Tuesday, 3 July 2012

Who Are Suaram



whoaresuaram - An organisation called SUARAM has featured in the Malaysian and international media a lot recently, often described as an “independent human rights group”. So who are they? The thing is, whilst the group has been very public in attacking Prime Minister Najib Razak, they are very private about their own affairs. Their own website doesn’t give anything away about who is actually behind the group.
After a bit of media research we were able to compile the biographies below. As you can see, the group is dominated by PKR affiliates, officials and even politicians. And these are just the ones we know about. The photograph revealed above shows the longstanding ties key SUARAM members have with Anwar Ibrahim and his interests.
Why does this matter? Firstly, the controversial Scorpene issue has been reheated recently purely because of unsubstantiated claims by SUARAM, and their cunning but misleading portrayal of the French legal process. It’s outrageous that such a serious allegation can be based unquestioningly on the word of a group with clear political motivations.
It’s also fundamentally cynical and dishonest (not to mention damaging to our country’s reputation) to conduct partisan politics in this way. Sadly we’ve seen it before with Anwar’s so-called “international fact-finding mission”. Enough is enough. Please share this website with your friends so that they can find out who SUARAM really are.


Perwakilan Malaysia Beri Penjelasan Isu Kehadiran Diplomat Singapura Perhimpunan Bersih


SINGAPURA, 30 Jun – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah memberi respons terhadap surat yang tersiar dalam akhbar The Straits Times Khamis lepas berhubung dakwaan kehadiran tiga diplomat republik ini pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April.
Dalam jawapan itu,, Kaunselor (Politik) Nik Ady Arman memulakan tulisannya dengan menegaskan tentang pentingnya mengenal pasti perbezaan antara tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia dan tindakan NGO serta kumpulan tertentu yang berkepentingan.
Kata beliau walaupun kerajaan Malaysia telah meminta Pesuruhjaya Tinggi Singapura menangani isu ini secara diplomatik, tetapi tidaklah memeranjatkan apabila NGO dan kumpulan lain yang berkepentingan, menunjukkan reaksi masing-masing berhubung isu berkenaan berdasarkan sentimen yang tercetus daripadanya.
Seperti yang diduga, begitu jugalah yang dilakukan para pembaca dalam surat mereka kepada The Straits Times.
Kedua, kata Nik Ady, perkara yang perlu juga diambil kira ialah tentang perbezaan kecil, tetapi tidak kurang pentingnya, antara kehadiran diplomat pada perhimpunan itu dan perhimpunan haram.
Nik Ady berkata sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak pernah mengehadkan atau menghalang sesiapa daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang sah di sisi undang-undang, tetapi beliau menegaskan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan haram.
“Penyertaan warga asing dalam perhimpunan haram tempatan bukan saja boleh mencetuskan spekulasi tentang motif pembabitan mereka, tetapi kerajaan tuan rumah juga akan dipertanggungjawabkan sekiranya diplomat terbabit menjadi mangsa tindakan ganas dalam demonstrasi itu,” katanya.
Nik Ady berkata atas alasan inilah diplomat Malaysia sentiasa diperingatkan agar tidak menyertai kegiatan haram ketika berkhidmat di luar negara.
Ketiga, kata beliau, Malaysia menghargai keputusan kerajaan Singapura menolak permohonan kumpulan tertentu yang menyokong Bersih 3.0 di Singapura, yang jelas beliau, merupakan suatu tanda persahabatan, yang pastinya turut memberi kebaikan besar kepada Singapura sendiri.
“Keempat, adalah tidak benar wujudnya pemikiran bahawa rakyat Malaysia masih menganggap Singapura sebagai ‘adik’. Ramai rakyat Malaysia dilahirkan selepas atau mempunyai pengalaman yang amat sedikit tentang pemisahan (antara Malaysia dan Singapura pada 1965).
Bagi mereka, kata Nik Ady, Singapura adalah sebuah negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.
Beliau seterusnya berkata kejayaan jiran terdekatnya adalah penting bagi Malaysia, kerana “kami amat sedar bahawa kemakmuran hanya boleh dikecapi apabila jiran kami juga berjaya”.
Nik Ady berkata perdana menteri kedua-dua negara berpandangan jauh apabila mereka tidak mengungkit sejarah lampau dan ini terbukti melalui kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dua hala yang begitu memberangsangkan.
Pada 22 Jun, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Ong Keng Yong untuk menyatakan kepada beliau bahawa “penyertaan secara langsung diplomat berkenaan dalam perhimpunan haram itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan”.
Suruhanjaya Tinggi Singapura menafikan diplomat republik ini menyertai perhimpunan itu dan menjelaskan bahawa mereka hadir sebagai pemerhati, yang merupakan sebahagian daripada “tugas diplomatik mereka” – Bernama

PAS : Tolak LGBT, Tutup Mulut Isu Anwar


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menuntut Pas menjelaskan pendiriannya berhubung dengan budaya LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan ideologi pluralisme dan liberalisme yang diketahui diperjuangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya harap Pas jangan menyokong melulu tanpa meneliti apa sebenarnya yang ada dalam LGBT. Jangan kita memberi sokongan secara semberono semata-mata demi kepentingan politik kerana ia akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
“Dalam hal ini, banyak unsur-unsur negatif akan berlaku jika budaya LBGT menjadi amalan pemimpin pembangkang. Perjuangan itu (sokongan Pas) salah dan mereka harus sedar jika benar Pas bersandar kepada Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pelepasan Program Konvoi Jelajah Kemasyarakatan oleh Briged Sukarelawan Khidmat Negara di perkarangan Auditorium, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur, 26 Jun.
“PAS dilihat berpegang teguh kepada pendirian menolak budaya LGBT di negara ini, namun persoalan timbul tentang pendirian parti itu yang berterusan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun ketua pembangkang sering dikaitkan dengan LGBT, ketika berhadapan tuduhan mahkamah sebanyak dua kali,”lapor Antarapos.com
Untuk mendapatkan reaksi PAS itu, Antarapos.com telah menghubungi Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi.
Ketua Pemuda PAS itu menyatakan pendirian yang tegas menolak LGBT, malah menyalahkah kerajaan di atas kemasukan Irshad Manji ke Malaysia.
Namun begitu, beliau dilihat tutup mulut apabila menyangkut isu berkaitan dengan Anwar Ibrahim yang juga ada kena mengena dengan LGBT.

Anwar Sebagai Aset Pelobi AS – Nile Bowie Wawancara Dr Chandra Muzafar


Nile Bowie seorang penulis dan jurugambar Amerika Syarikat (AS) dari Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Montreal, Kanada telah wawancara Profesor Dr Chandra Muzafar pada 17 Jun 2012 di pejabat JUST, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
Wartawan Barat itu bertanyakan tentang strategi AS di rantau Asia Pasifik dalam menghadapi ancaman negara China sebagai kuasa baru dunia dan kaitannya dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Thailand dan Malaysia dalam agenda tersebut.
“Mereka (AS) memerlukan lebih ramai pemimpin untuk memainkan peranan menghadapi China..Pemimpin yang boleh dikawal AS dari segi pembangunan ekonomi dan politik di rantau ini.
“Mereka mempunyai pemimpin di sini.. yang dipersiapkan untuk tujuan itu iaitu Anwar Ibrahim yang sangat rapat dengan kepentingan neocon di AS,”kata Dr Chandra.
Bowie turut bertanyakan pandangan Dr Chandra tentang grand design ‘Regime Change’ melalui BERSIH yang dibiayai oleh NDI dan yayasan George Soros, Open Society Institute (OSI).
Untuk mendapatkan pandangan Dr Chandra berkenaan persoalan di atas, sila tonton rakaman video di atas.
Nile Bowie yang kini mula berpindah pangkalan ke Malaysia sering menghantar pandangan-pandangannya tentang isu globalisasi kepada rakannya, Tony Cartalucci, Land Destroyer Report dan Professor Michel Chossudovsky, seorang pakar ekonomi dari Kanada yang menulis di GlobalResearch.ca.

Scorpene: Pembohongan Suaram


Zulkifli Jalil – BAGAI nak rak dan ‘tercabut dunia’ dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya ‘Suara Keadilan’ PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.
Dalam ‘permainan licik’ mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan ‘terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan’.
Malah, lebih teruk lagi pembohongan Suaram ialah kononnya juga Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Mereka mengaitkan pula urus niaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia.
Realitinya, memang benar ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam Scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh Suaram kepada mahkamah Perancis. Tidak seperti di Malaysia, yang mana pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, lain pula di Perancis apabila pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan hakim.
Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa dua hingga tiga tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sekiranya siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan daripada pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal sapina ke atas Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah tersebut yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.
“Kerajaan Malaysia difahamkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, tidak timbul soal kerajaan akan memohon menjadi pemerhati,” jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penangguhan menjawab soalan daripada seorang wakil pembangkang di Parlimen malam kelmarin.
Pertanyaan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) itu berbunyi: “Sama ada kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah ‘Tribunal de Grande Istance’ Perancis untuk mendapatkan akses kepada kertas pembuktian yang dirujuk oleh Suaram dalam ‘kes Scorpene’ tersebut.
Mengimbas fakta mengenai pembelian Scorpene, kontrak perolehan dua buah kapal selam baru berkenaan telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah 1.084 bilion Euro.
Skop kontrak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Bahagian Pertama: Antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dan NAVANTIA merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah 969.15 juta Euro.
b) Bahagian kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih-pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah 114.96 juta Euro.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, Kementerian Pertahanan tidak pernah membuat sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene.
“Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah tidak benar.
“Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta Euro. Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong),” kata Ahmad Zahid lagi.
Menjawab desakan pakatan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara, Ahmad Zahid menjelaskan:
“Kerajaan berpendapat tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam itu memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
“Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
“Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan,” katanya.
Dalam hal ini, Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan Malaysia juga tidak perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting kerajaan bebas daripada rasuah dan pengkhianatan.
“Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen,” kata beliau.
Kata Ahmad Zahid lagi: “Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan, manakala setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara.
“Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.”
Kebenaran dalam isu Scorpene sudah dinyatakan kerajaan. Namun, ia pasti tidak diterima oleh pembangkang di negara ini. Malah, akan diputarbelitkan lagi oleh Suaram dan pakatan pembangkang.
Apatah lagi Suaram bukanlah asing di mata rakyat – menjadi alat dan ejen pembangkang di negara ini. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar, ia akan menjadi raksasa yang memakan diri.

PKR, Singapura & SUARAM


Sekurang-kurangnya empat pimpinan tertinggi PKR dilahirkan di Singapura. Mereka adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilahirkan pada tahun 1953; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 25 Ogos 1964; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, 14 Mac 1958 dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, 17 Disember 1963.
Zuraida Kamaruddin bersekolah dari sekolah rendah, menengah dan universiti di Singapura. Pendidikan awal di Jalan Eunos Primary School, Tanjong Katong Girls School, Raffles Institution dan Singapore University.
Beliau juga pernah mewakili acara sukan softball peringkat kebangsaan untuk negara Singapura antara tahun 1975 hingga 1982 dan kemudiannya mewakili Malaysia antara tahun 1982 hingga 1993.
Semua keterangan latar belakang tokoh-tokoh PKR itu terkandung dalam Kalendar Keadilan 2007/2008 yang kemungkinan besar ditaja oleh Qaswa Auto dan IKD (Institut Kajian Dasar).
Qaswa Auto disebut-sebut sebagai sebuah syarikat jualan kereta milik Azmin Ali, manakala IKD merupakan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah merupakan pengasas dan Pengarah SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang ditubuhkan pada tahun 1989.
Selain menubuhkan SUARAM, Sivarasa juga turut menubuhkan satu lagi badan hak asasi Malaysia yang dinamakan HAKAM (National Human Rights Society) dan Majlis Peguam.
Sivarasa bermula dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia) pada tahun 1999 yang dilantik sebagai penasihat undang-undang untuk parti itu.
Dilantik sebagai Naib Presiden PKR setelah PRM bergabung dengan PKN (Parti Keadilan Nasional) pada tahun 2003.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua terlibat aktif dalam SUARAM pada tahun 1991 selepas menamatkan pengajian dari Universiti New South Wales, Sydney, Australia.
Kemudian berpindah ke Hong Kong untuk bekerja dengan organisasi buruh, AMRC (the Asian Monitor Resource Centre).
Pada tahun 1996, kembali semula ke Malaysia untuk mengetuai Pusat Penyelidikan Buruh, NGO Malaysia yang bekerja ke arah pendidikan buruh.
Beliau juga merupakan aktivis buruh yang mempunyai rangkaian dengan APWSL (the Asia Pasific Workers Solidarity Link).
Menurut wikipedia, selain Sivarasa dan Tian Chua terdapat 3 orang lagi aktivis PKR yang menjadi tulang belakang SUARAM.
Mereka adalah Dr Syed Husin Ali, Irene Fernandez dan Elizabeth Wong.
Selain itu terdapat 2 orang lagi sekutu PKR, iaitu Dr. Nasir Hashim dan S. Arutchelvan dari PSM (Parti Sosialis Malaysia).






SUARAM
Secara umum, tulang belakang SUARAM terdiri dari aktivis PKR (yang paling dominan) dan DAP diwakili Dr. Kua Kia Soong dan Fan Yew Teng serta bergabung dengan aktivis hak asasi, feminisme, LGBT, aktivis Kristian dan portal media, Malaysiakini yang diwakili oleh Pramesh Chandran.
Aktivis hak asasi dalam SUARAM diwakili Lee Siew Hwa, Irene Xavier, Julian Jayaseelan, Charles Hector dan Cynthia Gabriel.
Lee Siew Hwa merupakan aktivis CAW (Committee for Asian Women), badan yang berpangkalan di Bangkok, Thailand.
Irene Xavier adalah aktivis hak-hak wanita yang terlibat aktif dalam WAO (Women’s Aid Organisation).
Julian Jayaseelan adalah bekas Pengarah Eksekutif Pink Triangle, badan yang menaungi pergerakan LGBT Malaysia.
Charles Hector merupakan pengasas NGO Kristian SCR (Society for Christian Reflection) yang turut terlibat dalam HAKAM dan Aliran.
Ketika Anwar Ibrahim merengkok di penjara Sungai Buloh, SUARAM dan NDI merupakan tulang belakang yang memperjuangkan masa depan Ketua Umum PKR itu. Kelihatan dalam foto di atas, Cythia Gabriel dan Sivarasa Rasiah mengiringi Nurul Izzah untuk melobi membebaskan Anwar di luar negara. Turut bersama adalah wakil NDI (paling kanan) yang dipengerusikan oleh Madeline Albright
Cynthia Gabriel adalah wakil NDI (National Democratic Institute) di Malaysia iaitu salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Selain itu beliau pernah terlibat dalam FIDH (International Federation for Human Rights), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik menjadi Setiausaha Umum untuk rantau Asia.
FIDH merupakan salah satu badan gabungan yang ditaja oleh NED dan OSI (Open Soceity Institute), yayasan dana Yahudi yang sedang merancang penukaran regim (regime charge) melalui demonstrasi jalanan bertopengkan ‘kuasa rakyat’.
Selain itu, Cynthia Gabriel juga merupakan pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments), sebuah NGO yang berpangkalan di Bangkok, Thailand.
“Bukti-bukti terbaru menunjukkan SUARAM dibiayai oleh NED merupakan agensi di bawah CIA yang bertanggungjawab untuk mengacau sistem politik di negara asing yang lain,” lapor wikipedia SUARAM.

Anwar Menari Lagi Di Kedah Semalam..


Pada tahun 2007, ketika berkempen di pentas India dalam pilihan raya kecil Ijok, Datuk Seri Anwar Ibrahim menari disaksikan sahabat baiknya Datuk Nallakarupan.
Ketika menyertai sambutan perayaan Ponggal di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak, Jan 2012, Anwar sembah api sambil menari-nari lagi.



Terbaru, semalam seperti dilaporkan Sinar Harian Anwar secara spontan menggoyang-goyangkan badan mengikut alunan muzik ketika naik ke pentas politik masyarakat India di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Sebaik sahaja Anwar tiba, seorang lelaki India menari meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.
Kemudian Anwar pun mengikuti rentak lelaki itu dengan mengoyang-goyangkan badannya.
Anwar kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.
Dalam pada itu, portal itu turut melaporkan selepas habis berceramah dan ketika Anwar mahu melangkah turun pentas, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.
Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai