadikan manusia ini supaya berpluralisme dalam agama.
Mereka tidak merujuk kepada sabab nuzul dan tafsiran Mufassirin yang muktabar. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan sebahagian Sahabat yang kurang senang perbuatan Sayyidina Bilal r’a melaungkan azan di atas Kaabah ketika Fath al-Makkah.(40)
Ayat al-Quran yang mulia ini, tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman Pluralisme Agama.
BERBOHONG ATAS NAMA ULAMA SUFI
Selain dari menggunakan ayat-ayat al-Quran al-Karim, golongan Pluralisme Agama, baik dari kalangan yang mengaku Islam atau yang di luar agama Islam seperti Kristian dan Yahudi terutamanya, suka sangat menggunakan perkataan tokoh-tokoh Sufi yang utama seperti Jalaluddin al-Rumi, Ibn Arabi dan Abdul Ghani al-Nablusi. Malah, Pluralis Melayu mengkaitkan juga Muhammad Nafis al-Banjari rh.
Golongan ini memetik ungkapan tokoh-tokoh Sufi tanpa memiliki Ilmu al-Ibarah dan Ilmu Isyarat, yang semata-mata untuk mewajarkan mereka dan mempengaruhi orang ramai untuk menganut agama baru mereka yang bernama Pluralisme Agama itu.
Anwar Ibrahim misalnya, dalam ceramah di LSE itu, telah menulis: the lamps are different but the Light is the same…
Beliau mendakwa bahawa ungkapan ini adalah perkataan Maulana Jalaludin al-Rumi rh yang terdapat dalam Mathnawi Maknavinya.
Sebenarnya, beliau tidak merujuk pun kepada dan mengambil terus dari Mathnavi, tetapi mengutip dari tulisan John Hick yang takrifkannya dari tulisan R.A Nicholson yang asalnya berbunyi: ‘The light is not different (though) the lamp has become different (cahaya tidaklah berbeza meskipun lampunya berbeza).
Anwar terpaksa bergantung kepada seorang bukan Islam seperti Hick untuk menghuraikan makna Islam, padahal beliau klaim menghayati sapere aude. Satu paradoks!
Al-Rumi rh bukanlah seorang Pluralis seperti yang didakwa oleh Anwar dan golongan Pluralis Agama yang lain. Ia adalah seorang Muslim soleh yang sejati, yang mengikut syariat Nabi Muhammad SAW secara ketat zahir dan batin.(41)
Perhatikan kata-kata beliau:…wahai Yang Maha Wujud, lahirlah perbezaan antara orang beriman yang sebenarnya dan orang Zoroastrian dan Yahudi. Malah, al-Rumi rh menempelak al-Jarrah, seorang Kristian yang tidak mahu menggunakan akal anugerah Allah untuk meninggalkan dari menurut pegangan ayahnya yang juga seorang Kristian dan memeluk syariat Nabi Muhammad SAW.
Pengusung Pluralisme Agama menonjolkan bait-bait syair versi Nicholson-Joh Hick ini, konon mahu berdakwah kepada audiens bukan Islam di Barat.
Golongan Neo-Zindik Pluralis ini tanpa rasa malu, memasukkan Ibn Arabi rh ke dalam golongan mereka sebagai tokoh Pluralisme Agama. Padahal beliau rh menegaskan secara jelas kewajipan menurut syariat Nabi Muhammad SAW.
Dalam Futuhatnya, Ibn Arabi rh dengan tegas dan jelas menyatakan: ….sekiranya Rasul-rasul (yang terdahulu, hidup)pada zamannya (yakni pada zaman Nabi Muhammad saw), pasti mereka akan mengikutnya, sebagaimana syariat mereka mengikuti syariatnya. (42)
Apa yang menggelikan hati sekali ialah apabila seorang Pluralis Melayu, yang juga salah seorang tulang belakang IKD, Khalid Jaafar berkata: Muhammad Nafis al-Banjari rh pun seorang Pluralis Agama!
Dalam buku Kerohanian Dan Pencerahan, IKD, 2007, artikel, Kebebasan dan Pluralisme di Malaysia Baru oleh Khalid Jaafar, beliau memetik kata-kata Syaikh Muhammad Nafis rh: syuhud al-kathrah fi al-wahdah dan syuhud al-wahdah fi al-kathrah (43), sebagai kata-kata Pluralisme Agama dan mewajarkan tokoh ini dimasukkan ke dalam kelompok sesat mereka.
Kata-kata ini bukan kata-kata Pluralisme Agama atau kata-kata yang memaksudkan semua agama sama. Syaikh Muhammad nafis rh dalam mukadimah kitab ini, awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa beliau telah diminta menulis sebuah risalah …pada menyatakan wahdah al-Zat dan wahdah al-Sifat dan wahdah al-Asma dan wahdah al-Af’al…
Ertinya Syaikh Muhammad al-Nafis rh membicarakan mengenai Tawhid Islam pada peringkat tinggi mengenai Wahdaniyyah Allah SWT dan menghuraikan paras dan pengalaman musyahadah orang yang menjalani perjalanan rohaniyah dalam konteks Tawhid yang hakiki dan syuhud.
Pesan Syaikh yang mulia ini: … dan jangan engkau melampaui Syariat Muhammadiyyah iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah Taala dan Rasul-Nya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangnya jangan sekali-kali I’tiqadkan gugur taklik Syara, maka jikalau engkau i’tiqadkan gugur taklik Syara, nescaya jadilah engkau kafir zindiq, nauzubillahi minzalik dan berpeganglah engkau pada Syariat Muhammadiyyah…
Syaikh yang mulia ini tidak sedikit pun ada memberi gambaran atau bayangan atau isyarat dari perkataannya itu, kepada makna wahdah al-adyan atau kesatuan segala agama seperti yang dikatakan oleh golongan Neo-Zindiq ini; bahkan beliau menyuruh manusia berpegang kukuh kepada Syariat Nabi Muhammad SAW.
Dalam memberi komen kepada golongan Neo-Zindiq, al-Sarraj (w: 378H) berkata: Perlu anda ketahui, bahawa di zaman kita ini telah banyak orang yang berusaha membahath ilmu thoifah ini (golongan Sufi)… masing-masing dari mereka, menisbahkan pada dirinya suatu kitab yang diperindahkan dan kata-kata indah yang mereka susun sevara baik, padahal mereka bukanlah ahli dalam bidangnya. (44)
PENGARUH YAHUDI-KRISTIAN-IBLIS
Sekiranya diperhatikan secara cermat, akhir-akhir ini, ternyata bahawa faham Neo-Zindiq dan gerakan pemurtadan di kalangan umat Islam, adalah diusahakan dan dikembangkan oleh orang Islam sendiri.
Ada di antara mereka yang memiliki pendidikan Islam yang relative lumayan. Sesetengahnya pula pernah terlibat dalam gerakan pelajar, mahasiswa, belia dan NGO Islam, menjadi professor dan pensyarah universiti dalam bidang keislaman dan sebagainya.
Apakah punca sebenar mereka menganut fahaman Liberalisme-Pluralisme ini? Adalah tidak terfikir, bagaimana mereka ini boleh menganut akidah Liberalisme-Pluralisme Agama.
Dalam memahami kes ini, saya cuba menyelami sejarah manusia pertama iaitu Adam as, seperti yang diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran al-Karim. Ketika dihalau dari Syurga, Iblis memohon dari Allah untuk menyesatkan anak Adam dengan memasukkan ‘pengaruhnya secara terus’. Allah SWT dengan hikmahNya memperkenankan permohonan Iblis tersebut, namun seperti kata Iblis sendiri, hamba-hamba Allah yang mukhlasin (45) saja yang tidak dapat diperdaya olehnya.
Imam Shahrastani rh (w: 548H) dalam al-Milalnya menghuraikan dengan panjang lebar lagi, mengenai ayat al-Quran di atas, ketika membincangkan terjadinya firqah-firqah akidah dalam umat Islam. Beliau menyatakan dengan jelas bahawa fenomena wujudnya pelbagai firqah yang berkaitan dengan akidah umat Islam itu adalah angkara Iblis. (Bayangkan alim dan abid lagi zuhud seperti Amru bin Ubayd pun menjadi ideologi Mu’tazilah).
Demikian juga al-Ghazaliy rh, dalam membincangkan sebab-sebab rosaknya manusia, menyatakan bahawa hal tersebut berlaku, antara lain, adalah angkara pengaruh Iblis.
Faktor lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini ialah seperti dalam sebuah ayat al-Quran yang mana Allah SWT berfirman, bahawa Dia-Allah menghantar Syaitan kepada orang Musyrikin, agar orang Musyrikin itu berbuat maksiat kekufuran semahu-mahunya (46).
Orang kafir Musyrikin ini kemudiannya akan menjadi agen Iblis-Syaitan tadi untuk merosakkan akidah umat Islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam al-Quran: Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: ikutlah jalan kami (47)… dan firman Allah lagi: Dan orang-orang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar dengan bersungguh-sungguh akan al-Quran ini dan buatlah kekacauan terhadapnya…(48).
Keterangan di atas wajar ditambah lagi dengan beberapa ayat al-Quran yang lain. Antaranya al-Baqarah ayat 109, yang menyatakan kepada kita bahawa orang Yahudi-Nasrani tidak akan jemu-jemu berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam sehingga menjadi kafir.
Pendeknya, golongan Yahudi-Kristian-Kuffar serta Iblis-Syaitan, akan senantiasa mempengaruhi manusia dan kemudiannya menunggani mereka seperti kumpulan tis’atu rahtin (49), agar membuat kerosakan di muka bumi – kerosakan akidah dan syariah – dan tidak berbuat sedikit pun kebaikan.
Gerakan Yahudi-Kristian terlalu halus, sehalus gerakan Iblis laknatullah itu. pada awal tahun 70-an , ABIM yang mana saya merupakan salah seorang pengasasnya – adalah di antara kumpulan pioner yang mendedahkan peranan dan gerakan Yahudi-Kristian untuk memurtadkan ummah Islam.
Peranan gerakan Yahudi yan bernama Freemasonary, sebuah gerakan sulit Yahudi yang berpengaruh dan peranan gerakan kristian melalui The World Council of Churches, merupakan tajuk panas-penting dalam perbincangan usrah dan sebagainya.
Diadakan program khusus bagi menerangkan mengenai gerakan dan bahaya pengaruh Yahudi-Kristian; bagaimana modus operandi mereka dan bagaimana mereka berjaya menyusup masuk ke dalam diri individu dan organisasi Islam serta pimpinannya.
Senarai nama-nama individu dan pemimpin Islam yang telah masuk ke perangkap Yahudi tersebut diedarkan.
Buku-buku mengenai kegiatan dan bahawa Yahudi-Kristian diterbitkan semula dan diedarkan secara besar-besaran, ceramah dan pertunjukan slaid mengenai kegiatan Yahudi dipertontonkan ke seluruh negara.
Itu senario awal gerakan awal Islam pada tahun 70-an. Senario tersebut telah berubah sekarang. Dewasa ini, NGO – badan dakwah Islam dan individu yang lantang menentang Yahudi-Kristian pada awal 70-an itu, sudah tidak mempedulikan lagi semuanya itu (sesetengahnya menjadi rakan karib Yahudi). Adalah melanggar ‘adab’ dan amat sensitif jika isu Yahudi-Kristian dibangkitkan.
Kini, pendokong Pluralisme Agama Malaysia cuba mempertikaikan kesahihan buku The Protocols of The Elders Of Zion. Mereka menafikan bahawa buku ini ditulis oleh kumpulan gerakan sulit Yahudi. Kalau pun ia tidak ditulis oleh orang Yahudi sendiri, namun isinya ternyata benar dan selaras dengan apa yang berlaku dalam sejarah dewasa ini (50).
Umat Islam boleh faham dengan mudah kenapa pendirian ini dibuat. Mereka boleh saksikan dengan terang bagaimana golongan Pluralis Malaysia sering ulang-alik ke Eropah dan Amerika Syarikat, mengadap orang-orang Yahudi untuk berbincang, menyusun strategi dan mendapat arahan-arahan penting untuk menjahanamkan orang Islam (51).
Orang-orang yang diagung-agungkan oleh umat Islam seperti Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghan adalah ahli Freemasonary sementara Munsyi Abdullah pula adalah agen Kristian yang bantu menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.
Ramai lagi orang yang dipuja-puji di kalangan umat Islam dan pemimpin umat Islam dewasa ini menjadi agen pemurtadan. Jika kita perhalusi dengan cermat, maka akan berjumpalah dengan mereka itu, yang sesetengahnya kita tidak sangka.
Perlu juga diberi perhatian kepada satu organisasi peringkat antarabangsa yang bernama The Gulen Movement. Organisasi ini diterajui oleh Muhammad Fetullah Gulen, seorang ahli perniagaan Turki yang menetap di Pennsylvania, AS.
Pada zahirnya aktiviti mereka banyak kepada bantuan kebajikan dan pendidikan. Di bawahnya terdapat puluhan NGO yang aktivitinya berdasarkan kepada pendekatan ‘inklusif’ yang bertema dan menjurus kepada apa yang mereka namakan sebagai ‘Abrahamic Faiths.’
Salah satu badan yang bernaung di bawah Gulen ialah Affinity Intercultural Foundation, beroperasi di Sydney, Australia.
Pada Disember 2009, bertempat di Melbourne, mereka telah menganjurkan satu program yang bernama ‘Parliament Of The World’s Religions.’ Ini adalah siri terbaru dari beberapa siri yang berlangsung beberapa abad yang lalu.
Tujuan program ini ialah untuk melahirkan ‘satu agama baru’ bagi satu planet ini. penceramahnya, antara lain ialah Prof. Hans kung, Rev. Corbin Arthen, Rabbi David Rose, Dalai Lama, Dr. Siti Musdah Mulia dan Anwar Ibrahim.
Satu poin penting lain yang saya perlu sebut ialah dalam usrah tahun 70-an itu sudah dibincangkan mengenai agenda Kristian untuk memurtadkan-Kristianisasi di alam Melayu dalam lingkungan masa 25 tahun (dari tahun 70-an).
Ya, ternyata benar. Dalam lingkungan masa sekitar 25 tahun, rancangan mereka bergerak lancar walaupun belum mencapai target. Pun begitu, sudah ramai dari ‘kepala’ aktivis Islam tahun 70-an di Indonesia dan Malaysia – walaupun tidak menjadi Kristian secara pengucapan dan upacara – telah menganut faham Liberalisme-Pluralisme Agama yang diasaskan oleh seorang Kristian yang bernama John Hick itu. inilah yang dikatakan oleh (Dr) Uthman El-Muhammady “sayu tidak terkira hati…” (52)
Strategi Yahudi-Kristian di alam Melayu sama sahaja, baik di Indonesia mahupun Malaysia iaitu menyerang persatuan pelajar dan belia Islam.
Yahudi-Kristian sedar bahawa persatuan pelajar dan belia Islam ini adalah reservoir penting yang menyediakan aktivis yang berwawasan Islam dan mempunyai potensi besar menjadi pemimpin politik dan masyarakat. Jadi, secara strategik, maka sumber itu harus dimusnahkan.
Di Malaysia, kumpulan yang pernah digelar sebagai ‘belia kompang dan pintu gerbang’ kerana mereka tidak terlibat dalam kegiatan dakwah Islam pada tahun 70-an, tidak menjadi sasaran mereka. Tetapi yang menjadi sasaran mereka ialah persatuan pelajar dan belia Islam.
Sebab itu kita dapati, pemimpin dan persatuan ‘belia kompang dan pintu gerbang’ini, tidak membuat masalah kontroversial dalam hal akidah seperti yang dibuat oleh sesetengah ‘kepala’ aktivis atau bekas aktivis pelajar atau belia Islam. Merekalah yang menjadi promoter dan lokomotif kepada Pluralisme Agama di Malaysia. Yahudi menjadikan Goyim sebagai Agentur!
Dulu, gerakan pemurtadan di alam Melayu bahkan di seluruh dunia Islam, adalah di bawah organisasi Freemasonary dan WCC. Jenama ini sangat terkenal dan amat sensitif pula kepada umat Islam.
Untuk mengabui mata umat Islam, mereka mengubah jenama ini dengan berbagai-bagai jenama baru atas nama yayasan kebajikan, pendidikan dan mempromosi demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, good governance dan sebagainya. yang saya namakan ‘Pergerakan Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru.’
Seluruh umat Islam, baik yang terlibat dalam parti politik atau NGO, bahkan umat Islam seluruhnya perlu mengenali dan meneliti ‘Pergerakan Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru’ ini. kita perlu mengenali individu-individu dan organisasi Islam yang bekerjasama dan menerima dana dari mereka.
Kata Imam al-Ghazzaliy rh : “… melihat ahwal (pelakuan, aktiviti) atau mendengar aqwal (perkataan, percakapan, tulisan) maka anda akan kenal mereka!”.
Bagi aktivis Islam tahun 70-an, nama tokoh Yahudi seperti Theodore Herzl, Weizman, Ben Gurion, Benjamin Disraeli dan lain-lain lagi, adalah tidak asing dan amat dikenali. Namun sekarang tahun 2011M, aktivis Islam dan masyarakat Islam, hampir tidak mengenali tokoh-tokoh Yahudi semasa dan pergerakan mereka.
Untuk tujuan keselamatan ummah, umat Islam harus mengenal peribadi-peribadi yang bergerak secara terang atau di sebalik tabir dalam ‘Pergerakan Yahudi Baru.’ Mereka wajar mengenali nama-nama seperti Paul Wolfowitz, Al Gore, Martin Indyk, Michael Danby, William Cohen – sekadar menyebut beberapa nama – seperti mana aktivis Islam mengenali musuh mereka dari kalangan tokoh-tokoh Yahudi pada tahu 70-an dulu. Mereka inilah yang merupakan arkitek dan engineer pemusnah umat Islam.
Selain dari individu, perlu juga mengenali organisasi/institusi/yayasan seperti AIPAC, Foundation For The Future (FFF), The Brookings Institute, East West Foundation, APCC, The Soros Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Siftung, RAND Corporation, The Sasakawa Peace Foundation (Jepun), The Becket Fund dan lain-lain yang mana semuanya ini menyediakan bermacam-macam kemudahan infrastruktur dan logistik untuk tujuan di atas. Aktiviti mereka berselindung atas nama dialog, persefahaman dan keamanan sejagat.
SARANG PLURALISME AGAMA
Tidak boleh dinafikan bahawa hubungan aktivis Liberalisme-Pluralisme Agama antara Malaysia-Indonesia amat erat. Golongan Pluralis Agama yang beroperasi melalui IKD telah mencetak ulang banyak artikel dan buku-buku yang pernah diterbitkan oleh golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.
Aktivis Indonesia juga sering dijemput dalam diskusi/wacana anjuran IKD dan aktivis Pluralisme Agama Malaysia juga ke sana dalam program yang sama.
Saya sengaja menyebut hal ini adalah sebagai peringatan kepada pengalaman kita masa lalu, yang mana kita tidak memberi perhatian yang serius kepada ajaran sesat al-Arqam dan Syiah. Sehingga akhirnya kita terpaksa membayar harga yang amat mahal untuk menghadapi mereka.
Selepas revolusi Syiah Iran, organisasi politik dan NGO Islam menjadi sarang penyebaran faham Syiah di merata dunia termasuk Malaysia. Beribu-ribu buku ajaran Syiah masuk ke Malaysia dan sesetengahnya diedar percuma. Malah, ada ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Iran untuk mempelajari Islam (yang sebenarnya mereka belajar ialah agama Syiah).
Orang-orang Syiah juga ada menghantar propagandis mereka ke Malaysia dengan tujuan untuk mengajar agama mereka. akibat dari hal-hal demikian, maka wujudlah komuniti Syiah Melayu di tengah-tengah masyarakat Islam Sunni.
Demikian juga dalam kes al-Arqam. Sarangnya tidak dimusnahkan dan buku-bukunya dibiar tersebar luas dan berjaya mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam.
Bagi ajaran sesat yang tidak mempunyai cita-cita besar dan tidak pula mempunyai strategi untuk menyebarkan faham mereka, tidaklah begitu sangat merisaukan.
Tetapi itu pun sudah cukup memenatkan kita, apatah lagi bagi golongan yang mempunyai cita-cita besar dengan berbagai strategi seperti penerbitan berskala besar dengan dana yang besar keranan sokongan kumpulan anti-Islam Barat; mempunyai jaringan antarabangsa yang melibatkan individu profil tinggi; hubungan akrab dengan NGO luar negara dan sokongan sesetengah kerajaan asing; maka perhitungan dan perhatian yang lebih serius perlu diberi oleh masyarakat Islam.
IKD sudah bertahun-tahun mendapat dana asing untuk aktiviti mereka dan aktivisnya konsisten dengan program mempromosi doktrin Pluralisme Agama melalui penerbitan, wacana, kursus, latihan dan sebagainya.
Adalah suatu kenyataan bahawa Pluralisme Agama, yang bermula dari Yahudi-Kristian itu, kemudian masuk ke dalam diri individu dan organisasi yang dipimpin oleh orang Islam, seperti seekor burung helang Amerika Utara: bersarang-bertelur-menetas-membesar dalamnya, kemudian mencari mangsa di tengah-tengah masyarakat Islam.
Sarang-sarang maksiat Pluralisme Agama di Indonesia adlah seperti Salihara-Paramadina-JIL dan seumpamanya dengan tokoh yang masih hidup seperti Goenawan Mohamad, Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar dan lain-lain. Sementara di Malaysia, sarangnya ialah IKD dengan tokohnya seperti Khalid Jaafar, Anwar Ibrahim dan lain-lain.
Kenapa organisasi orang Islam? Jawapannya mudah: ia adalah palaksanaan sebahagian dari resolusi RAND Corporation iaitu : Ini bukan satu bentuk peperangan antara tamadun – bukan Islam lawan Barat – tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif mereka; Islam Liberal (juga Islam Pluralis-P) atau Islam Radikal (maksudnya ialah Islam sebenar-P). (53)
Sarang Pluralisme Agama terbesar iaitu IKD, kini di dalam keadaan cemas. Para aktivisnya tidak hilang akal. Mereka mencari (sudah dapat?) NGO-NGO Islam yang lain untuk membuat sarang baru.
PLURALISME AGAMA DAN PERJUMPAAN DENGAN ANWAR IBRAHIM
‘(Saya) bertempur…’ kata-kata ini diucapkan oleh Anwar Ibrahim pada dua tarikh berbeza, di dua tempat berbeza, di depan dua audiens berbeza.
‘…bahkan kalau di Malaysia, (saya) bertempur dengan kalangan yang menjadi Islam itu sebagai faktor penghalang…’ Inilah kata Anwar Ibrahim pada 11 Oktober 2011 di Salihara, Jakarta, di hadapan aktivis Liberalisme-Pluralisme.
Kata-kata ini diucapkan kira-kira lima bulan selepas Program –Wacana MUAFAKAT pertama yang menyanggah fahaman Pluralisme Agama pegangan beliau yang berlangsung pada 1 Mei 2010. (54)
‘Kalangan’ yang dimaksudkan oleh Anwar ialah golongan yang menentang Liberalisme-Pluralisme di Malaysia.
Salihara adalah salah satu sarang golongan Liberalisme-Pluralisme Agama terpenting di Indonesia.
‘…sebab saya di Jakarta…, saya memang dalam pertemuan, bertempur dengan mereka dalam hal ini dalam beberapa isu dengan Lingkaran Liberal…’ Inilah pula kata Anwar pada 2 Januari 2011 di Cyberjaya, dalam majlis perjumpaan beliau dengan MUAFAKAT dan aktivis Islam lain.
‘Mereka’ yang dimaksudkannya itu ialah golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.
Saya sendiri adalah salah seorang yang hadir dalam perjumpaan dengan beliau pada malam tersebut. Dalam perjumpaan itu, beliau amat defensif bahkan apologetic dengan mengakui beliau “sedikit longgar” (sebenarnya tidak sedikit) dalam ucapan di LSE itu dan berjanji akan edit semula tulisan itu. (55)
Jadi, bila beliau bertempur? Jika pembaca meneliti pula ucapannya di Salihara, beliau tidak pun bertempur dengan golongan Liberalis-Pluralis yang hadir itu, bahkan menggembirakan mereka.
Ini adalah kerana beliau memberitahu audiensnya, bahawa beliau bertempur (sebenarnya tidak) dengan golongan penentang Liberalisme-Pluralisme Malaysia untuk menyakinkan mereka yang beliau bersama mereka, menentang para penentang fahaman Liberalisme-Pluralisme di Malaysia (dan memang pun beliau menentang para penentang fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama).
Allah Maha Benar. Allah SWT mengingatkan manusia supaya jauhi perkataan dusta. Firman-Nya dalam Surah al-Haji ayat 30 berbunyi: wajtanibuu qaula z-zuur.
Imam Bukhari dan Imam Muslim rh meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyatakan, di antara sifat munafik ialah apabila seseorang itu bercakap, dia berdusta: iza haddatha kazaba. Ulama Ahli Sunnah pula menyuruh supaya berinteraksi dengan lisan-percakapan yang benar- sidqu llisan.
Sebaik sahaja wacana pertama dianjur oleh MUAFAKAT itu, Anwar Ibrahim meminta untuk bertemu dengan aktivis MUAFAKAT. (Dalam perjumpaan itu dia mengatakan MUAFAKAT yang ingin berjumpa!)
Perjumpaan ini tertunda beberapa kali atas permintaan beliau sendiri kerana kesibukan beliau menghadiri program politik yang urgent.
Akhirnya pada 2 Januari 2011, malam, perjumpaan yang dirancangkan itu telah diadakan. Tujuan perjumpaan tersebut adalah kononnya beliau ingin memberi penjelasan lanjut berkaitan ucapan beliau di LSE itu.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau mengaku merujuk dan mengambil tulisan John Hick dalam menulis ucapan beliau itu. ternyata saat tamat pertemuan, beliau masih tidak menarik balik ucapan pendirian beliau mengenai Pluralisme Agama mazhab John Hick itu, walaupun diminta berbuat demikian.
Beliau sekadar berkata, akan ‘edit’ semula tulisan=ucapannya itu. Ini adalah logik kerana seperti kata beliau:… lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat sapere aude… Ini mungkin kerana akidah tersebut sudah melekat kukuh pada akal dan sanubari beliau.
Sebenarnya, perjumpaan tertutup ini hanyalah untuk aktivis MUAFAKAT dan beberapa orang jemputan sahaja. Namun seperti yang dijangka, dihadiri juga oleh orang lain. Kehadiran sekitar 120 orang yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan NGO Islam, pelajar dan belia Islam, pensyarah universiti, aktivis politik dan beberapa orang luar, yang nampaknya dikerah khas untuk memberi sokongan moral kepada tokoh Pluralisme Agama ini.
Perjumpaan ini tidak menepati tujuan sebenar iaitu untuk berbincang secara terperinci mengenai isu Pluralisme Agama berdasarkan ucapan Anwar itu. Banyak soalan yang bersifat amat fundamental dan memerlukan jawapan dari Anwar, telah tidak dapat disoal oleh penentang Pluralisme Agama kerana sikap moderator iaitu Prof. Osman Bakar.
Beliau membiarkan perkara yang tiada kena mengena dengan isu Pluralisme Agama turut disentuh.
Padahal beliau memberi jaminan tidak akan mengizinkan hal tersebut. Beliau juga mengambil kesempatan dengan menggunakan masa yang panjang untuk menegaskan pendirian Pluralisme Agamanya yang sepatutnya dibuat dalam satu sesi berasingan seperti yang beliau buat tidak lama kemudian dalam pertemuan tertutup dengan beberapa NGO.
Agaknya beliau lupa bahawa perjumpaan tersebut adalah antara pennetang fahaman Pluralisme Agama dengan Anwar, bukan dengan beliau atau orang lain.
Semasa mengendalikan majlis, beliau tidak menumpukan perhatian kepada isu pokok dan tidak mengikuti isi perbincangan dengan tertib dan teliti. Ini terbukti apabila dengan tiba-tiba beliau mencelah ketika seorang peserta sedang berhujah, dengan mengatakan bahawa yang perlu diserang ialah John Hick.
Peserta yang sedang berhujah itu lantas menjawab: memang, yang sedang diserang sekarang ini ialah konsep Pluralisme Agama John Hick dan tenteranya bukan Sophia Perennis atau lainnya.
Anwar tidak menerangkan alasan kenapa dia menyamakan semua agama setara; tidak menyeluruh langsung konsep salvation keselamatan; tidak menghiraukan statementnya yang melarang orang berkata yang agama lain salah; tidak ulas penggunaan ayat al-Quran yang dia gunakan untuk membenarkan fahamannya dan beberapa perkara lagi yang mana semua ini adalah hal-hal yang amat fundamental berkaitan akidah.
Bukan sahaja beliau tidak menerangkan hal tersebut, malah beliau menafikan beliau yang beliau bermaksud demikian, padahal ternyata sangat terang dalam tulisan-ucapannya itu.
Dia mengambil hampir keseluruhan masa perjumpaan tersebut bercakap perkara yang tiada kaitan dengan fahaman Pluralisme Agama. Ini adalah taktik biasa beliau yang bertujuan untuk mengalih isu sebenar.
Tidak seorang pun dari kalangan pemimpin NGO, pelajar dan belia Islam yang dikerah hadir pada malam tersebut, terlibat dalam perbincangan dan memberi pandangan dalam isu Pluralisme Agama ini.
Respon keras menentang hanya dari MUAFAKAT. Ini adalah kerana yang ramai-ramai datang itu, langsung tidak ada maklumat mengenai fahaman Pluralisme Agama dan tidak pula membaca ucapan-tulisan Anwar itu. Ini diakui sendiri oleh peserta yang hadir pada malam itu.
Sebab itu saya katakan di awal, bahawa mereka datang kerana dikerah yang semata-mata bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada tokoh idola mereka, bukan untuk berbincang mencari kebenaran.
Apa yang menggelikan hati ialah seorang Naib Presiden sebuah NGO Islam dari awal hingga akhir kalam, terus-menerus memuji Anwar. Tidak sepatah pun orang ini bercakap tentang Pluralisme Agama!
Fahaman yang dimotori Anwar ini sudah nampak bayang-bayangnya dan mula mengakar di kalangan sesetengah aktivis pelajar, belia Islam serta NGO Islam. Pandangan ini berdasarkan hasil pemerhatian kepada sikap berdiam diri mereka dalam isu Pluralisme Agama yang ditunjukkan pada malam perjumpaan tersebut dan sokongan mereka yang terus-menerus kepada beliau.
Ada yang mengatakan bahawa isu ini sudah selesai dan perlu diberi tumpuan kepada isu yang lebih besar.
Apakah ada isu yang lebih besar dari isu akidah? Dari sekian ramai yang datang, hanya lima orang peserta sahaja yang berhujah menentang fahaman Pluralisme Agama dengan hujah yang mantap.
Hujah penentang faham Pluralisme Agama, tidak dijawab secara tuntas oleh tokoh Pluralisme Agama tersebut demi menolak tuduhan yang dia seorang Pluralis Agama.
Seperti yang disebut terdahulu, di luar majlis, ada cakap-cakap menyatakan bahawa isu tersebut sudah selesai, malah beliau sendiri ada memberitahu hal sedemikian kepada seorang pemimpin politik yang menjadi rakan politiknya.
Isu yang dia seorang Pluralis Agama tidak selesai lagi. Ini ternyata benar, kerana pada penghujung bulan Februari 2011, iaitu kira-kira dua bulan selepas pertemuan dengannya, beliau masih mempertahankan akidah Pluralisme Agamanya, apabila beliau dengan keras menyerang orang yang mengkritik fahaman Pluralisme Agama.
Kemudian beliau ulangi lagi pendiriannya ini dalam ceramah politiknya di hadapan khalayak yang kosong pengetahuan mengenai Pluralisme Agama di Hulu Kelang; lepas itu pula, beliau mengugut, jika dia didakwa oleh pihak berkuasa agama, beliau akan memanggil beberapa orang luar Malaysia yang dianggapnya alim, untuk mempertahankannya; beliau menegaskan lagi pendiriannya secara tegar pada bulan Mac baru-baru ini dalam satu kenyataan media.
Teramat terang bahawa akidah Pluralisme Agama sudah melekat kukuh padanya. Isu ini hanya akan selesai sekiranya beliau menulis menarik balik pendirian asalnya yang berfahaman Pluralisme Agama mazhab John Hick dan menyatakan pendirian barunya yang bertepatan dan selaras dengan ajaran akidah Islam Ahli Sunnah wa al-Jamaah (kerana beliau mendakwa beliau adalah Ahli Sunnah wa al-Jamaah) dan dimuatkan dalam blog atau sebagainya yang dimilikinya beliau. Jika beliau berbuat demikian, maka kebaikan adalah miliknya.
STRATEGI GOLONGAN PLURALISME AGAMA
Antara lain, strategi golongan Pluralisme Agama Malaysia dalam menyebarkan fahaman mereka ialah:
(1) Dampingi NGO dan Persatuan Pelajar Islam.
Berusaha mendampingi pelajapelajar dan belia-belia Islam melalui rangkaian organisasi yang mereka kuasai. Ini ternyata jelas bila mana sesetengah NGO Islam, persatuan pelajar dan belia Islam dikerah untuk membuat dan menjayakan program untuk mendokong tokoh Pluralisme Agama ini. adalah amat menyedihkan ada organisasi-organisai Islam, persatuan pelajar dan belia Islam, sanggup menjadi alat kepada misi golongan jahat ini.
(2) Penyebaran Buku.
Menyebar luas buku-buku mengenai fahaman Pluralisme Agama dalam bahasa Melayu untuk menarik orang Melayu yang beragama Islam kepada aliran sesat mereka.
(3) Program Perkadiran dan Pemantapan.
Merekrut kadir-kadir dari kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti serta belia dan pekerja melalui program kursus-bengkel. Kumpulan yang sudah mengikuti program pertama akan dimasukkan ke program yang lebih tinggi yang dinamakan ‘Sekolah Politik’ dan program ‘Pencerahan Tanwiri’.
(4) Membina Keyakinan Masyarakat.
Mengadakan caramah terbuka dan wacana-wacana umum untuk membina keyakinan masyarakat melalui slogan ‘perubahan’, ‘kebebasan’ dan sebagainya. Sekali lagi ada organisasi dakwah Islam dijadikan tunggangan mereka.
(5) Perancangan Politik.
Bergerak melalui parti politik secara aktif dan bertanding dalam pilihan raya. Pada peringkat antarabangsa pula, mereka melobi dan memohon sokongan politik dan moral dari pemimpin dunia atas slogan perubahan, demokrasi, kesetaraan agama, kebebasan, good governance dan lain-lain lagi.
(6) Menguasai Pusat Pengajian dan Institut Pemikiran.
Mengadakan program ilmiah (seperti program Gulen di sebuah universiti tempatan, IAIS dan lain-lain) dan dialog-dialog agama dan budaya.
KESIMPULAN
Ternyata badai fahaman Liberalisme-Pluralisme ini adalah ancaman paling bahaya dari sekian banyak fahaman dan pemikiran pasca-modernisme. Kita wajib membendungnya dengan memperkasa memantapkan ilmu-ilmu Islam serta memahaminya dengan benar seperti yang dihuraikan dalam epistemologi ASWJ.
Ulama-ulama Islam zaman klasik seperti Imam Abu Hasan al-Asy’ariyy, al-Ghazzaliyy dan lain-lain lagi, dalam menghadapi serangan musuh-musuh pemikiran dan akidah Islam, telah menelaah secara serius tulisan-tulisan musuh dan dalam waktu yang sama, mendalami serta memantapkan ilmu-ilmu Islam sendiri.
Kita juga perlu mengadakan wacana dan perbincangan di setiap kesempatan bagi menghuraikan bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama ini. justeru sebagai Kharya Ummah, maka mungkar Liberalisme-Pluralisme Agama ini, perlu dibongkar hingga ke akar umbi dengan kita bersatu tenaga menghapuskannya.
(40) Sayuti; Lubab.
(41) Rujuk Lampiran VII: Sedutan Dari Bait-bait Jalal Al-Din Rumi Dalam Mathnawi Ma’nawi bagi membuktikan bahawa Rumi bukan mencanangkan ajaran Pluralisme Agama.
(42) Futuhat, Dar Saadr, jil 3, ms 153, baris 17 dari atas.
(43) Kata-kata ini terdapat pada ms 17, baris 8 dan bari 13 dari atas, dalam al-Dur al-Nafis, cetakan Dar al-Mu’arif, Pulau Pinang. Kitab ini ditulis pada 1200H.
(44) Sarraj, al-Luma’, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrouth, ms 8.
(45) Lihat Surah al-Hijr: 39-40.
(46) Lihat Surah Maryam: 83.
(47) Surah al-Ankabuut: 12.
(48) Surah al-Fussilat: 26.
(49) Surah al-Namli: 48.
(50) Lihat umpamanya, Pawns In The Games, International Jews, The Israel Lobby dll.
(51) Lihat laporan kajian RAND Corporation oleh Cheryl Benard “Civil Democratic Islam-Partners, Resources and Strategies” 2003. Bahan ini boleh dimuat turun dari internet di http://www.rand.org/pubs/monograph_reports/2005/MR1716.sum.pdf (1 Jun 2011). Sebahagian dari saranan untuk menyokong dan membantu golongan modenis dipetik di Lampiran VI.
(52) Disebut oleh Ustaz uthman pada permulaan artikel ‘Pluralisme Agama: Beberapa Persoalan dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam’ dalam buku ini.
(53) Cheryl Benard “Civil Democratic Islam – Partner, Resources and Strategies.”
(54) Selepas program-wacana itu, kami tidak pernah berjumpa dengan beliau sehinggalah bertemu dalam majlis pada 21hb Januari 2011. Kami tiada maklumat dengan siapa beliau bertempur.
(55) Teks penuh ucapan Anwar Ibrahim
Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah (3)
Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah (2)
Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah